Ladies, Ini Perkara Yang Perlu Anda Elak Jika Mengalami Kencing Kotor- Nombor 3 Paling Penting!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jangkitan saluran kencing (UTI) atau turut dikenali sebagai masalah kencing kotor ialah perkara serius yang harus dirawat dengan segera oleh doktor anda.

Jika tidak diberi rawatan, UTI boleh menjadi menyakitkan dan merebak. Terdapat beberapa perkara yang harus anda hindari semasa mendapat UTI bagi mengelakkan gejala yang semakin teruk.

Bagaimana saluran kencing berfungsi?

kencing berdiri

Peranan saluran kencing adalah membuat dan menyimpan air kencing. Air kencing adalah salah satu bahan buangan badan anda.

Urin dibuat pada buah pinggang dan mengalir melalui ureter ke pundi kencing.

Pembukaan uretra terletak di hujung zakar pada lelaki dan di atas bukaan faraj bagi wanita.

Ginjal adalah sepasang organ di bahagian belakang yang menyaring sisa cecair dari darah dan mengeluarkannya dari badan dalam bentuk air kencing.

Selain itu, ginjal menyeimbangkan kadar bahan kimia dalam badan seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus dan memeriksa keasidan darah.

Hormon tertentu juga dihasilkan pada buah pinggang. Hormon ini membantu mengawal tekanan darah, meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan membantu menguatkan tulang.

Air kencing yang normal tidak mempunyai bakteria di dalamnya, dan alirannya yang sehala membantu dalam mencegah jangkitan.

Namun, bakteria boleh masuk ke dalam air kencing melalui uretra dan pundi kencing.

Kenali apa itu UTI

jangkitan saluran kencing

UTI ataupun masalah kencing kotor disebabkan oleh bakteria dalam saluran kencing iaitu buah pinggang, pundi kencing, dan saluran yang menghubungkannya.

Sebilangan besar UTI berada pada pundi kencing, yang menahan air kencing anda sebelum kencing.

Ianya juga boleh berlaku pada buah pinggang anda, di mana air kencing dihasilkan sebelum masuk ke pundi kencing.

Tanda-tanda masalah kencing kotor mungkin termasuk:

  • Darah dalam air kencing (air kencing yang kelihatan merah, merah jambu terang)
  • Rasa tekanan atau kekejangan di bahagian bawah perut
  • Air kencing berbau busuk
  • Demam atau menggigil
  • Sakit semasa melakukan seks
  • Mengeluarkan kencing dengan kerap dan sedikit
  • Sakit pelvis
  • Rasa menyengat atau terbakar ketika membuang air kecil
  • Keperluan berterusan untuk membuang air kecil

Jangkitan pundi kencing boleh menjengkelkan dan menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi masalah kesihatan yang sangat serius jika jangkitan bakteria merebak ke buah pinggang anda.

Itulah sebabnya penting untuk anda memahami tubuh dan mendapatkan rawatan awal bagi jangkitan pundi kencing. Ini dapat membantu anda menguruskan gejala.

Wanita 10x lebih cenderung daripada lelaki untuk mendapat jangkitan pundi kencing kerana mereka mempunyai uretra yang lebih pendek.

1. Elakkan bertangguh menemui doktor jika anda mempunyai jangkitan saluran kencing

Sekiranya anda mempunyai tanda pertama gejala UTI, segera hubungi doktor anda.

Mencuba untuk mengubati UTI secara sendiri akan membuatkan jangkitan ini menjadi semakin teruk.

Menunda untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk UTI menjadikan anda berisiko mengalami komplikasi kesihatan yang serius.

2. Jangan mengelak daripada mengambil antibiotik yang ditetapkan

Antibiotik tertentu yang ditetapkan untuk jenis jangkitan anda harus ada di dalam sistem badan pada jangka masa yang ditetapkan oleh doktor. Ini supaya pakar dapat sepenuhnya merawat masalah tersebut.

Walaupun anda mungkin sudah berasa baik hanya setelah 1 atau 2 hari daripada rawatan awal antibiotik, itu tidak semestinya menunjukkan ubat tersebut berjaya menghilangkan jangkitan sepenuhnya.

3. Elakkan makanan dan minuman yang memburukkan masalah kencing kotor

Elakkan memakan makanan dan minuman yang boleh mengganggu pundi kencing anda atau memburukkan lagi gejala, seperti:

  • Kopi berkafein: Kafein diketahui boleh merengsakan pundi kencing dan memburukkan lagi masalah kencing kotor. Kajian terhadap orang yang mengalami cystitis interstitial (keradangan kronik pundi kencing) mendapati bahawa orang yang minum kopi mengalami gejala yang semakin teruk. Cuba secawan teh herba tanpa kafein untuk menggantikan rutin kopi pagi anda sehingga anda bebas UTI.
  • Makanan pedas: Jika anda seorang yang menggemari makanan pedas, mungkin anda terpaksa melupakannya buat sementara waktu jika mendapat UTI. Makanan pedas diketahui memberi kesan kepada pundi kencing dan memburukkan lagi gejala UTI.
  • Kekurangan pengambilan air: Apabila badan mengalami dehidrasi, bakteria dapat tumbuh dalam pundi kencing. Selain itu, tidak minum air dalam jumlah yang mencukupi menyukarkan ubat masuk ke dalam ginjal dan pundi kencing anda. Minum air secukupnya membantu fungsi ginjal dan pundi kencing, sekali gus memudahkan antibiotik untuk sampai ke saluran kencing, mencegah dehidrasi, serta mengurangkan risiko terkena penyakit batu karang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

Jangkitan salur kencing (UTI) merupakan satu masalah kesihatan lazim. Bolehkah penghidapnya melakukan hubungan seks dengan pasangan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Sebagai ibu, pastinya anda akan sentiasa menyuruh anak minum air. Tapi adakah keperluan air seharian mereka mencukupi? Ini panduan yang boleh membantu anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 24/06/2020 . 3 minit bacaan

Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Pundi Kencing Lemah Dan Selalu ‘Terbabas’? Cari 25 Makanan Ini Untuk Kuatkannya!

Pundi kencing lemah boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Adakah terdapat makanan kuatkan pundi kencing yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/11/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

BAHAYA! Hentikan Tabiat Buruk Sering Menahan Kencing Jika Tak Nak Dapat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
punca batu karang

Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan