Keperluan Pelekat Gigi Palsu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sama anda baru atau sudah lama memakai gigi palsu, sudah pasti terdapat beberapa masalah berkaitannya yang sering menganggu sehingga menyebabkan ketidakselesaan terutamanya semasa makan dan bercakap. Ketika ini anda mungkin berfikir mengenai sesuatu yang boleh menyokong gigi palsu anda.

Apa itu pelekat gigi palsu?

Pelekat gigi palsu adalah produk yang digunakan pada bahagian bawah gigi palsu dan bersentuhan dengan gusi sebagai gigi palsu dipakai. Pelekat mencipta lapisan antara gigi palsu dan gusi yang menjadikannya lebih sukar bergerak atau tertanggal. Pelekat gigi palsu sesuai untuk pemakai gigi palsu penuh dan separa.

Perlukah menggunakan pelekat gigi palsu?

Anda mungkin tidak memerlukan pelekat gigi palsu sekiranya gigi palsu anda sudah terletak dengan sempurna. Tetapi sekiranya anda berasa gigi palsu anda longgar, mudah tertanggal, sering kali bergerak-gerak atau sisa makanan terperangkap anta gigi palsu dan gusi, pelekat gigi palsu mungkin menjadi penyelesaian terbaik untuk anda.

Bagaimana pelekat gigi palsu berfungsi?

Anda perlu meletakkan pelekat gigi palsu secara langsung di bahagian bawah gigi palsu anda. Ini mengukuhkan cengkaman antara gigi palsu kepada gusi. Penggunaannya semasa makan boleh mengelakkan gigi palsu anda tertanggal semasa mengunyah makanan.

Berikut adalah beberapa tip yang perlu dipertimbangkan semasa menggunakan pelekat gigi palsu:

  • Gunakan dalam jumlah minimum yang diperlukan bangi manfaat yang maksimum. Sapukan sedikit kemudian tambah sedikit demi sedikit sehingga anda berasa selesa.
  • Ratakan pelekat sama rata pada permukaan gigi palsu.
  • Sapu semula jika perlu untuk memberikan kesan yang diingini.
  • Sentiasa letakkan pelekat pada gigi palsu yang bersih.

Adakah ia selamat?

Pelekat gigi palsu selamat selagi ia digunakan seperti yang diarahkan.Jika gigi palsu sesuai dan pelekat hanya digunakan untuk memberikan kestabilan tambahan, tiada kesan buruk. Jika pelekat digunakan secara berlebihan untuk mengisi rongga gigi palsu, ia boleh membahayakan tisu lembut dan keras. Kadang-kadang dalam kes-kes ini, keradangan tisu lembut akan beraku.

Adakah ia memberi kesan terhadap gigi palsu dan gigi semula jadi?

Pelekat gigi palsu tidak berbahaya terhadap gigi palsu atau gigi semula jadi. Tetapi ia mungkin mengotorkannya jika tidak dibersihkan setiap malam. Gigi palsu perlu ditanggalkan semasa tidur dan tidak boleh dibiarkan pelekat gigi palsu bersamanya.

Setiap penggunaan pelekat gigi palsu tidak bermakna tahan lama dan tidak membersihkan gigi palsu selepas penggunaan menyebabkan bakteria yang boleh mendorong kepada jangkitan kuman atau masalah kesihatan lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Gigi Palsu Keperluan untuk Warga Tua

    Gigi Palsu: Keperluan untuk Warga Tua

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/07/2019 . 2 minit bacaan
    memakai gigi palsu

    Apa yang Perlu Anda Tahu Jika Memakai Gigi Palsu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 28/06/2018 . 2 minit bacaan

    Benarkah Memakai Gigi Palsu Menjejaskan Keyakinan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 28/06/2018 . 2 minit bacaan

    Haba Panas dan Sejuk Menyakitkan Gigi Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 02/05/2018 . 2 minit bacaan