Simptom Umum Skizofrenia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Skizofrenia adalah penyakit biasa. Ia bersamaan 1 dalam 100 individu akan mengalami masalah ini. Ia boleh terjadi semasa usia awal remaja. Peringkat awal ini dipanggil ‘fasa prodromal’. Semasa fasa ini; tidur, emosi, motivasi, komunikasi dan keupayaan berfikir mungkin alami perubahan. Masalah penyakit ini akan mengubah cara anda berfikir, rasa dan bertindak. Simptomnya adalah berbeza untuk setiap individu yang menghidapi penyakit ini. simptom yang berlaku juga boleh datang dan pergi. Ia bukan simptom yang akan berlaku sepanjang masa. Terdapat beberapa simptom umum skizofrenia.

Ia terbahagi kepada 3 keadaan:

  • Positif (perkara mula berlaku)
  • Negatif (perkara berhenti berlaku)
  • Kognitif (berkaitan dengan maklumat yang diproses)

Ia biasanya bermula antara usia 16 dan 30 tahun. Individu lelaki lebih kerap mendapatnya berbanding individu wanita.

Simptom positif

  • Pesakit biasanya akan mendengar bunyi atau suara di dalam kepala. Ia mungkin memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan, amaran tentang bahaya atau mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada mereka. Suara itu juga mungkin bercakap sesama sendiri.
  • Individu yang dijangkiti ini mungkin terfikir bahawa seseorang individu mengawal pemikiran mereka melalui televisyen atau terdapat polis yang sedang mencari mereka di luar sana. Malahan, mereka mungkin percaya bahawa mereka adalah seorang individu lain, seperti pelakon terkenal, perdana menteri atau mempunyai kuasa luar biasa.
  • Keliru antara pemikiran dan ucapan. Individu yang menghidapi skizofrenia mengalami kesukaran untuk mengendalikan pemikiran mereka. Mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti apa yang dikatakan anda. Sebaliknya mereka mungkin kelihatan seperti terganggu atau mengelamun jauh. Apabila mereka bercakap, kata-kata yang keluar mungkin berterabur dan tidak masuk akal.


Simptom negatif

  • Individu dengan skizofrenia mungkin kelihatan seperti mereka mempunyai masalah dengan isu bosan dan letih. Mereka mungkin kurang bercakap atau menunjukkan sebarang emosi. Dan apabila mereka bercakap, suara mereka boleh menjadi mendatar, seperti tidak beremosi.
  • Suka menyendiri
  • Menghadapi kesukaran untuk melakukan tugasan harian. Berhenti menjaga diri sendiri. Sebagai contoh, mereka mungkin berhenti mandi, menggosok gigi dan sebagainya.
  • Tiada susulan. Individu dengan skizofrenia berdepan masalah untuk mengikuti jadual atau perancangan yang ditetapkan. Mereka mungkin tidak dapat memulakan langsung apa yang dirancang.

Simptom kognitif

Kognitif mempunyai kaitan dengan bagaimana otak belajar, menyusun dan menggunakan maklumat. Individu dengan skizofrenia mungkin berdepan kesukaran dengan sistem ingatan. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak mampu mengikut perbezaan fakta dalam masa yang sama, seperti nombor telefon berserta arahan.

  • Mereka juga mempunyai masalah untuk memberi perhatian, sukar untuk mereka menetapkan pemikiran dan membuat keputusan. Mereka juga menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak mengingati apa yang berlaku dalam rancangan televisyen yang ditonton.
  • Pergerakan berbeza. Individu yang mempunyai skizofrenia boleh kelihatan seperti terlompat-lompat. Ada masanya mereka akan mengulangi pergerakan yang sama, berulang kali. Tetapi mereka mungkin hanya akan duduk di kerusi tanpa bergerak selama berjam-jam, keadaan ini dipanggil  catatonic.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gangguan Kegelisahan Bukan Sekadar Permainan Di Minda

    Pernahkah anda mengalami gangguan kegelisahan? Fahamkah anda mengenai gangguan ini? Ikuti artikel ini untuk lebih maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/11/2018 . 2 minit bacaan

    Halusinasi: Salah Satu Tanda Penyakit Mental

    Bercakap tentang halusinasi, pasti anda akan memikirkan tentang melihat sesuatu yang tidak wujud seperti banyak serangga, bangunan runtuh atau banjir besar. Itulah yang sering ditunjukkan dalam filem-filem. Walau ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/08/2018 . 2 minit bacaan

    Skizofrenia: Apa yang Anda Perlu Tahu

    Skizofrenia ialah penyakit mental kronik yang dikategorikan di bawah jenis gangguan psikotik. Ia mengganggu pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Penghidap keadaan mental ini seolah-olah telah terpisah daripada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/08/2018 . 2 minit bacaan

    Kolina

    KegunaanApakah kegunaan Kolina? Kolina digunakan untuk: Penyakit hati, termasuk hepatitis kronik dan cirrhosis. Kemurungan. Hilang ingatan. Penyakit Alzheimer dan Demensia . Korea Huntington. Penyakit Tourette. Ataksia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z, Herba A-Z 18/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kemurungan

    Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan
    penyakit skizofrenia

    4 Daripada 10 Ribu Rakyat Malaysia Menghidap Skizofrenia! Hentikan Stigma Pada Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    gangguan mental

    Gangguan Mental Berpotensi Melanda Mereka yang Tinggal Bersendirian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/05/2019 . 2 minit bacaan
    vitamin D

    Kekurangan Vitamin D Tingkat Risiko Anak Hidap Skizofrenia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 24/12/2018 . 2 minit bacaan