Psikiatri vs Psikologi: Pakar yang Mana Patut Saya Pilih?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Setelah memutuskan untuk mencari bantuan untuk masalah kesihatan mental yang anda hadapi, menentukan pakar kesihatan yang perlu anda pilih sama ada pakar psikiatri dan psikologi untuk rawatan boleh menjadi keputusan yang sukar.

Ahli Psikiatri vs Ahli Psikologi

Keputusan untuk menjalankan rawatan berasaskan ubat sahaja atau digabungkan dengan rawatan lain memerlukan pakar perubatan seperti ahli psikiatri. Ahli psikiatri adalah doktor perubatan yang membuat pengkhususan dalam bidang psikiatri. Mereka terlibat dalam rawatan dan preskripsi ubat bagi pesakit. Latar belakang perubatan ahli psikiatri dan psikologi membolehkan mereka mengenal pasti risiko dan manfaat ubat-ubatan yang ditetapkan kepada anda.

Sebaliknya, seorang ahli psikologi boleh menjadi antara pilihan pertama anda ketika mencari terapi atau kaunseling, kerana hanya sebilangan ahli psikiatri menawarkan terapi. Ahli psikologi mempunyai kelulusan pascasiswazah dan latihan dalam psikologi. Mereka menumpukan perhatian secara meluas pada psikoterapi dan layak menjalankan ujian psikologi, yang penting dalam menilai keadaan mental seseorang dan menentukan cara rawatan yang paling berkesan.

Pun begitu, ahli psikiatri dan psikologi sering bekerjasama untuk kebaikan anda. Selepas meminta surat rujukan daripada doktor biasa, anda mungkin akan menjalani sesi dengan ahli psikologi. Ahli psikologi tersebut boleh merujuk anda kepada pakar psikiatri yang boleh menetapkan dan memantau ubat.

Bagaimana Memilih Antara Psikiatri dan Psikologi?

Selain menentukan jenis rawatan yang ingin anda lalui, terdapat beberapa faktor penting yang perlu anda berikan perhatian:

1) Apakah masalah yang perlu dirawat?

Untuk mengenalpasti pendekatan rawatan yang terbaik, anda perlu menjalani penilaian menyeluruh sebelum memulakan rawaatan. Penilaian diagnostik ini membantu ahli psikiatri dan psikologi mengenalpasti masalah anda.

2) Apakah rawatan terbaik?

Ini adalah soalan yang rumit. Untuk beberapa masalah, ubat mungkin rawatan terbaik, sementara untuk yang lain, gabungan ubat dan terapi mungkin lebih baik. Namun, dalam keadaan tertentu, terapi atau kaunseling mungkin pilihan yang baik, bahkan lebih baik daripada ubat.

Contohnya, sebahagian besar bukti saintifik menunjukkan penggunaan ubat-ubatan untuk keadaan seperti Kecelaruan Bipolar, Skizofrenia dan  Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD) berkesan merawat simptom-simptom utama daripada keadaan ini.

Bagi kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang mempunyai ADHD dan mengalami keresahan atau kesulitan mengawal kemarahan, kombinasi ubat dan terapi tingkah laku mungkin terbaik.

Untuk kemurungan, beberapa ubat telah menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan simptom. Psikoterapi dan kaunseling juga menunjukkan keberkesanan yang baik sepertimana ubat.

Namun tiada jawapan yang tepat untuk keadaan mental semua orang, semuanya bergantung kepada individu.

3) Bilakah saya dapat merasai kesan rawatan?

Ini adalah soalan penting untuk anda tanyakan kepada pakar kesihatan anda. Sesetengah ubat mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk mencapai keberkesanan. Sementara terapi dan kaunseling mungkin memakan masa lebih lama, dan seseorang biasanya perlu meluangkan masa untuk berjumpa ahli psikologi sekurang-kurangnya seminggu sekali.

4) Apa yang perlu saya lakukan jika rawatan seperti tidak berkesan?

Pertama, bercakap dengan pakar kesihatan anda- anda mungkin perlu melakukan beberapa ubah suai berkaitan rawatan anda. Jangan mudah memutuskan tidak suka kepada pendekatan pakar tertentu atau kaedah tertentu, dan berhenti mencari rawatan.

Sebaliknya, mulakan rawatan dengan ahli terapi yang lain, atau menukar kaedah rawatan. Rawatan untuk masalah kesihatan mental bukanlah sama untuk semua orang.

Tanpa mengira mereka adalah pakar psikiatri dan psikologi, yang penting, dalam mendapatkan sokongan dari mana-mana jenis profesional, pastikan mereka merupakan pakar yang berlesen dan terlatih.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Individu Narsisis Lebih Rintang Kemurungan – Kajian

    Menurut penilaian 3 kajian berbeza berkaitan dengan ciri-ciri personaliti, narsisis jenis grandiose didapati memiliki kekuatan mental yang lebih teguh.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Dalam Keadaan Kekurangan, Diskriminasi Berlaku Lebih Cepat – Kajian

    Menurut kajian yang oleh Cornell University, diskriminasi dan tingkah laku bias lebih mudah berlaku apabila berada dalam keadaan kekurangan atau kegawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Kemurungan Remaja Bukan Isu Terpencil. Let’s Take Care Of Each Other!

    Mutakhir ini, kedengaran banyak berita berkenaan remaja-remaja yang bergelut dengan masalah dalaman yang dialami seperti kemurungan remaja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/08/2019 . 2 minit bacaan

    Komunikasi Positif Galak Kanak-kanak Untuk Makan Sihat

    Komunikasi dengan kanak-kanak berkenaan manfaat makanan yang boleh dikaitkan dengan mereka boleh membuatkan mereka untuk makan dengan lebih sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/05/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pakar psikiatri

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    kawan

    Nak Tambah Kawan? Ikuti 10 Trick Psikologi Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan
    tekanan seksual

    Ehem! Ini 7 Tanda Anda Tertarik Secara Seksual Dengan Seseorang, Tak Payah Sorok Memang Nampak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/11/2019 . 4 minit bacaan