backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Wanita Lebih Ramai Alami Kecelaruan Bipolar? Ambil Tahu 14 Tanda Amaran Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 30/01/2024

    Wanita Lebih Ramai Alami Kecelaruan Bipolar? Ambil Tahu 14 Tanda Amaran Ini!

    Apa itu penyakit bipolar? Kecelaruan bipolar adalah penyakit mental yang dikaitkan dengan perubahan mood. Antara tanda penyakit bipolar disorder lazim adalah perubahan mood yang melampau, daripada mania ke kemurungan dan sebaliknya.

    Perubahan mood tersebut mungkin juga bercampur, jadi anda kemungkinan berasa gembira dan tertekan pada masa yang sama.

    Kecelaruan bipolar bukanlah diagnosis yang jarang berlaku. Simptom kebiasaannya muncul dalam kalangan remaja atau orang dewasa, tetapi boleh juga berlaku pada kanak-kanak.

    Faktanya, wanita lebih cenderung didiagnosis dengan bipolar berbanding lelaki, walaupun sebabnya masih tidak diketahui.

    Kecelaruan bipolar boleh menjadi sukar untuk didiagnosis, tetapi terdapat tanda-tanda amaran yang boleh anda kenal pasti.

    Tanda penyakit bipolar disorder

    Tanda bipolar dan simptom kecelaruan bipolar berbeza-beza. Kebanyakan simptom ini juga boleh berlaku disebabkan keadaan lain, menyebabkan keadaan ini sukar untuk didiagnosis.

    Tanda amaran bipolar secara umumnya boleh dibahagikan kepada mania dan kemurungan.

    7 tanda penyakit bipolar disorder mania

    tanda bipolar
    Penyakit bipolar pada wanita.

    Tanda penyakit bipolar jenis mania boleh menyebabkan simptom-simptom lain juga. Akan tetapi, terdapat tujuh tanda utama atau gejala bipolar pada wanita dan lelaki, iaitu:

    1. Rasa terlalu gembira untuk jangka waktu yang panjang.
    2. Kurang keperluan untuk tidur.
    3. Bercakap dengan cepat, selalunya dengan pemikiran yang cepat.
    4. Berasa sangat gelisah atau impulsif.
    5. Menjadi mudah terganggu.
    6. Terlebih keyakinan diri dalam kebolehan anda.
    7. Terlibat dalam tingkah laku berisiko, seperti mengadakan hubungan seks rambang, berjudi dengan wang simpanan, atau berbelanja besar.

    7 tanda kemurungan

    Seperti mania, kemurungan boleh menyebabkan simptom-simptom lain juga, tetapi di sini terdapat 7 tanda utama kemurungan daripada kecelaruan bipolar:

    1. Berasa sedih atau putus asa untuk tempoh masa yang lama.
    2. Memencilkan diri daripada rakan dan ahli keluarga.
    3. Kehilangan minat dalam aktiviti yang pernah anda gemari.
    4. Mempunyai perubahan ketara dalam selera makan.
    5. Berasa keletihan atau kurang tenaga.
    6. Mempunyai masalah dengan ingatan, tumpuan dan membuat keputusan.
    7. Memikirkan atau mencuba bunuh diri, atau kerap berfikir tentang kematian.

    Jika anda menemui doktor sewaktu episod kemurungan dan belum pernah mengalami mania, anda mungkin akan didiagnosis dengan kemurungan.

    Kajian mendapati bahawa kira-kira 15% pesakit didiagnosis dengan kecelaruan kemurungan major sebenarnya menderita penyakit bipolar.

    tanda bipolar
    Kemurungan.

    Punca penyakit bipolar atau faktor risiko pada pesakit yang didiagnosis dengan kecelaruan kemurungan major termasuklah:

    • Sekurang-kurangnya dua episod mood melampau di masa lalu
    • Sejarah keluarga dengan tanda jenis mania
    • Kejadian simptom psikiatri pertama sebelum usia 30 tahun
    • Episod kemurungan semasa berlangsung kurang daripada satu bulan
    • Ketidakstabilan mood dengan antidepresan
    • Mengalami perasaan bercampur

    Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami sebarang simptom atau ciri-ciri bipolar disorder Malaysia mahupun keadaan mental yang lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 30/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan