Inspirasi Positif, Bagaimana untuk Mendapatkannya?

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri

Inspirasi positif memberi makna yang lebih mendalam berbanding hanya gembira atau berasa optimis. Pemikiran positif adalah mempunyai dan menggunakan pemikiran dan perasaan yang mengarah kepada hasil yang positif dan melihat kepada suatu sisi yang lebih baik dalam kehidupan. Ianya adalah salah satu daripada komponen-komponen kebahagiaan. Ia mungkin tidak bersifat semula jadi tetapi ianya adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan berkembang dari masa ke semasa walaupun ia mungkin lebih mudah untuk dikatakan berbanding dilaksanakan.

Seseorang yang memilih untuk menggunapakai cara pandangan seperti ini untuk melihat dunia akan mengatasi apa jua cabaran-cabaran dalam kehidupan dengan mencapai tahap kesihatan dan emosi yang lebih baik, dan berjaya dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Menjadi positif dan berfikir secara positif menambahkan nilai-nilai dan memberikan makna kepada kehidupan dan membantu mereka untuk membina kemahiran dan menjadi lebih berdaya tahan.

Kesan sifat inspirasi positif

Pemikiran positif boleh memberikan kesan yang lebih lama kepada kehidupan seterusnya memberikan umur yang panjang. Satu kajian terbaharu menemukan bahawa sesiapa yang melihat proses penuaan sebagai sesuatu yang positif akan hidup dengan purata 7.5 tahun lebih lama. Oleh itu, mengubah cara kita melihat zaman tua akan meningkatkan jangka hayat kehidupan. Pemikir yang positif mempunyai wawasan yang lebih besar dan hidup dengan lebih bermakna. Mempunyai lebih banyak pandangan positif terhadap penuaan akan membina daya tahan terhadap penyakit dan memotivasikan langkah proaktif untuk penjagaan kesihatan anda.

Sistem imun anda juga akan bertambah baik dengan berfikiran positif. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti di kawasan otak yang berhubungan dengan emosi-emosi negatif seperti ketakutan dan kesedihan berhubungan secara ketara dengan sistem imun yang lebih lemah. Berlawanan pula dengan orang yang optimis yang mempunyai pemikiran yang lebih positif, mereka mempunyai respons imun yang lebih kuat. Seseorang yang mempunyai sikap yang lebih ceria contohnya, kurang terkena selsema dan virus selsema. Malah, pesakit yang optimis yang dikesan mempunyai potensi mendapat penyakit yang parah lebih menunjukkan perubahan baik yang lebih konsisten dan ketara selepas mendapatkan rawatan.

Seseorang yang berfikir secara positif lebih mengamalkan cara hidup yang lebih sihat. Terdapat hubungan diantara optimis dan tahap kolestrol baik yang lebih tinggi, yang mana dijelaskan melalui minat terhadap kehidupan secara sihat dan ingin menjadi sihat. Pemikir yang positif lebih gemar untuk makan secara sihat, bersenam dan menjadi proaktif mengenai kesihatan mereka.

Inspirasi positif juga meninggalkan kesan terhadap kesejahteraan mental. Ianya membantu anda dengan pengurusan tekanan atau stress dengan menyediakan kemahiran untuk mengatasinya semasa mengalami tekanan. Terdapat juga laporan berkenaan risiko kemurungan yang rendah disebabkan oleh pergerakan emosi dalam orang yang berfikiran positif.

Bagaimana untuk meningkatkan inspirasi positif

Mengetahui kesan bersikap positif tidak akan memberi manfaat kepada anda melainkan anda menentukan untuk mengintegrasikannya dalam kehidupan. Ianya mungkin boleh bermula dengan hanya satu senyuman. Satu kajian menyatakan bahawa senyuman palsu boleh mengurangkan tekanan jantung dan tekanan darah semasa dalam keadaan tekanan. Kedua, mengubah cara pemikiran. Ubah pemikiran negatif kepada pemikiran yang lebih positif dan membantu. Contohnya, sekiranya anda bergelut dengan masalah kesihatan, berhenti kecewa kerana memilikinya dan berehatlah untuk sementara. Hargai masa rehat anda dan dengan memulihkannya dengan betul, kamu akan menjadi lebih efektif dengan kerja-kerja anda.

Disamping itu, amalkan bercakap dengan diri sendiri secara positif dengan memahami  diri sendiri sepertimana anda lakukan kepada orang lain. Mengakui dan menghargai perubahan kecil yang berlaku. Anda juga harus bercampur dengan orang-orang yang berfikiran positif. Paling penting, menjalani gaya hidup sihat dengan mempelajari dan mengamalkan cara atau tabiat yang lebih holistik untuk kekal sihat.

Nota pantas dari jurulatih kehidupan Naluri, “Pemikiran positif adalah kemahiran yang seseorang boleh kembangkan, belajar dan mengamalkannya. Tidak pernah terlambat untuk membuat perubahan dan pilihan menjadi lebih positif. Perubahan sudah hampir dan ia bermula dengan anda. “Kata Aina Nur Azmi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    DARI PAKAR Aina Nur Azmi

    Inspirasi Kecergasan daripada Alam

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.     31.1% orang dewasa di seluruh dunia secara fizikalnya tidak aktif. Penurunan dalam aktiviti luar disebabkan oleh pembandaran, termasuklah kemajuan teknologi melalui ...

    Ditulis oleh Aina Nur Azmi
    alam

    Cara Seronok untuk Kekal Sihat di luar Gimnasium dengan Rakan-rakan

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.     “Saya terlalu sibuk untuk pergi ke gim”, “yuran terlalu mahal”, “Saya merasa takut dengan orang lain yang kelihatan sihat”. Pernahkah ...

    Ditulis oleh Aina Nur Azmi
    sihat

    Menguruskan Beban Emosi Rawatan Kanser Payudara

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.     Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk merawat kanser payudara termasuklah melalui pembedahan, kemoterapi, terapi hormon dan radioterapi. Rawatan ini sering ...

    Ditulis oleh Aina Nur Azmi
    kanser

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Diabetes: Adakah Anda Bersedia Untuk Mengubah Tabiat Anda?

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Dianggarkan bahawa sekitar 350 juta individu di seluruh dunia telah didiagnosis menderita diabetes. Berjuta-juta orang lain mungkin tidak didiagnosis memandangkan setiap ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 19/03/2019 . 3 minit bacaan

    Tip Menjadi Positif dan Menginspirasikan Positif

    Berfikiran secara pesimis secara berterusan kebiasaannya mewujudkan satu habit yang tidak sihat dalam minda seseorang individu. Perubahan pada otak berlaku berdasarkan pemikiran, tingkah laku dan emosi, pemikiran ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bagaimana Mengendalikan Perubahan Dalam Kehidupan

    Bukan semua orang suka akan perubahan dallam kehidupan. Proses adaptasi akan mengambil masa. Ini 5 tips untuk bantu anda biasakan diri dengan perubahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/03/2019 . 2 minit bacaan

    Tip Untuk Menjadi Individu Berdaya Tahan

    Ketahanan ditakrifkan sebagai ‘keupayaan untuk pulih dengan segera dari kesukaran dan keupayaan untuk kembali ke bentuk asal’. Sesuatu yang hampir sama dalam kehidupan manusia. Individu berdaya tahan mampu berada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    positif

    Mengapa “Berfikir Secara Positif” Tidak Selalunya Positif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/01/2020 . 4 minit bacaan
    kekal positif dan bermotivasi

    Tip Kekal Positif Dan Bermotivasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 2 minit bacaan
    berfikiran positif

    Berfikiran Positif Bantu Anda Hidup 7.5 Tahun Lebih Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/03/2019 . 3 minit bacaan
    mood

    Bagaimana Untuk Memperbaiki Mood Anda dalam Tempoh 12 Minit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/03/2019 . 2 minit bacaan