Makanan Untuk Mendapatkan Mata Yang Terang Dan Cantik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila bercakap tentang kekal sihat apabila semakin tua, kita mungkin cenderung untuk memberi tumpuan kepada jantung, otak dan tulang. Tetapi penuaan yang sihat juga melibatkan penglihatan yang baik. Mengekalkan kesihatan mata adalah satu cara yang penting untuk membantu mencegah penyakit mata yang berkaitan dengan usia, seperti degenerasi makula, kehilangan penglihatan, mata kering, katarak, dan masalah penglihatan malam. Gaya hidup aktif adalah kunci kepada mata yang terang. Tambah pula dengan makanan yang sihat di dalam diet anda akan membantu memberikan mata yang sihat dan kuat.

Sayur-sayuran berdaun hijau gelap

Untuk mengelakkan penyakit mata seperti degenerasi makular Рkeadaan yang menyebabkan kerosakan retina secara progresif, menyebabkan kerosakan pada penglihatan secara beransur-ansur Р sayur-sayuran hijau gelap , seperti kale, bayam, collard green dan salad hijau gelap (Romaine), sudah tentu harus ada di dalam menu. Ini adalah kerana ia mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua nutrien penting yang mempunyai fungsi antioksida dalam badan dan membantu mencegah kerosakan sel.

Daun hijau sebenarnya mempunyai banyak vitamin dan mineral yang membantu mengekalkan mata yang sihat, seperti vitamin C (antioksida yang menghalang degenerasi makula yang berkaitan dengan usia – AMD – dan katarak), beta karotena (yang merupakan sejenis vitamin A, penting untuk mencegah AMD dan katarak, serta rabun malam), lutein dan zeaxanthin.

Lutein dan zeaxanthin adalah dua nutrien penting untuk kesihatan mata, kerana kedua-duanya didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam makula anda – bahagian tengah kecil retina anda yang bertanggungjawab untuk penglihatan pusat yang terperinci.

Lebih khusus lagi, lutein juga terdapat dalam pigmen makula – untuk membantu melindungi penglihatan pusat anda dan membantu dalam penyerapan cahaya biru – dan zeaxanthin terdapat dalam retina anda.

Keledek

Buah-buahan oren terang dan sayur-sayuran mendapatkan warnanya dari karotena beta, pelopor kepada vitamin A, yang membantu menggalakkan kesihatan penglihatan. Ini adalah sumber yang sangat baik bagi vitamin A dan C, seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa ia adalah antioksida yang melindungi mata daripada AMD dan katarak.

Asid lemak omega-3

Sumber yang paling biasa omega-3 adalah ikan. Asid lemak omega-3 yang ditemui di dalam ikan berminyak seperti salmon, sardin, tuna dan ikan kembung, mempunyai pelbagai manfaat termasuk untuk kesihatan mata anda. Selain daripada ikan, anda boleh cuba walnut. Ia mengandungi selenium (yang membantu dalam pengoksidaan), dan asid lemak omega-3 (yang membantu mengekalkan pengaliran saraf yang betul di dalam retina).

Mangga

Seperti kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran kuning, ini adalah sumber besar vitamin A, dan juga sumber vitamin E, yang membantu mengurangkan tekanan mata.

Kekacang

Ini antara makanan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sumber vitamin E dan zink (yang diketahui dapat membantu menstabilkan dan meningkatkan penglihatan pesakit degenerasi makular).

Epal

Ia mengandungi beberapa antioksida, termasuk pigmen tumbuhan quercitin (yang melindungi mata daripada sinaran solar) dan rutin (yang diketahui membantu mengurangkan kebocoran di saluran darah kecil di dalam retina).

Jagung

Ia adalah sumber litein yang baik, iaitu merupakan pigmen kuning yang dijumpai di dalam makula. Ia membantu mencegah degenerasi makula, dan melindungi rod dan kon daripada kerosakan radikal bebas disebabkan oleh cahaya UV.

Brokoli

Mungkin ramai yang tidak suka sayur-sayuran hijau, tetapi ia mengandungi banyak mineral berguna untuk kesihatan mata. Ia mengandungi lutein, zeaxanthin, selenium, asid alfa lipoik (juga ada dalam bayam; memainkan peranan yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel, dan melawan radikal bebas), CoQ10 (yang membantu sel menguraikan makanan kepada tenaga, juga terdapat di dalam bayam), vitamin C dan E, dan asid folik.

Sementara sayur-sayuran ini telah lama disebut-sebut sebagai pencegah kanser dan penyakit jantung, ia juga penting untuk kesihatan mata. Selain mengandungi lutein dan zeaxanthin, brokoli juga tinggi dengan vitamin C.

Badam

Ia mengandungi magnesium (mengembagkan otot licin – seperti yang terdapat dalam mata dalam – dan membantu mencegah kekejangan otot), vitamin E, dan riboflavin (atau vitamin B2 ; membantu resepsi cahaya di dalam retina).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Orang kelainan upaya (OKU) mempunyai cara yang tersendiri untuk memahami sesuatu perkara dan bertindak balas, melalui penggunaan bahasa isyarat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata penutup mulut

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    Test Image Upload

    Test Image Upload

    Ditulis oleh Billy Tran
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 1 minit bacaan