Ini Bukti Bagaimana Makanan Tak Sihat & Memilih Makanan Sebabkan Buta Penglihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Dengan mata, anda boleh melihat pelbagai ciptaan Tuhan yang cantik dan menarik. Tetapi dengan mata juga menjadi punca anda membawang? Haa..tak percaya? Kalau anda nampak perkara yang anda tidak suka, sudah tentu anda akan menjadikan ia topik bualan anda dengan rakan, bukan? Kira membawanglah tu.  

Tetapi adakah anda tahu pemakanan boleh menyebabkan anda buta? Menurut laporan yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine menyatakan individu yang terlalu memilih makanan (picky eater) boleh mengakibatkan kebutaan dalam kalangan individu remaja. 

Diet pemakanan tidak sihat

Para penyelidik dari University of Bristol mencadangkan pihak perubatan untuk mempertimbangkan aspek nutritional optic neuropathy (NON) tanpa mengira BMI, sebagai antara punca masalah penglihatan. Keadaan ini adalah terutamanya kepada individu yang berdepan dengan masalah penglihatan tanpa sebab kukuh dengan diet pemakanan yang tidak sihat.

NON adalah disfungsi saraf optik yang penting untuk penglihatan. Keadaan ini boleh dicegah, sekiranya dirawat dengan segera.

Namun, tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan kerosakan kekal kepada saraf optik dan sekali gus risiko menjadi buta.

Di negara maju seperti United Kingdom, punca NON yang paling kerap berlaku adalah berkaitan masalah usus atau pengambilan ubatan yang mengganggu penyerapan nutrien penting dalam perut.

Namun, bagi negara lain yang berdepan isu kemiskinan, peperangan serta kemarau, masalah ini adalah sangat tinggi dan ia berkait rapat dengan kekurangan zat pemakanan.

Punca buta kekal

Terdapat satu kajian kes mengenai seorang pesakit iaitu individu remaja berusia 14 tahun, yang dikaji di Bristol Medical School and the Bristol Eye Hospital.

Pesakit itu telah berjumpa dengan pakar perubatan dan mengadu keletihan. Ketika itu kaitan antara pemakanan dan penglihatannya tidak dianggap sebagai antara punca sehinggalah pesakit itu mengalami kebutaan kekal.

Walaupun pesakit tersebut merupakan picky eater tetapi mempunyai BMI dan ketinggian normal. Malahan tiada tanda-tanda kekurangan zat pemakanan dan tidak mengambil sebarang ubatan. 

Ujian awal hanya menunjukkan masalah macrocytic anemia dan kekurangan vitamin B12, dan hanya diberikan suntikan vitamin B12 bersama nasihat pemakanan.

Setahun kemudian, pesakit ini mula kehilangan pendengaran dan simptom masalah penglihatan mula berkembang.

Walau bagaimanapun, pakar perubatan masih tidak menjumpai puncanya. Akhirnya pada usia 17 tahun, penglihatan pesakit ini semakin merosot hinggalah dia mengalami titik buta. 

Setelah penyiasatan terperinci dijalankan, mendapati bahawa pesakit ini bukan sahaja kekurangan vitamin B12, tetapi dia juga mempunyai tahap mineral tembaga dan selenium rendah, kandungan zink tinggi, kemerosotan vitamin D serta ketumpatan mineral tulang yang ketara.

Keadaan ini berlaku disebabkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti hanya mengambil kerepek kentang, kentang goreng, roti putih serta daging yang diproses hampir setiap hari. 

Penyelidik memutuskan bahawa sejarah pemakanan perlu dijadikan sebahagian daripada rutin pemeriksaan klinikal dan tidak hanya melihat kepada pengambilan kalori serta status indikator BMI semata-mata. 

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah tabiat memakan makanan ringan (yang kerap), pengambilan vitamin dan mineral terhad menjadi faktor kepada isu NON.

Isu ini boleh dicegah pada masa hadapan jika masyarakat mendapat kesedaran mengenai keburukan makanan ringan dan lebih mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. 

Jadi jaga aspek pemakanan anda, supaya anda boleh terus melihat keindahan alam serta makhluk ciptaan Tuhan yang cantik dan tampan. Siapa yang tidak suka melihat individu yang cantik dan tampan, bukan?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Masalah rabun warna (buta warna) adalah masalah lazim yang sering dialami oleh populasi lelaki. Ketahui mengapa lelaki lebih berisiko.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Mengandung, JANGAN Ambil 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak…

    Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 9 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Jom semak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 31/03/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Risau! Pembedahan Katarak Adalah Sangat Selamat Untuk Dijalani

    Ramai daripada kita yang memiliki katarak dan bimbang untuk melakukan pembedahan bagi membuangnya. Tahukah anda, ia adalah satu prosedur yang selamat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/01/2020 . 4 minit bacaan

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan laporan pertama mereka berkaitan masalah penglihatan global. Baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ciri-ciri kebutaan pada bayi

    Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kebutaan secara tiba-tiba

    Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    minum teh penyakit mata glaukoma

    1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan penglihatan

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan