5 Tanda Sperma Anda Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda suka makan ikan

Jika sumber protein kegemaran anda adalah ikan, air mani anda mungkin berkualiti tinggi.

Para pengkaji telah mendapati bahawa lelaki yang paling banyak memakan daging yang diproses mempunyai bilangan sperma berbentuk normal jauh lebih rendah berbanding mereka yang paling sedikit mengambil daging yang diproses. Sebaliknya, ikan nampaknya mempunyai kesan perlindungan. Lelaki yang makan ikan paling banyak, terutamanya ikan daging gelap seperti salmon dan tuna, mempunyai kepekatan sperma 65 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang makan paling sedikit.

Terimas kasih kepada asid omega-3, kerana asid lemak poli tak tepu rantaian panjang memainkan peranan dalam penghasilan sperma. Jadi, jika anda adalah ingin meningkatkan kualiti air mani anda, pastikan anda mengambil lebih banyak ikan dalam pemakanan harian anda.

Seluar dalam anda tidak terlalu ketat

Ini adalah sebab yang kedua.

Satu kajian telah mendapati bahawa lelaki yang memakai boxer adalah 24 peratus lebih kurang berkemungkinan untuk mempunyai kiraan sperma yang bergerak perlahan berbanding lelaki yang memakai seluar dalam ketat. Motiliti, atau kemampuan sperma untuk berenang, adalah penting, kerana sperma yang lembap mempunyai kesukaran untuk mencapai telur bagi menjalani proses persenyawaan. Seluar dalam yang longgar menyebabkan suhu buah zakar lebih rendah berbanding seluar ketat. Justeru, meningkatkan kualiti air mani. Terdapat juga bukti bahawa suhu buah zakar yang tinggi boleh menghalang penghasilan sperma. Jadi, jika anda mahukan sperma yang berkualiti, berikan ia ruang untuk bernafas.

Anda tidak merosakkannya dengan plastik

Menyimpan makan malam semalam di dalam bungkusan plastik adalah mudah, tetapi anda perlu tahu bahawa air mani anda boleh terjejas. Bisphenol-A (BPA), iaitu sejenis bahan kimia yang boleh luluh dari plastik ke dalam makanan anda apabila dipanaskan, dan kemudian ke dalam badan anda.

Penyelidik mendapati bahawa lelaki yang mengandungi tahap BPA tertinggi di dalam air kencing mereka mempunyai peratusan sperma yang jauh lebih rendah berbanding lelaki yang mengandungi tahap BPA yang rendah.

Sebabnya tidak jelas tapi dipercayai bahawa BPA mungkin memberi kesan kepada aktiviti estrogen dan androgen di dalam epididimis di dalam buah zakar. Hal ini dipercayai boleh menghasal perkembangan normal sperma.

Jadi, sebelum anda menyimpan makanan anda, anda hanya pelru mengambil masa beberapa minit untuk memindahkannya dari bekas plastik ke bekas kaca.

Anda selalu ke gimnasium

Penyelidikmendapati bahawa lelaki yang membuatkan jantungnya mengepam darah melalui sukan sederhana atau berat 15 jam atau lebih seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

Senaman bukan sahaja membantu mengawal berat badan dan memastikan anda sihat yang boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan, tetapi ia juga boleh meningkatkan antioksida di seluruh badan anda. Oleh itu, dengan senaman berkala sebenarnya boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel sperma.

Sebaik sahaja anda selesai melakukan senaman, cuba untuk menahan keinginan untuk baring di atas sofa sambil menonton TV. Lelaki yang menonton TV lebih daripada 20 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 44 peratus lebih rendah.

Anda mempunyai suara sederhana rendah

Lelaki yang mempunyai suara yang rendah cenderung mempunyai sperma yang kurang berkualiti. Penyelidik mendapati bahawa walaupun wanita menilai suara bernada rendah sebagai lebih maskulin dan menarik, mereka sebenarnya mempunyai kepekatan sperma yang lebih rendah dalam air mani mereka.

Tahap testosteron mungkin puncanya kerana testosteron dikaitkan dengan ciri-ciri muka lebih maskulin dan suara yang lebih rendah, tetapi jika terlalu banyak, ia sebenarnya mungkin mengurangkan penghasilan sperma.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat air lemon

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan