Memilih Jurulatih Yang Betul

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/03/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Asia pada masa kini memberikan penduduknya pelbagai peluang untuk medapatkan kecergasan, mengurangkan berat dan tampil menarik. Gaya kehidupan kini lebih santai, gim lebih berpatutan dan jurulatih peribadi adalah lebih bersesuaian dengan keperluan peribadi.

Pekerjaan jurulatih peribadi merupakan antara pekerjaan yang berkembang pesat di dunia. Menurut Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat, bilangan jurulatih peribadi meningkat sebanyak 44% dari tempoh 2001 hingga 2011, manakala jumlah keseluruhan pekerjaan lain menurun sebanyak 1%. Ramai jurulatih peribadi bebas, tersedia untuk menawarkan perkhidmatan. Jadi bagaimana untuk memutuskan perkhidmatan yang sesuai dan memenuhi keperluan?

Industri kecergasan kebanyakannya tidak terkawal – terutamanya di Asia – dan dengan semua maklumat yang salah serta mitos mengenai apa yang terbaik untuk menghilangkan lemak, kesihatan dan kesejahteraan menjadikan masyarakat umum tidak keruan. Jika anda memikirkan untuk mendapatkan bantuan untuk kecergasan dan keinginan mengurangkan lemak sebelum Krimas atau Tahun Baru, berikut adalah panduan untuk anda memilih jurulatih dengan bijak dan apa yang anda boleh jangkakan dari perkhidmatan yang ditawarkan.

Pertama sekali dan paling penting, seorang jurulatih profesional harus dapat berkomunikasi dengan anda mengenai fungsi anatomi dan fisiologi, serta manfaat senaman atau pergerakan yang dilakukan. Industri dibanjiri dengan individu yang menyelesaikan kursus ‘jurulatih peribadi’ selama 1-3 bulan, dan layak menjadi jurulatih peribadi. Mereka telah melengkapi keperluan teoretikal minimum tetapi tidak mempunyai pengetahuan praktikal atau aplikasi. Individu seperti ini adalah ‘motivator’ kecergasan…bergantung kepada keperluan anda, anda mungkin hanya perlukan motivasi, hala tuju dan galakan.

Kenyataannya, membayar dengan kadar yang rendah setiap jam dan tidak dapat melihat hasilnya adalah lebih mahal berbanding membayar lebih dan memperolehi hasil yang menakjubkan dalam tempoh 6 minggu. Jika anda mahukan manfaat keselamatan dan risiko kecederaan yang paling rendah, anda perlu dapat membezakan antara seorang motivator dengan jurulatih profesional.

Apabila mengambil kira profesional senaman atau latihan, terdapat 2 aspek utama yang perlu dipertimbangkan:

  1. Apakah kelayakan dan sijil yang mereka miliki? Seorang jurulatih peribadi berkelayakan harus mempunyai pendidikan dalam fisiologi, kesihatan, latihan atletik, kinesiologi atau bidang yang hampir sama. Sijil daripada organisasi bereputasi seperti Ijazah Sains Sukan, NASM, ACE, Charles Poliquin, pengalam CHEK atau yang hampir dengannya.
  2. Pengalaman atau sejarah pekerjaan? Pernahkan mereka mengasah kemahiran dalam persekitaran gim/klinikal dan memperkembangkan pengalaman praktikal dan pengetahuan di bawah pengawasan?

Dalam dunia yang penuh dengan maklumat tanpa batasan ini, adalah amat sukar kerana kelayakan di atas tidak menyatakan keberkesanan seorang jurulatih peribadi yang anda perolehi. Jadi, berikut beberapa soalan tambahan yang anda perlu tanyakan untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang selayaknya dengan nilai wang anda:

Apakah penilaian yang mereka lakukan?

  • Penilaian adalah sesuatu yang harus sentiasa diselesaikan! Adalah sukar untuk menetapkan senaman yang betul jika jurulatih/pengamal tidak menguji pelbagai jenis gerakan, postur, ketidakseimbangan kekuatan, corak pengerakan, fleksibiliti, dan sebagainya. Penilaian ini akan memberitahu jurulatih apakah senaman dan program yang diperlukan…tanpa ini, semuanya sekadar ramalan = bahaya!
  • Penilaian harus dilakukan dengan baik dengan memasukkan pemakanan, gaya hidup dan suplemen keperluan anda.

Bagaimana mereka menyimpan rekod dan mengesan kemajuan?

  • Apa yang direkod dan disimpan adalah berbeza mengikut klien. Tetapi harus mempunyai sistem untuk menyimpan program dan mengenal pasti kemajuan.
  • Pemantauan membolehkan senaman, pemakanan dan gaya hidup profesional dapat dikesan dengan tepat bagaimana klien melakukannya agar penyesuaian boleh dilakukan jika dan bila perlu.

Melihat beberapa program senaman mereka?

  • Tidak wujud istilah program “satu ukuran sesuai untuk semua”. Anda perlu melihat hubung kait antara penemuan penilaian dan latihan senaman/program yang mencari penyelesaian untuk setiap individu.
  • Minta untuk melihat beberapa sampel program. Jika ia kelihatan sama, bermakna ANDA tidak akan mendapat perkhidmatan peribadi = hasilnya akan kurang untuk ANDA…lagipun, bukankah ANDA membayar untuk latihan PERSONAL(ISED)?

Apa pandangan mereka tentang mesin senaman?

  • Mesin adalah kurang efektif kerana ia ‘menggalakan’ sedikit otot dan tidak membiarkan badan anda untuk bergerak dengan cara yang lebih semula jadi. Ini boleh meningkatkan risiko kecederaan ketika bersenam dan selepas senaman.
  • Jika program jurulatih tersebut mempunyai lebih dari 3 senaman berdasarkan ‘mesin’ seperti tekanan kaki, tekanan dada atau khususnya mana-mana mesin perut, maka anda perlu berhati-hati.

Mana-mana jurulatih yang boleh menjawab persoalan sehingga memuaskan hati anda seharusnya dapat membantu anda mendapatkan hasil yang diingini. Jurulatih peribadi bukan mengenai ‘memukul’ anda ketika senaman, tetapi menilai keperluan anda dan membangunkan rancangan untuk mencapai matlamat anda. Jurulatih anda harus dapat merancang perjalanan anda dan menerangkan perkembangan yang diharapkan.

Selain itu, seorang jurulatih profesional/pengamal kesihatan harus cergas dan sihat. Jika individu terbabit tidak dapat membantu diri mereka sendiri untuk kekal sihat dan cergas, apabila mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas diri sendiri…sudah tentu individu seperti ini tidak mampu untuk membantu anda yang tidak dapat dikawal sepenuhnya!

Akhir sekali, anda harus merasa selesa dengan jurulatih, gaya komunikasi dan jangkaan anda apabila bersama. Menggunakan perkhidmatan jurulatih secara purata boleh meningkatkan keberkesanan dan kecekapan senaman anda, kerana mereka boleh memberikan struktur dan garis panduan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat melihat hasilnya dalam masa 4 minggu, anda perlu bertanyakan soalan. Jadikan pelanggan yang bijak serta prihatin dan pastikan anda mendapat apa yang bayar…Semoga Berjaya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    DARI PAKAR Phil Kelly

    Sains Di Sebalik Pengiraan Kalori

    Mitos kalori yang keluar dalam rangkap (ayat) kalori hanya tidak mahu mati! Kalori adalah sebahagian gambaran tetapi idea penurunan berat badan konvensional memberi penekanan kepada kepentingan tenaga (atau kalori). Jadi ...

    Ditulis oleh Phil Kelly

    Senaman Kardio Buat Perut Gendut? Jadi Senaman Apa Yang Sesuai Untuk Bakar Lemak?

    senaman kardio adalah senaman yang dilakukan dengan intensiti sederhana sehingga tinggi (kardio kronik) boleh menjadi tidak produktif.

    Ditulis oleh Phil Kelly
    kardio

    5 Cara Melawan Tekanan Dan Kekal Cergas

    Tekanan adalah pembunuh pada zaman moden ini! Tekanan membuatkan anda menjadi tua, menjejaskan produktiviti kerja, mengganggu perhubungan anda dan menghalang anda untuk mendapat mencapai tahap kesihatan optimum ...

    Ditulis oleh Phil Kelly
    5 Cara Melawan Tekanan Dan Kekal Cergas