Makanan Yang Boleh Membuatkan Senaman Anda Sia-Sia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apa yang anda makan sebelum bersenam? Makanan yang salah boleh mendatangkan malapetaka kepada badan anda – dan mensabotaj rutin senaman anda.

Salad

Bukankah salad sepatutnya bagus pada bila-bila masa? Tidak semestinya. Salad adalah sihat, tetapi bukan pilihan yang terbaik sebelum senaman. Sayur-sayuran dalam salad kaya dengan serat yang melambatkan pencernaan. Ini akan menyebabkan perut kembung dan gas semasa bersenam. Sayur-sayuran yang berkhasiat seperti sayur bunga, brokoli, dan lada tinggi dengan karbohidrat yang tidak boleh dicerna menyebabkan perasaan seperti ada belon di dalam usus anda. Demi anda, dan orang-orang di sekeliling anda, makan terlebih dahulu (maksudnya beberapa jam sebelum) atau selepas bersenam.

Biji flaks

Biji flaks dilabel sebagai makanan super, tetapi ia tidak akan membantu banyak jika ia diambil secara berkala sebelum bersenam. Salah satu sebab mengapa ia sangat baik untuk anda sebaliknya merupakan sebab mengapa ia tidak baik untuk senaman anda: Sementara ia adalah sihat untuk badan anda (dan berat badan), biji flaks penuh dengan serat, yang boleh menghalang senaman anda dengan menyebabkan gas dan / atau kembung perut. Selain biji flaks, elakkan suplemen serat, bran, dan roti yang tinggi serat. Sebaliknya, pilihlah campuran protein dan karbohidrat betul-betul sebelum bersenam.

Tenusu

Walaupun tenusu rendah lemak boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat, mengambilnya sebelum senaman yang boleh melambatkan anda. “Kebanyakan atlet saya latih mempunyai masalah mengambil tenusu 2 jam sebelum dan selepas bersenam.” Kata Metsovas, pakar pemakanan klinikal dan pakar diet di Los Angeles, California. “Saya menasihati mereka agar mengehadkan pengambilan tenusu jika anda merasa penat, berasid, atau sendawa yang berlebihan.”

Air berperisa

Walaupun kebanyakan air berperisa yang disebut sebagai minuman ‘kecergasan’, banyak yang penuh dengan gula, atau lebih teruk lagi, pemanis tiruan yang boleh mengganggu senaman anda.

Kacang panggang

Walaupun kacang adalah snek yang bagus (dan boleh membantu penurunan berat badan) kebanyakan kacang panggang juga merupakan makanan masin dan bergaram yang boleh mengganggu keseimbangan cecair yang diperlukan untuk senaman yang optimum. Antara idea yang baik adalah mengelakkan pengambilan kacang panggang bersama daging lembu, dan makanan ringan yang diproses seperti cip.

Pisang muda

Sementara pisang adalah makanan yang pra-senaman yang bagus dengan kandungan kalium yang tinggi, pisang sebelum senaman membantu mengekalkan tahap nutrien yang tinggi semasa senaman. Walau bagaimanapun, pastikan anda ambil yang telah masak! Tompok coklat pada kulit menunjukkan ia sudah masak. Kandungan gula pada pisang masak akan diserap dengan mudah. Serbaliknya, pisang belum masak adalah dalam bentuk kanji dan lebih sukar untuk dihadam. Buah-buahan yang belum masak bukanlah idea yang baik sebelum anda bersenam, kerana ia boleh menyebabkan gas yang tidak selesa dan kembung perut. Pilih pisang yang adalah benar-benar masak tanpa warna hijau.

Telur rebus

Telur rebus adalah sumber protein tanpa lemak, tetapi ia tidak menyediakan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga. Tambahan pula, protein tersebut kekal di dalam perut dan mengambil masa yang lama untuk dihadam, yang boleh mengganggu aktiviti senaman anda.

Bar protein

Jangan tertipu. Banyak bar protein di pasaran adalah tidak lebih baik daripada bar gula-gula! Jika anda mahu makan bar protein sebelum senaman, pilih yang mengandungi tinggi karbohidrat. Protein membakar lebih perlahan daripada karbohidrat. Jadi anda memerlukan gabungan kedua-duanya untuk benar-benar mendapatkan manfaatnya.

“Jika bar anda mempunyai kurang daripada 10g protein, ia boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah, yang membuatkan anda berasa lebih letih semasa latihan,” kata Rania Batayneh, ahli nutrisi dan pakar strategi pemakanan yang diperakui, memberitahu majalah Shape. “Untuk kekal bertenaga, ambil bar (di bawah 200 kalori) dengan nisbah protein kepada gula 1:1.”

Makanan Thai atau Mexico

Makanan pedas boleh membantu anda membakar lebih banyak kalori secara keseluruhan, tetapi ia tidak akan membantu anda membakar lebih semasa senaman jika anda menagmbil betul-betul sebelum senaman. Walaupun ia adalah hidangan yang ‘sihat’, sisa pedas (seperti makanan Mexico atau Thai malam, sebelumnya) boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Makanan berlemak

Lemak bertukar menjadi tenaga pada kadar yang lebih perlahan daripada karbohidrat dan protein. Jadi ia adalah lebih sukar untuk digunakan sebagai bahan api jika anda makan dalam tempoh dua jam sebelum menaiki treadmill. Anda perlu elakkan makanan tinggi lemak seperti burger, kek keju, dan sebagainya. Menariknya, avokado adalah satu lagi makanan tinggi lemak yang perlu dielakkan, walaupun ia sebaliknya dikenali membantu menurunkan berat badan. Serat tambahan yang terkandujng di dalamnya juga menyebabkan gas di dalam perut.

Minuman tenaga

Kebanyakan minuman tenaga adalah berkarbonat dan penuh dengan gula (atau pemanis tiruan), yang boleh menyebabkan gas, kembung, dan keletihan. Kafein dalam minuman tenaga ini boleh membantu jika anda memerlukan rangsangan pra-senaman, tetapi minuman tenaga juga datang dengan banyak gula yang pastinya menyebabkan keletihan di pertengahan aktiviti senaman. Bukan sahaja ia tidak begitu baik untuk anda, ia juga tidak membantu anda kekal terhidrat, yang merupakan kunci untuk senaman yang berkesan.

Berbanding minuman tenaga, lebih baik anda minum teh hijau tinggi antioksidan atau teh hitam atau latte tanpa lemak (anda dapat sedikit sumber protein) yang boleh memberi rangsangan tenaga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Bagi mereka yang tidak menunjukkan tanda-tanda kanser, terdapat pelbagai jenis langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi memastikan risiko barah kekal rendah. Kanser kolorektal merupakan kanser ketiga tertinggi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Pesakit kanser usus akan menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan kanser yang dialami. Antara rawatan yang dilakukan ialah kemoterapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan