backup og meta

10 Tips Menjadi Aktif

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/09/2019

    10 Tips Menjadi Aktif

    Kebanyakan orang tahu kepentingan kekal aktif secara fizikal. Sekali sekala kita semua akan membuat resolusi untuk fizikal yang ideal. Walau bagaimanapun, menjadi aktif lebih senang diperkatakan daripada melakukannya. Dengan gaya hidup moden, semua orang sibuk, yang membuatkan kesukaran untuk melakukan senaman ke dalam rutin yang sudah padat. Berikut adalah 10 tips untuk membantu anda mengharungi halangan untuk menjadi seorang dewasa yang aktif.

    1. Lakukan apa yang anda suka.

    Sama ada berjalan, berbasikal atau berenang, tetapkan terhadap apa yang benar-benar menghiburkan anda. Ia akan memberikan anda lebih motivasi untuk menjadi sihat.

    2. Faktor dalam gaya hidup.

    Anda perlu memilih sesuatu yang sesuai dengan pendapatan, kebolehan fizikal dan masa yang ada.

    3. Cari peluang tempatan.

    Semak sama ada kawasan kejiranan anda mempunyai apa-apa pusat sukan, kelab, taman atau kelas yang boleh anda sertai.

    4. Cari teman.

    Bersenam bersama teman membuatkan anda lebih sukar membuat alasan atau berputus asa. Ini juga merupakan peluang untuk anda menambah rakan baru.

    5. Jangan biarkan cuaca buruk menghalang anda.

    Rancang apa yang anda akan lakukan pada hari hujan. Selain berjoging di luar, anda boleh ke gimnasium untuk melakukan aktiviti dalaman.

    6. Membeli beberapa peralatan.

    Sebuah basikal atau tali melompat boleh menjadi idea yang baik kerana ia membolehkan anda untuk bersenam  bila-bila masa yang anda mahu.

    7. Bersenang-senang.

    Menjadi aktif tidak bermakna anda perlu berpegang kepada senaman sepanjang masa. Kadang-kadang cuba menari atau bermain bola sepak jika anda suka.

    8. Kekal aktif di rumah sendiri.

    Kerja rumah dan berkebun juga boleh membakar kalori. Selepas makan, jauhkan alat kawalan TV dan berjalan dengan anjing anda di sekitar kejiranan.

    9. Gerakkan badan anda sebanyak mungkin.

    Jika anda perlu pergi ke suatu tempat yang tidak terlalu jauh dari rumah anda, berjalan kaki daripada memandu. Abaikan lif, gunakan tangga seberapa banyak yang anda mungkin boleh.

    10. Bawa keluarga bersama anda.

    Mengapa tidak kekal aktif dan pada masa sama menghabiskan masa berkualiti dengan yang tersayang? Ia boleh menjadi mudah seperti membawa anjing keluar berjalan bersama atau pergi mendaki, selagi ia menyeronokkan anda dan ahli keluarga.

    Mudah-mudahan, 10 tips di atas boleh membantu anda mendapat motivasi yang cukup untuk memulakan pelan senaman anda sendiri. Secara umum, kekal aktif secara fizikal tidak semestinya perlu melibatkan gimnasium mewah atau latihan sengit. Perkara yang penting adalah menjaga tubuh anda bergerak supaya ia membakar lebih banyak tenaga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan