Nak Letak Indoor Houseplant, Tapi Pokok Apa Yang Sesuai Ek?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Tengok jiran ada indoor houseplant, kita pun teringin nak letak. Tapi boleh main letak aje ke atau ada certain tumbuhan hiasan yang sesuai diletakkan di dalam rumah?

Tumbuhan hiasan yang sesuai 

Jika anda ingin mempunyai tumbuhan hiasan di dalam rumah, sebaiknya pastikan pokok itu dapat memberikan manfaat lain terutama dalam aspek memperbaiki pengudaraan dan bukan sekadar hiasan sahaja. Nak tahu apa pokok yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah? Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Aloe Vera

Gel daripada aloe vera ini memainkan peranan penting dalam aspek penyembuhan. Tetapi bukan setakat itu sahaja, tumbuhan ini juga dapat membantu memantau kualiti udara di dalam rumah anda. 

Aloe vera berfungsi membersihkan udara daripada bahan pencemaran yang terdapat dalam produk pembersihan kimia. Apabila jumlah bahan kimia dalam udara tinggi, akan muncul bintik berwarna coklat, jadi ia boleh dijadikan petunjuk tahap pencemaran udara di dalam rumah, bukan?

English Ivy

Walaupun namanya English Ivy, tetapi tumbuhan ini boleh didapati di Malaysia. Melihat pokok ini yang menjalar, anda mungkin berasakan ia adalah satu tumbuhan luar, tetapi ia juga sebenarnya sesuai untuk dijadikan houseplant.

Englih Ivy yang diletakkan di dalam rumah dapat membantu membersihkan udara. Ia juga dapat berfungsi dengan baik untuk menyerap bahan beracun dalam udara. Tumbuhan ini sukakan cahaya yang terang, jadi anda boleh meletakkan tumbuhan ini di tepi tingkap.

Peace Lily

Peace Lily merupakan antara pokok lain yang dianggap sebagai tumbuhan hebat dalam berfungsi untuk menyerap sebatian di dalam udara. Ia terkenal dengan keupayaan untuk memecahkan sebatian seperti karbon monoksida, formaldehid dan benzena.

Peace Lily tidak memerlukan pencahayaan matahari secara terus. Jadi anda boleh letakkan tumbuhan ini di mana terdapat cahaya yang bukan secara langsung dan ia akan memberikan manfaat untuk membersihkan udara. Pangsapuri merupakan tempat yang sesuai untuk tumbuhan seperti ini. 

Snake Plants

Snake Plants atau lebih dikenali sebagai pokok Lidah Mertua merupakan sejenis pokok yang amat sesuai untuk diletakkan di dalam bilik. Ini kerana tumbuhan ini akan menyerap karbon dioksida dan menukarnya kepada oksigen. 

Jadi sewaktu anda tidur, Snake Plants akan memperbaiki kualiti udara di dalam bilik. Tumbuhan ini juga berperanan untuk menyingkirkan xylene, toluene dan trichloroethylene dari udara di dalam rumah anda.

Rubber Plant

Itu nama glamour tetapi dekat Malaysia dipanggil pokok getah sahaja. Jangan terkejut, di Barat, pokok getah dijadikan pokok hiasan dalaman, okay? Ia merupakan sejenis pokok yang amat mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. 

Tetapi pokok ini amat berkuasa dalam menyingkirkan toksin serta membersihkan udara di dalam rumah anda. Jadi mungkin anda boleh mencuba untuk menjadikan pokok getah sebagai hiasan di dalam rumah?

Pelbagai jenis lain

Apa yang dikongsikan dalam artikel ini adalah antara tumbuhan dan pokok yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah sebagai hiasan. Namun, hakikatnya terdapat banyak lagi jenis pokok yang sesuai untuk dijadikan houseplant di samping memberikan manfaat dalam meningkatkan kualiti udara. 

Antara pokok atau tumbuhan lain adalah seperti Bamboo Palm, Philodendron, Mass Cane dan Golden Pothos. Jadi anda boleh mempelbagaikan lagi tumbuhan hiasan di dalam rumah. Tetapi pastikan tiada tangkungan air untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan berikan penjagaan sebaiknya kepada tumbuhan hiasan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Artikel lain untuk anda

    tanaman rumah

    Untungnya Ada Indoor Plant Dalam Rumah, Ia Bantu Memperbaiki Emosi & Buat Anda Rasa Lebih Tenang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2019 . 2 minit bacaan