Tahukah Anda Bagaimana Nyamuk Menghidu Kehadiran Manusia Melalui Peluh?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Nyamuk betina diketahui bergantung kepada pelbagai maklumat deria untuk mencari individu untuk digigit, berpandukan kepada kehadiran karbon dioksida, bau badan, haba, kelembapan, dan isyarat visual. Kini, para penyelidik telah menemui bagaimana nyamuk tertarik kepada volatil berasid didalam peluh yang dikeluarkan oleh manusia. Kuncinya ialah coreceptor penciuman yang dikenali sebagai Ir8a. Penyelidik mendapati, nyamuk yang kekurangan versi gen Ir8a yang berfungsi, akan kurang tertarik kepada manusia. Penemuan ini berpotensi untuk mencadangkan pendekatan-pendekatan baharu untuk mereka bentuk penghalau nyamuk yang baharu dan ditambah baik.

Salah seorang penulis kajian, Matthew DeGennaro yang juga penyelidik neurobiologi nyamuk di Florida International University di Miami berkata, membuang fungsi Ir8a boleh menghilangkan kira-kira 50 peratus aktiviti mencari hos oleh nyamuk. Menurut beliau lagi, bau yang menutup laluan IR8a didapati boleh meningkatkan keberkesanan penghalau nyamuk semasa seperti DEET atau Picaridin. Dengan cara ini, penyelidikan tersebut dapat membantu manusia untuk tidak menjadi tumpuan sebagai hos yang berpotensi untuk nyamuk. Di sisi yang lain, laluan Ir8a juga boleh digunakan untuk merekabentuk penarik nyamuk yang baharu. Penarik nyamuk tersebut boleh mengalihkan perhatian nyamuk daripada manusia kearah perangkap. Kajian tersebut bertajuk ‘Aedes aegypti Mosquitoes Detect Acidic Volatiles Found in Human Odor Using the IR8a Pathway’ telah diterbitkan pada 28 Mac 2019 dalam jurnal Current Biology.

Inspirasi untuk melakukan kajian terhadap Ir8a lahir daripada kajian terdahulu DeGennaro sebagai pelajar pascasiswazah di The Rockefellar University selepas pasukan penyelidik ini mengganggu satu lagi coreceptor penciuman, yang dipanggil Orco, dan memerhatikan bagaimana ia mengubah kelakuan nyamuk. Mereka mendapati bahawa nyamuk-nyamuk tersebut mempunyai lebih banyak masalah untuk membezakan antara manusia dan haiwan lain. Nyamuk juga kehilangan minat mereka terhadap nektar dan kebencian mereka kepada DEET. Tetapi, mereka masih tertarik kepada haiwan vertebrata termasuklah manusia. Ini bermakna terdapat lebih banyak reseptor yang masih perlu dicari.

Dalam kajian berikutnya, DeGennaro dan rakan penyelidikannya membuat penilitian terhadap kumpulan reseptor lain yang lebih luas yang dikenali sebagai reseptor ionotropik dan secara khususnya Ir8a, yang berada dalam antena nyamuk. Mereka menggunakan sistem pengedit gen CRISPR / Cas9 untuk mengganggu Ir8a dalam nyamuk Aedes aegypti. Kemudian, mereka menguji peranan relatif coreceptor dalam pengesanan bau manusia dan interaksi genetiknya dengan laluan reseptor penciuman lain yang telah dikaitkan sebelumnya dalam kelakuan nyamuk Aedes aegypti ketika mencari hos.

Kajian menunjukkan bahawa nyamuk yang mempunyai Ir8a versi mutan atau yang telah diubah, tidak tertarik kepada asid laktik dan tidak dapat mengesan komponen berasid lain dalam bau manusia. Berbanding dengan kawalan nyamuk jenis liar dalam ujian membran darah, Ir8a versi mutan menunjukkan penurunan tindak balas kepada bau manusia, tetapi tidak dengan tindak balas terhadap haba atau CO2. Ir8a versi mutan juga kurang responsif terhadap bau manusia dan manusia berbanding daripada nyamuk jenis liar dalam satu lagi eksperimen.

Hasil penyelidikan mereka ini mencadangkan bahawa interaksi genetik di antara pelbagai reseptor adalah penting. Mereka juga menekankan pentingnya mengesan volatil berasid manusia dalam keupayaan serangga untuk memburu dan mengambil manfaat keatas manusia. DeGennaro turut menyatakan bahawa matlamat mereka yang paling utama adalah untuk menghasilkan pewangi yang boleh menyelamatkan nyawa manusia daripada gigitan nyamuk, dan hasil kajian ini adalah satu langkah penting kearah merealisasikan matlamat tersebut.

DeGennaro turut memberikan pendapat bahawa, untuk mencari penyelesaian baharu bagi mencegah gigitan nyamuk memerlukan kita untuk memahami asas molekul kelakuan nyamuk dan secara perlahan-lahan mampu menghalang penyebaran penyakit berkaitan nyamuk seperti denggi, demam kuning, zika dan malaria.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Virus West Nile

    Jangkitan virus West Nile (West Nile Virus (WNV)) adalah penyakit berjangkit. Jom ketahui punca penyebaran jangkitan ini dan cara merawatnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Pernahkah Anda Dengar Mengenai ‘Manusia Pokok’?

    EV atau manusia pokok adalah sejenis penyakit yang menjadikan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada human papilloma virus atau HPV

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Uncategorized @ms, Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Ini Rupanya 4 Sebab Kenapa Tak Digalakkan Makan Babi, No #3 Paling Seram!

    Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada memakan babi. Namun, adakah anda tahu mengapa? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Tahukah anda, banjir cuma permulaan kepada fasa perluasan habitat untuk nyamuk Aedes bertelur? Nak tahu dengan lebih lanjut? Ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    demam denggi

    Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    cara cegah malaria

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan