Spray Anti HFMD Tidak Berasas

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penularan wabak Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang semakin ketara kebelakangan ini menyebabkan kebanyakan pengeluar produk penyahjangkitan atau pembunuh kuman mula mempromosikan produk masing-masing sebagai salah satu alternatif pencegahan.

Setakat 6 Ogos lalu, menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan kes HFMD di setiap negeri seluruh Malaysia.

Gambar ihsan Kementerian Kesihatan Malaysia

Sehubungan itu, merujuk kenyataan KKM di laman sosial Facebook, pihak KKM telah menerima aduan mengenai produk Anti HFMD/Flu Spray Thymos yang mendakwa dapat memberi pertahanan sepenuhnya daripada virus HFMD dan Influenza A.

Menurut kenyataan itu, produk untuk kegunaan luaran itu dengan kaedah penggunaan semburan pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng (mask) adalah diperbuat daripada mineral yang diaktifkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan itu berkata,  syarikat pengeluar telah melabelkannya dengan jelas bahawa ia boleh membunuh 99.99% virus-virus HFMD dan Influenza A dengan serta merta.

“Buat masa ini, pihak syarikat didapati membuat tuntutan anti HFMD yang tidak berasas kerana tiada bukti yang kukuh menunjukkan tuntutan tersebut adalah berkesan seperti dilabelkan.

Namun begitu, memandangkan produk ini tidak digunakan secara langsung pada manusia, maka produk ini bukan di bawah kawalan KKM dan tiada keperluan untuk pendaftaran di bawah agensi berkaitan di bawah KKM,” katanya dalan kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, syarikat itu dinasihatkan untuk mengeluarkan tuntutan Anti HFMD / Flu untuk pasaran Malaysia dan menggantikannya dengan tuntutan yang lebih umum bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam.

Selain itu, KKM juga mengingatkan orang awam supaya tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan pada produk berkenaan. Orang awam disarankan untuk mengamalkan lima perkara dalam pencegahan kawalan HFMD, iaitu:

  1. Penjagaan kebersihan diri;
  2. Amalan cuci tangan yang betul;
  3. Penjagaan kebersihan persekitaran;
  4. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska/tabika/tadika/pra-sekolah; dan
  5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga: