Rawatan ‘Sentuhan Kemanusiaan’ Untuk Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 1 minit bacaan
Share now

Penyediaan rawatan kesihatan untuk perempuan khususnya bagi ibu selepas bersalin memerlukan keseimbangan antara amalan dan kemajuan perubatan terkini. Bagi golongan wanita, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh doktor lelaki adalah tidak selesa dan tidak menyenangkan.

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi yang juga pengasas Hospital Ibu & Kanak-kanak Andorra Dr Khamsiah Muda, penubuhan hospital berkenaan adalah cetusan daripada pengalamannya sendiri berdepan dengan doktor lelaki bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Kewujudan pusat rawatan itu yang mesra perempuan yang mana pesakit perempuan boleh mendapatkan rawatan yang sebaiknya tanpa sebarang halangan. Malah, ianya berfokuskan keluarga dan melibatkan ahli keluarga dalam rawatan untuk pesakit dan anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, pengamal perubatan dan kakitangan klinik adalah perempuan yang amat terlatih adalah sangat sesuai untuk merawat dan memahami keperluan serta memenuhi kehendak pesakit perempuan, termasuklah anak-anak dan ahli keluarga mereka.

Dengan memfokuskan kepada perspektif wanita, Andorra adalah pusat sehenti bagi insitusi rawatan kesihatan wanita dan kanak-kanak yang menyeluruh serta mesra Syariah. Kini ia merupakan institusi ulung dalam rawatan kesihatan ibu dan kanak-kanak negara ini.

Menurut Dr Khamsiah, tiada yang lebih penting daripada memberikan rawatan kesihatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat. Bukannya keuntungan menjadi matlamat utama, sebaliknya mempunyai misi untuk menyemai kembali nilai cakna pesakit dengan berasaskan matlamat “Daripada Wanita untuk Wanita”.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"