Masyarakat Didapati Lebih Gembira Sepanjang Pandemik COVID-19? Biar Betul! Tapi Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selepas dunia dilanda pandemik COVID-19, kita mula mengamalkan norma kehidupan baharu. Kata pakar, apa yang berlaku itu boleh menjadi punca rasa bahagia dan gembira, benarkah?

Punca rasa bahagia & gembira

Ada kajian menyarankan bahawa wujud hubung kait antara persekitaran fizikal dengan apa yang kita rasa. 

Tetapi apa kaitan rasa bahagia seseorang dengan perubahan yang perlu dilalui kesan daripada pandemik COVID-19?

Menurut penulis bersama kajian tersebut, seorang Penolong Profesor Psikologi di University of Wisconsin, Madison, Dr Aaron Heller, “Berdasarkan kajian, pengalaman baru dan pelbagai perkara dilalui setiap hari mempunyai kaitan dengan emosi positif.”

Beliau menjelaskan, seseorang individu akan rasa bahagia apabila mempunyai rutin yang bervariasi.

Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan kita akan mencari pengalaman baharu dalam suasana lebih positif.

Walau bagaimanapun, penulis kajian mengakui bahawa sukar untuk menerapkan hasil kajian ini semasa pandemik COVID-19 memandangkan kebanyakan individu berada di rumah.

Jadi bagaimana untuk kita menganggap norma kehidupan baharu seperti amalan jarak sosial sebagai perkara yang positif?

Berikut adalah penjelasannya…

Kajian tentang rasa bahagia vs perubahan hidup

Umumnya, matlamat kajian yang dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada variasi perubahan kehidupan harian menjadikan emosi lebih positif atau tidak.

Untuk melaksanakan kajian ini, mereka menggunakan kaedah penjejakan GPS kepada responden terlibat di New York dan Miami untuk tempoh 3 hingga 4 bulan.

perubahan-kehidupan-cetus-rasa-bahagia

Sepanjang tempoh penyelidikan, peserta diminta untuk melaporkan mengenai emosi mereka sama ada positif atau negatif melalui pesanan teks.

Pengkaji mendapati apabila responden melalui pengalaman bervariasi di lokasi mereka, laporan yang diberikan adalah seperti gembira, bahagia, penuh perhatian atau santai.

Untuk menentukan sama ada wujud perkaitan antara lokasi dan emosi kepada aktiviti dalam otak, separuh daripada responden diminta hadir ke makmal untuk menjalani imbasan MRI.

Hasil imbasan tersebut menunjukkan, individu yang ada kaitan kukuh antara variasi pengalaman dan emosi positif, turut mempunyai kaitan yang kuat antara aktiviti otak di hippocampus dan striatum. 

Ini menunjukkan bahawa perbezaan penglibatan otak individu dipengaruhi oleh kepelbagaian aktiviti baharu dan persekitaran adalah 1 perkara yang baik.

Mengaitkan kajian dengan pandemik COVID-19

Penyelidik mengakui sukar untuk mengaplikasikan kajian ini semasa amalan jarak sosial berlangsung, namun ia masih dapat mewujudkan variasi pengalaman baharu.

Pengalaman baharu mungkin melibatkan jalan lain semasa berjalan, membaca buku atau filem baharu atau mengenai siapa yang berhubung hari ini.

Walaupun kajian dilakukan hanya membuktikan perkaitan pengalaman baharu dengan lokasi fizikal. 

Namun dalam masa yang sama ia bermakna mendedahkan diri dengan suasana berbeza mungkin juga boleh mewujudkan rasa bahagia dalam diri.

Pandangan pakar

Seorang Penolong Profesor Psikologi di University of Nevada, Las Vegas, Dr James M. Hyman, yang tidak terlibat dalam kajian bersetuju dengan pandangan pengkaji.

Terdapat banyak perkara baharu yang boleh dilakukan mungkin memberikan kesan yang sama. Jadi bacalah buku berbeza, tontonlah rancangan baharu atau dengarkan muzik yang lain

perubahan-kehidupan-cetus-rasa-bahagia

Cabar diri untuk belajar serta melakukan sesuatu benda baharu dan nantikan kesan perubahan emosi yang mungkin akan berlaku.

Ini kerana apabila anda mempelajari atau melakukan sesuatu yang baharu dan berbeza, hippocampus dan striatum akan lebih kuat berhubungan.

Kesan daripada keadaan itu akan membuatkan anda lebih rasa bahagia dan gembira. 

Dunia sedang dilanda 1 keadaan dan cabaran baharu yang tidak pernah diduga dengan pandemik COVID-19 ini. 

Namun tanpa disedari, ia secara tidak langsung memberikan anda peluang untuk mencuba dan melakukan 1 perkara baharu yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran.

Jika sebelum ini, norma kehidupan anda hanya pergi dan balik daripada kerja, inilah masanya untuk mengalami pengalaman baharu.

Cipta pengalaman baharu untuk terus rasa bahagia

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah, apabila kita melakukan sesuatu perkara berbeza dan memperolehi pengalaman baharu dalam kehidupan, ia boleh memberikan rasa kebahagiaan dan kegembiraan yang lebih besar.

Namun, ketika masih dalam keadaan pandemik COVID-19 dan kita sedang mengamalkan amalan jarak sosial serta lebih disarankan untuk duduk di rumah, melakukan perkara dan pengalaman baharu mungkin sedikit sukar.

Walau bagaimanapun, pastinya masih ada cara lain untuk mencapai manfaat dan rasa bahagia daripada pengalaman yang berbeza.

Jika kita tidak disarankan untuk keluar rumah, maka lakukan sesuatu yang baharu di dalam rumah anda.

perubahan-kehidupan-cetus-rasa-bahagia

Anda mungkin boleh mencuba resepi masakan baharu atau melakukan sesuatu yang tidak pernah anda cuba sebelum ini seperti menambah seri kediaman dengan pokok indoor.

Beranikan diri untuk keluar daripada rutin harian anda, lakukan perubahan dan tingkatkan hubung kait pada otak untuk berasa lebih bahagia dan gembira.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Benarkah topeng muka kain tidak efektif dan boleh mengakibatkan kes positif COVID-19 meningkat semula? Ini yang anda perlu tahu kalau tak nak PKP berulang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

Mungkin ramai yang pernah terbaca atau terdengar namun kurang pasti apa itu flu. Jom klik artikel ini untuk ketahui lebih lanjut mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Tempatan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perubahan kehidupan

Nak Jadi Bapa Mithali? Bakal Ayah Kena Sedia Dengan Perubahan Ini, Anak Terjaga, Isteri Gembira!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
pelitup muka

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
coronavirus di malaysia

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
wang simpanan

Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan