Penyakit X: Menghadapi Era Baru Ancaman Biologikal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Perubahan dalam kehidupan manusia dan teknologi telah meningkatkan risiko kepada epidemik yang menggusarkan. Ketika sesi panel perbincangan di Forum Ekonomi Dunia 2019, fokus tertumpu kepada bagaimana semua pihak dapat memastikan sistem dan protokol yang telah dirangka dapat mempersiapkan kita menghadapi era baru ancaman biologikal.

Kini, semakin banyak negara terdedah dengan penularan wabak penyakit yang memberi kesan sangat signifikan kepada dunia.

[BACA: Adakah Gelombang Globalisasi Keempat Dapat Mengakhiri Penyakit Epidemik?]

Tahukah Anda?: Ekonomi dunia berdepan dengan risiko besar akibat era baru epidemik dan pandemik yang boleh menyebabkan kerugian tahunan KDNK global sebanyak 570 bilion dolar.

Sesi panel kali ini melibatkan Julie Louise Gerberding, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC); Lee Sang-Yup, Professor Kehormat di Institut Sains dan Teknologi Lanjutan, Korea; Seth F. Berkley, CEO Gavi, Perikatan Vaksin; Jeremy Farrar, Pengarah Tabung Amanah Wellcom dan Jeffrey M. Drazen, Ketua Pengarang, New England Journal of Medicine.

Berikut adalah catatan ringkas sesi perbincangan tersebut:

Persoalan pokok yang diutarakan saat bermulanya perbincangan, bagaimana Penyakit X dikatakan akan muncul dari sebuah makmal?

Prof. Lee Sang-Yup mengatakan ia tidak mustahil boleh berlaku. “Kita memerlukan satu rangka pencegahan bagi mengatasinya. Jika tidak, kita sendiri yang berupaya menghasilkan agen merbahaya tersebut.”

“Diharapkan kita dapat mendidik para saintis kita agar mereka dilengkapi dengan sifat-sifat kemanusiaan agar mereka tidak gelap mata menghasilkan sesuatu yang kita boleh panggil senjata pemusnah,” tambah beliau lagi.

Seth F. Berkley pula berkata bahawa HIV tidak akan membuatkan anda jatuh sakit serta-merta, maka membolehkan potensi anda menyebarkannya dengan meluas. Ia adalah sejenis penyakit bawaan yang tidak kelihatan dengan mata kasar, sebab itulah ia tidak membunuh dengan sekelip mata.

Salah satu cabaran mengenai ancaman biologikal ini adalah sifatnya yang tidak kelihatan dan ‘diam’ sehingga tiba masanya ia menular dengan pantas.

Julie Louise Gerberding menyatakan manusia yang telah dijangkiti berupaya menjadi satu senjata paling berkesan. Dan beliau merujuk kepada penularan wabak Ebola yang berlaku di Republik Demokratik Congo.

[BACA: Wabak Ebola di Congo]

Anda tidak perlu mencipta sesuatu yang baru, anda boleh melakukan kekejaman dengan apa sahaja yang ada. – Julie Louise Gerberding

Prof. Lee Sang-Yup turut memperakui kenyataan Julie Louise Gerberding dengan menambah, senjata biologi ini sangat menarik kerana ia murah dan senang dihasilkan serta diedarkan. Maka, ia membuka peluang untuk pengganas menyalahgunakannya.

Jeremy Farrar menegaskan dalam konteks dunia semasa, kita harus berjaga-jaga dengan senjata biologi. Namun begitu, beliau menambah tanpa senjata biologi ciptaan manusia pun, alam sekitar sudah memberikan ancaman kepada kita. Menurut beliau, sebagai contoh influenza, yang seringkali kita terlepas pandang akan potensinya sebagai senjata.

Persoalan kemudian beralih kepada bilakah sesuatu epidemik itu boleh dipanggil epidemik?

Julie Louise Gerberding berkata melalui SARS, masalah lain pula timbul akibat penularan wabak itu. “Saintis tidak dapat maklumat lengkap mengenainya kerana kita dapat sampelnya dihantar ke CDC. Kami sangat terdesak ingin mendapatkan maklumat, apatah lagi ia berlaku di rantau yang tidak telus dalam perkongsian data,” kata Gerberding.

Beliau menambah ketika WHO mengumumkan darurat, penularan wabak sudah semakin kritikal. Kita harus bersiap-sedia dengan pelbagai kemungkinan.

Kata beliau, “Cara saya menyampaikan komunikasi risiko adalah beritahu apakah keadaan yang sebenarnya dan nyatakan apakah ketidakpastian mengenai keadaan yang sedang berlaku.”

Kata beliau lagi, jika beliau dalam senario tersebut, kenyataan seperti “Terdapatnya laporan..” “Kami telah mendapatkan sampel…” dan “Kami tidak melakukan halangan perjalanan buat ketika ini.. “ dan sebagainya dengan tegas dan berulang kali serta tidak memberikan sebarang komen yang hanya akan menambah keadaan menjadi lebih panik.

Jeremy Farrar pula berbeza nada dengan Gerberding dan menyifatkan respons ketika penularan SARS dan Influenza pada tahun 2003 adalah bersifat ad-hoc. Ketika itu, tidak ada sebarang struktur yang teratur dalam menghadapi situasi darurat kesihatan tersebut.

Tapi hari ini, kita boleh lihat di Congo, dengan kerjasama tentera, kita dapat mengambil sampel rawak dan hasil kajian makmal akan lebih tepat. Dunia sekarang sudah semakin bersiap sedia dan mempunyai protokol khas untuk kuarantin pesakit berbanding lima tahun lepas.

Tambah beliau lagi, kita ingin menjadi inklusif dan menempatkan semua orang dalam satu ‘bumbung’, namun ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana terdapat pelbagai cabaran dalam mendirikan ‘bumbung’ tersebut. Ketika itu, kita memerlukan protokol yang siap sedia, kelulusan etika, persetujuan daripada masyarakat setempat agar pesakit dapat dikenalpasti secepat mungkin.

[BACA: Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik]

Berkley mencelah, dunia amat memerlukan rasa percaya-mempercayai. Dengan rasa percaya, kita dapat bertindak dengan lebih cepat. “Isu mengenai Ebola adalah anda boleh membawa pesakit yang dijangkiti di sebuah tempat terpencil dan mati keseorangan di sana. Namun demikian, jika anda membawanya untuk mendapatkan rawatan, kemungkinan besar pesakit dapat sembuh,” kata Berkley.

Farrar bersetuju dengan Berkely apabila berkata mengenai hal yang sama tentang HIV, di mana jika rawatan diberikan sepantas mungkin, ini dapat mengubah dinamik penyakit tersebut.

Saat anda mendapatkan rawatan, ia merubah dinamik segalanya. – Jeremy Farrar

Di tahap mana kita berada sekarang dalam mengatasi ancaman penyakit sedia ada?

Berkley berkata, penghasilan dan pengedaran vaksin adalah sesuatu yang kritikal. Itu adalah titik segala permulaan untuk menentang penyakit.

Dalam kes Ebola, kita sangat bernasib baik kerana vaksin dapat dihasilkan dan tindakan itu yang dianggap sangat heroic kerana masa yang suntuk dimanfaatkan dengan penghasilan dan pengedaran vaksin. Akhirnya vaksin yang dihasilkan itu 100 peratus berkesan ke atas Ebola.

Gerberding dalam nada sinis mencelah, jika vaksin sudah terhasil sekalipun, dilema yang bakal wujud kelak adalah berkaitan penggilangannya.

Bercakap mengenai perkhidmatan kesihatan dalaman yang disediakan oleh sesebuah syarikat, adakah terdapat potensi mengenai peluang yang masih belum diterokai?

Gerberding berkata para pekerja adalah sumber paling berguna dan boleh dipercayai dalam mencapai keluarga mereka dan masyarakat lebih luas. Mereka mempunyai capaian kepada perkhidmatan kesihatan termasuk perkhidmatan perjalanan/kembara.

“Kita boleh menambahbaik arahan dan maklumat kepada mereka yang baru pulang daripada luar negara, maka kita mempunyai peluang yang lebih baik dalam intervensi awal. Kita juga boleh bergantung kepada para pekerja untuk mengedarkan antibiotik dan sebagainya,” tambah Gerberding lagi.

Persoalan mengenai bagaimana keselamatan siber dan sektor kesihatan dapat bekerjasama?

Farrar menerangkan kerjasama ini sedang berlaku dan ia bermula di Persidangan Keselamatan Munich.

Berbalik kepada Penyakit X, bagaimana dunia dapat meramalkan tahap kemudaratan dan ramalan jumlah korban akibatnya?

Berkley berkata jika sesuatu masalah didiagnosis dengan lebih awal, maka akan cepatlah ujian dilakukan di makmal. Platform teknologi boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Beliau turut berkata agensi kawalan sangat cekap ketika penularan Ebola.

“Ini adalah permulaan kepada pemikiran yang tepat. Oleh kerana itu lah, perbincangan bermanfaat seperti yang kita ada hari ini sangat penting bagi kita memahami isu sebenar dan merangka pendekatan serta cara kerja yang cekap bagi menangani Penyakit X,” ujar beliau lagi.

[BACA: Kebersamaan Masyarakat Antarabangsa Melawan Wabak Melalui CEPI dan Vaksin]

Jeffrey M. Drazen menyampaikan ucapan penutup dengan berkata dunia harus mengeluarkan perbelanjaan kerana jika sesuatu penularan wabak berlaku, akan memberi beban yang sangat besar ke atas ekonomi.

Daripada wang tersebut lesap begitu sahaja kerana ekonomi lumpuh disebabkan wabak penyakit, adalah lebih baik jika ia dibelanjakan terlebih dahulu bagi mempersiapkan dunia bagi membendung Penyakit X.

Sistem yang efektif dan berfungsi sepanjang masa haruslah dibina dengan segera, agar kita dapat mengenalpasti risiko, mengurangkan kes-kes penularan penyakit sedia ada dan mencegah kemunculan penyakit baru.

Untuk mengikuti perbincangan penuh sesi panel ini, sila tonton video di bawah:

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Kesunyian: Satu Epidemik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan
    vaksin

    Kebersamaan Masyarakat Antarabangsa Melawan Wabak Melalui CEPI dan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/01/2019 . 6 minit bacaan
    maksud epidemiologi

    Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik. Jom Belajar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 20/12/2018 . 2 minit bacaan