Orang Kurang Upaya: Kekeliruan Terminologi Kurang Upaya dan Kecacatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut setiap 3 Disember adalah hari istimewa yang diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak 1992.

Hari Orang Kurang Upaya diraikan adalah untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai mereka yang terjejas oleh kecacatan, bersama-sama membantu masyarakat lebih menyedari tentang hak, martabat dan kesejahteraan orang kurang upaya.

Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat mengintegrasikan orang kurang upaya ke dalam setiap aspek kehidupan, dari segi ekonomi, kepada politik, sosial dan budaya.

Oleh yang demikian, tema bagi Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa 2018 adalah pemerkasaan orang kurang upaya dan memastikan keterangkuman dan kesaksamaan.

Fakta mengenai ketidakupayaan

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan:

  • Sekurang-kurangnya 10% penduduk dunia atau 650 juta orang hidup dengan kecacatan.
  • 20% daripada golongan miskin dunia adalah kurang upaya.
  • Peratusan kanak-kanak kurang upaya yang tidak menghadiri sekolah sangat berubah dan antara 65 hingga 85% di beberapa negara Afrika.
  • Kematian kanak-kanak kurang upaya mungkin setinggi 80% di negara-negara yang mana kematian di bawah umur lima tahun secara keseluruhannya telah menurun hingga 20% ke bawah.
  • Di kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana, hanya 5 hingga 15% orang kurang upaya yang memerlukan bantuan peranti dan teknologi yang mempunyai akses kepada mereka.

Kajian ketikdakupayaan di Malaysia

Menurut Konvensyen PBB mengenai hak orang kurang upaya (OKU) dalam KAJIAN HAK ASASI MANUSIA BAGI ORANG KURANG UPAYA DI MALAYSIA: SATU ANALISIS, OKU termasuk mereka yang mengalami ketidakupayaan jangka panjang dari segi mental, fizikal, intelektual atau deria yang menghalang mereka berinterkasi melalui penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat sama seperti orang lain.

Bagi sesetengah orang, mereka menggunakan perkataan orang kelainan upaya, golongan istimewa, kurang bernasib baik atau bekeperluan khas bagi mewakili golongan OKU.

Selain itu, terdapat juga perbezaa terminologi bagi golongan OKU antara kurang upaya (disabilities), kecacatan (impairment) dan kekurangan (handicap). Bagaimanapun, kurang upaya dan kecacatan sering menjadi titik perbincangan dan berdebatan dalam kajian berkaitan OKU.

  • Kecacatan lebih bersifat fizikal dan biologi seperti mengalami kecacatan penglihatan (buta) atau pendengaran (pekak).
  • Kurang upaya meliputi aspek kecacatan fizikal serta halangan sikap dan persekitaran yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus menghalang aktiviti dan penglibatan mereka secara menyeluruh dalam masyarakat.

Kemudahan dan keistimewaan OKU

Antara kemudahan dan keistimewaan bagi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

  • Bantuan kewangan: Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan OKU, menggalakkan OKU bekerja, berdikari, produktif, dan meningkatkan taraf hidup OKU.
  • Geran Pelancaran (GP): Bantuan kewangan kumpulan sasar jabatan yang berminat dan berpotensi menceburi bidang perusahaan atau peniagaan kecil
  • Bantuan alat tiruan dan alatan sokongan (BAT/S): Membantu OKU yang kurang kemampuan membeli alat tiruan atau sokongan seperti kaki palsu, tongkat, cermin mata, alat pendengaran dll.
  • Bantuan OKU tidak bekerja (BTB): Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya bekerja, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan OKU dan mengelakkan atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan

Selain itu, salah satu strategi Dasar OKU yang memperkasakan golongan OKU dalam isu kesihatan adalah dengan meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan meningkatkan perkhidmatan perubatan berkualiti kepada OKU (secondary anda tertiary care).

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    gestational-diabetes-linked-autism

    Autisme: Kecacatan atau Kelainan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 03/12/2018 . 2 minit bacaan

    OKU Adalah Nadi Masyarakat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 10/08/2018 . 2 minit bacaan