backup og meta

Metastasis Tulang, Risiko Yang Boleh Dialami Pesakit Barah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/11/2021

    Metastasis Tulang, Risiko Yang Boleh Dialami Pesakit Barah!

    Pernah dengar tentang metastasis tulang? Ia adalah penyakit barah tulang. Jom ketahui lebih lanjut mengenai masalah kesihatan ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Apa itu metastasis tulang?

    Metastasis tulang berlaku apabila sel-sel barah merebak dari tapak asalnya ke tulang. Hampir semua jenis barah boleh menyebar (metastasize) ke tulang. Tetapi beberapa jenis barah terutama menyebar ke tulang, termasuk barah payudara dan barah prostat.

    Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi biasanya berlaku pada tulang belakang, pelvis dan paha. Ia mungkin merupakan tanda pertama bahawa anda mempunyai kanser, atau masalah ini mungkin terjadi bertahun-tahun selepas rawatan kanser.

    Penyanyi dan pelakon, Elyana dalam petikan Berita Harian semalam menyatakan bahawa sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkannya sukar berjalan.

    Elyana juga mendedahkan bahawa dirinya berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.

    Simptom metastasis tulang

    Kadang-kadang, keadaan ini tidak menyebabkan tanda-tanda dan simptom.

    Apabila berlaku tanda-tanda dan simptom,  ia termasuk:

    • Sakit tulang
    • Tulang patah
    • Kencing tidak terkawal
    • Pembuangan najis tidak terkawal
    • Kelemahan pada kaki atau lengan
    • Tahap kalsium dalam darah tinggi (hypercalcemia), yang boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sembelit dan kekeliruan

    Baca juga:

    Keadaan ini berlaku apabila sel-sel kanser melepaskan diri dari tumor asal dan menyebar ke tulang, di mana mereka mula membiak.

    Doktor tidak pasti apa yang menyebabkan kanser itu tersebar dan tidak jelas mengapa sesetengah barah bergerak ke tulang daripada tapak umum lain untuk metastasis, seperti hati.

    metastasis tulang

    Bila perlu berjumpa doktor

    Metastasis tulang boleh menyebabkan sakit dan patah tulang. Dengan pengecualian yang jarang berlaku, barah yang merebak ke tulang tidak boleh sembuh. Rawatan boleh membantu mengurangkan kesakitan dan simptom lain.

    Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan simptom yang berterusan, segera berjumpa doktor. Jika anda pernah dirawat untuk kanser sebelum ini, maklumkan juga kepada doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan