Kenapa Wujud Rasa Tidak Yakin Pada Diri?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hidup akan terasa sunyi dan tidak sempurna seandainya kita tidak mempunyai keyakinan dalam diri. Rasa tidak yakin pada diri, untuk tempoh jangka panjang, boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan, yang akhirnya boleh mengakibatkan kita kehilangan banyak peluang dan manfaat dalam hidup; pekerjaan impian, perhubungan yang baik dan juga kebahagiaan. Jadi, apa yang menyebabkan wujud rasa tidak yakin pada diri?

Meragui diri

Pernah tak terlintas di fikiran anda idea yang genius tetapi anda merasakan ianya adalah mustahil dan anda langsung tidak mencubanya? Akhirnya, anda melihat individu lain melakukannya dan mendapatkan ganjaran yang mungkin menjadi milik anda? Ramai individu yang berbakat tetapi perjalanan hidup dan juga kerjaya tidak berjalan lancar kerana kurang keyakinan diri. Dalam erti kata lain, mereka meragui kemampuan diri sendiri.

Kurang keyakinan diri adalah berbeza dengan tidak mampu atau kurang kapasiti untuk melakukan sesuatu. Ramai individu yang mempunyai rasa ragu pada diri mempunyai ciri-ciri seperti:

  • Mempunyai matlamat atau harapan yang tidak realistik
  • Takut akan kegagalan
  • Takut akan mendapat hasil yang tidak diingini
  • Bergantung kepada pendapat dan pandangan individu sekeliling
  • Tidak pernah merasa yakin atau selesa dalam apa juga keadaan

Kenapa merasa ragu dan bagaimana mengatasinya?

Tidak percaya pada diri

Anda tidak mempunyai kepercayaan kepada diri anda, yang membuatkan anda sentiasa memandang rendah diri anda. Anda merasa diri anda terlalu rendah dan tidak berkemampuan seperti individu lain, dan perasaan itu semakin berkembang yang akhirnya membuatkan anda menutup kelebihan diri anda, merasa kesepian dan terbiar. Anda akan sentiasa memerlukan seseorang atau sesuatu untuk membuatkan anda merasa ‘hidup’. Dan apabila tiada sesiapa atau tiada apa-apa di sisi anda, anda kembali ‘menutup’ diri anda.

Terlalu berharap kepada individu lain

Apabila anda berharapkan individu sekeliling anda menjadi seperti apa yang anda bayangkan, ia bermakna anda menaruhkan keyakinan dan kebahagiaan untuk sesuatu yang tidak pasti. Setiap individu adalah entiti yang berbeza. Mereka tidak boleh menjadi seperti apa yang anda inginkan dan itu tidak bermakna mereka tidak menyayangi anda. Berhenti berharap dan letakkan piawaian yang rendah pada setiap individu agar anda tidak akan kecewa.

Tidak menghargai diri

Individu yang sering merungut tentang apa yang mereka tidak miliki dan ingin mengubah realiti tanpa melihat apa yang mereka miliki ditangan adalah sesuatu yang berharga. Jika anda menghargai apa yang anda miliki dan berpuas hati dengannya, dan anda pasti akan menemui kegembiraan dan kebahagiaan anda.

Membazir masa

Jika anda dapat menghitung kembali masa yang telah berlalu, pasti anda akan dapati anda telah terlalu membuang masa dengan perkara yang negatif, memberi perhatian kepada individu lain, duduk tanpa tujuan. Meluangkan masa untuk sesuatu yang tidak penting, akan membuatkan anda berasa bosan dan penat sepanjang hari. Sibukkan diri anda dan ringankan diri anda untuk membantu mereka yang memerlukan. Ia akan membantu membanngunkan kekuatan dalaman diri anda.

Mementingkan diri

Hidup untuk diri sendiri dan mementingkan diri adalah dua perkara yang berbeza, tetapi ramai yang terkeliru dengan dua konsep ini. Ia bukanlah sesuatu yang berlebihan untuk hidup demi diri anda, dan sentiasa mengutamakan kepentingan diri terlebih dahulu.

Mementingkan diri adalah apabila anda sentiasa merasa tidak cukup; individu itu tidak cukup baik buat anda, duit ini tidak cukup bernilai dan anda layak mendapat lebih dari ini.

Anda kecewa dengan segala yang berlaku di sekeliling anda, tidak pernah berputus asa tetapi sentiasa mengharap untuk mendapatkan lebih. Namun, apabila anda menyedari bahawa kebahagiaan adalah datang dari ‘memberi’, maka anda akan merasakan anda tidak perlu ‘menerima’ apa-apa dalam kehidupan ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: