Kenapa Kami Kata Introvert Lebih Baik Dari Extrovert? Ini Jawapan Anda Takkan Sangka!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada satu tanggapan dimana kita sering melihat mereka yang tergolong sebagai individu introvert ini tidak suka bersosial. Golongan introvert juga sering dianggap sebagai seorang yang pasif, pemalu, kurang bercakap dan pelbagai gambaran lain yang kelihatan agak negatif. Agak sukar untuk mendengar orang bercakap mengenai kelebihan introvert.

Mungkin extrovert mudah dikenali ramai dan mudah didekati, tetapi belum tentu nilai yang dimiliki individu introvert juga ada pada extrovert. Sekiranya anda pernah berfikir secara kurang realistik mengenai golongan introvert, kami ingin kongsikan ciri-ciri terbaik yang dimiliki individu introvert yang patut anda pelajari.

7 kelebihan introvert yang mungkin anda tidak pernah tahu

kelebihan introvert

Kelebihan introvert 1: kemahiran mengumpulkan idea sebelum bercakap

Carolyn Ball, seorang ahli psikoterapi menyatakan, extrovert biasanya cenderung untuk memproses sesuatu secara lisan dan membuat kesimpulan dengan cara bercakap secara kuat. Extrovert juga gemar untuk mengutarakan pelbagai idea dalam satu masa dan kurang memberi penumpuan terhadap idea terbaik sehinggalah mereka bercakap mengenainya.

Introvert pula adalah mereka yang gemar memproses sesuatu secara dalaman dengan memerlukan sedikit masa untuk merenung pemikiran dan idea mereka. Mereka hanya akan bercakap apabila idea mereka telah terbentuk secara sepenuhnya dan sedia untuk dikongsikan. 

Kelebihan introvert 2: tidak terlalu memikirkan apa yang orang lain kata

Extrovert seringkali memerlukan ‘social approval’, iaitu mendapatkan jaminan atau respon mengenai diri mereka daripada persekitaran luaran. Manakala golongan introvert pula tidak terlalu bergantung kepada faktor ini. Introvert berkemampuan untuk menenangkan diri sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan diri mereka sendiri. 

Kelebihan introvert 3: seorang pendengar yang baik

Introvert adalah golongan yang cenderung untuk menjadi seorang pemerhati atau pendengar dan kurang berminat untuk mencelah atau mengganggu ucapan individu lain. Ciri ini menjadikan mereka seorang pendengar yang baik sekaligus menbuatkan perbualan bersama mereka menjadi lebih mendalam dan bermakna.

Kelebihan introvert 4: kemampuan untuk menghormati sempadan

Golongan extrovert kadangkala akan menekan introvert untuk melakukan perkara yang mereka tidak gemar untuk lakukan. Golongan introvert akan mengenal pasti tanda-tanda tersebut dengan pantas memandangkan tindakan extrovert tersebut telah menyentuh batas sempadan mereka. 

Kelebihan introvert 5: kepentingan untuk ‘slow down’

individu introvert

Golongan extrovert lebih gemar untuk bergerak pantas dan kadangkala bergerak pantas ini tidak semestinya memberikan kebaikan. Introvert pula mengajar kita bahawa kadangkala kita perlu sedikit perlahan atau slow down dalam melakukan sesuatu.

Ini akan memberikan ruang kepada diri kita untuk memproses segala maklumat dan memikirkan langkah seterusnya sebelum kembali bergerak. Introvert jugak mengajar kita bahawa kita perlu tenang dan menikmati serta bersyukur dengan segala yang telah kita capai.

Kelebihan introvert 6: belajar membuat keputusan dengan baik

Introvert sering merenung atau memikirkan sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Ini kerana membuat keputusan secara terburu-buru akan menyebabkan kesilapan dan keciciran terhadap pilihan keputusan yang lebih baik.

Selain itu, membuat keputusan secara perlahan-lahan akan meningkatkan produktiviti dan memberikan kejayaan yang lebih besar.

Kelebihan introvert 7: introvert tidak perlu ‘dibetulkan’

Banyak tanggapan yang wujud bahawa golongan introvert ini perlu dikeluarkan daripada ruang lingkup atau dunianya. Walau bagaimanapun, hal tersebut sebenarnya tidak perlu dan sebaliknya, orang lain perlu melihat secara lebih mendalam mengenai nilai yang dimiliki oleh golongan ini. Lihat dan belajar sesuatu daripada individu introvert.

Kesimpulan yang dapat anda ambil

individu introvert

Mungkin apa yang pernah kita fikirkan mengenai introvert sebelum ini adalah salah atau kurang tepat. Mereka bukanlah golongan yang tidak gemar bersosial, cuma cara mereka menikmati masa bersosial itu adalah berbeza dengan cara kita menikmatinya. Apa yang kita gemar belum tentu digemari oleh orang lain. Raikan rakan-rakan yang berada di sekeliling anda tanpa sikap prejudis dan judgemental secara tidak berasas. 

Tidak semua yang pandai bercakap mahupun bersosial adalah mereka yang benar-benar berkualiti. Pandai bercakap bukanlah satu-satunya kayu ukur untuk menilai pencapaian dan tingkah laku seseorang. Bak kata pepatah “Diam-diam ubi berisi”.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Media Sosial: Kesan Terhad Terhadap Kepuasan Hidup Remaja

    Kepuasan hidup yang lebih rendah menyebabkan peningkatan penggunaan media sosial dan sebaliknya, dan lebih konsisten dalam kalangan wanita berbanding lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2019 . 3 minit bacaan

    Ketidakpastian Sosial: Bagaimana Kita Mengurangkannya

    Penyelidik meneroka ketidakpastian sosial dan bagaimana individu bertindak balas kepada ketidakpastian sosial, selain merangka satu model dengan tiga kaedah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 23/04/2019 . 3 minit bacaan

    Bolehkah Seorang Introvert Menjadi Pemimpin?

    Bila bercakap tentang kepimpinan dan pemimpin, imej yang selalu kita bayangkan adalah individu yang berkeyakinan tinggi, pandai bercakap dan bersosial serta kebanyakan ciri-ciri yang dikaitkan dengan personaliti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 04/02/2019 . 2 minit bacaan

    Anak Tunggal Tidak Lemah Daya Sosial

    Meskipun terdapat kebimbangan anak tunggal mungkin dimanjakan berlebihan oleh ibu bapa mereka, remaja tanpa adik-beradik sebenarnya tidak bermasalah  dalam perkembangan kemahiran sosial. Tidak mempunyai adik-beradik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 29/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    detoks media sosial

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks MedSoc, Banyak Keburukan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020 . 4 minit bacaan
    telefon pintar

    Fobia Bluetick: Fenomena Dunia Digital Yang Mengundang Kegelisahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2019 . 4 minit bacaan
    alat sulit

    Media Sosial: Dulu Hanya Chat. Sekarang Ada Video, Sticker dan Story

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan
    gaya

    Siapa Tahu, Gaya Percakapan Mungkin Faktor Utama Anda Diambil Bekerja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2019 . 2 minit bacaan