backup og meta

Fahami Jenis Komponen Darah Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/12/2022

    Fahami Jenis Komponen Darah Anda

    Darah, cecair yang memastikan kelangsungan pelbagai fungsi badan anda sebenarnya bukanlah terdiri daripada bahan biologi yang sama. Terdapat pelbagai komponen dalam darah termasuklah plasma, sel darah merah, sel darah putih, platelet dan banyak lagi. Sel darah merah merupakan komponen darah yang membentuk hampir 45% daripada darah dan menentukan pengkelasan jenis darah dalam bidang perubatan. Komponen-komponen lain yang membentuk peratusan yang melengkapkan cecair penting dalam badan anda ini termasuklah bahan-bahan kimia dan gas.

    Komponen darah

    Anda pasti sudah mengetahui atau pernah mendengar tentang jenis darah A, B dan O serta pengkelasan sebagai rhesus positif atau negatif. Pengkelasan jenis komponen darah yang dimaksudkan di sini adalah terhadap sel darah merah. Tahukah anda bagaimana dan atas dasar apa darah anda dikelaskan?

    Apa itu jenis komponen darah?

    Terdapat dua jenis pengkelasan darah yang penting dalam bidang perubatan, iaitu pengkelasan A,B dan O serta pengkelasan Rhesus positif dan negatif.

    Darah manusia dikelaskan berdasarkan kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada membran sel darah merah. Membran sel darah merah jenis A mengandungi antigen A; kumpulan B mengandungi antigen B; Kumpulan darah AB memiliki kedua-dua A dan B pada permukaan membran sementara kumpulan darah O tidak memiliki kedua-dua antigen A & B dalam membran sel darah merah.

    Pengkelasan Darah

    Selain daripada antigen A dan B, terdapat protein yang dipanggil faktor Rh, yang ada (+) atau tidak (-) pada membran sel darah merah, menghasilkan 8 jenis darah yang anda ketahui (A +, A-, B +, B-, O + , O-, AB +, AB-).

    Sebenarnya, bukan antigen A, B dan faktor Rhesus sahaja yang wujud pada membran sel darah merah. Terdapat lebih daripada 600 antigen lain yang diketahui, kehadiran atau ketiadaannya yang menghasilkan jenis darah yang jarang dijumpai. Ini juga bermakna terdapat pelbagai lagi kumpulan darah unik yang tidak anda ketahui seperti jenis darah Bombay.

    Jenis darah tertentu juga unik kepada kumpulan etnik atau kaum tertentu. Itulah sebabnya pendermaan darah Afrika-Amerika mungkin harapan terbaik untuk keperluan pesakit dengan penyakit sel sabit, kebanyakan daripadanya berketurunan Afrika.

    Bagaimana pendermaan darah ditentukan?

    Pemindahan darah tidak boleh dilakukan sesuka hati kerana kesan perubatannya. Disebabkan itu, penemuan dan pemahaman tentang jenis darah membantu bidang perubatan melaksanakan prosedur ini dengan selamat. Semuanya bergantung kepada tindak balas antigen dan antibodi dalam badan anda.

    Sel darah merah mempunyai antigen pada permukaannya, sementara plasma mempunyai antibodi di dalamnya. Antigen dan antibodi kedua-duanya adalah komponen sistem imun yang penting dalam badan. Antigen boleh menyebabkan tindak balas sistem imun. Sementara antibodi bertindak balas dengan menyerang antigen.

    Contohnya, bagi mereka yang mempunyai jenis darah A, anda mempunyai antigen A pada membran sel darah merah atau di mana-mana permukaan sel dalam badan anda (Jika jenis darah anda positif atau negatif, merujuk kepada faktor Rh). Sementara plasma anda mengandungi antibodi terhadap antigen jenis B. Ini menyebabkan tindak balas yang membunuh sel-sel yang mengandungi antigen jenis B.

    Oleh itu, jenis darah A hanya boleh menerima darah jenis A atau darah O sahaja kerana badan anda akan bertindak balas kepada antigen B. Anda pula boleh menderma darah kepada mereka yang jenis A atau jenis AB (yang tidak mengandungi sebarang antigen). Sementara darah Rh-negatif diberikan kepada pesakit Rh-negatif, dan darah Rh-positif atau Rh-negatif boleh diberikan kepada pesakit Rh-positif.

    Penderma dan Penerima Universal

    Darah jenis AB, tidak menghasilkan antibodi terhadap antigen jenis A atau B. Disebabkan itu, mereka boleh menerima darah daripada semua kumpulan; dan digelar ‘penerima universal’. Tetapi, mereka hanya boleh menyumbang darah kepada orang lain dengan jenis darah AB kerana antigen yang mereka miliki boleh menyebabkan tindak balas dalam penerima lain.

    Jika anda adalah jenis darah O, sel-sel anda membuat antibodi terhadap kedua-dua antigen A dan B. Ini bermakna bahawa jika anda memerlukan darah, anda hanya boleh menerima darah jenis O. Tetapi, anda boleh menderma darah anda kepada sesiapa sahaja; Oleh itu, anda adalah ‘penderma universal’. Jenis darah O adalah yang paling biasa.

    Apa pun jenis darah anda, menderma darah dapat membantu ramai orang yang memerlukan. Kerana akhirnya, darah yang menghubungkan kita semua!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan