HIV Berjaya disingkirkan daripada Genom Haiwan Hidup

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sekumpulan penyelidik di Lewis Katz School of Medicine di Temple University dan Pusat Perubatan University of Nebraska (UNMC) buat pertama kalinya telah menghapuskan replikasi-kompeten DNA HIV-1; virus yang bertanggungjawab untuk penyakit AIDS – daripada genom haiwan hidup. Kajian tersebut yang dilaporkan pada 2 Julai 2019 dalam jurnal Nature Communications, menandakan langkah kritikal terhadap perkembangan ubat yang tidak mustahil untuk jangkitan HIV manusia.

Menurut Dr. Kamel Khalili, Pengarah Pusat Neurovirologi, dan Pengarah Pusat NeuroAIDS Komprehensif di Lewis Katz School of Medicine di Temple University (LKSOM), dan Howard Gendelman, Pengarah Jabatan Farmakologi dan Neurosains Eksperimen dan Pengarah Pusat Penyakit Neurodegeneratif di UNMC, kajian mereka menunjukkan bahawa rawatan untuk menekan replikasi virus tersebut dan terapi penyuntingan gen, apabila diberikan secara berurutan, dapat menghapuskan HIV dari sel-sel dan organ-organ haiwan yang dijangkiti.

Dr. Gendelman berkata, pencapaian ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa usaha pasukan penyelidik yang luar biasa termasuklah ahli-ahli virologi, imunologi, ahli biologi molekul, ahli farmakologi, dan pakar farmasi. Dengan melalui kerjasama daripada pakar-pakar pelbagai bidang, mereka akhirnya dapat menemui penemuan yang signifikan ini.

Rawatan HIV semasa memberi tumpuan kepada penggunaan terapi antiretroviral (ART). ART menyekat replikasi HIV tetapi tidak menghilangkan virus tersebut daripada tubuh badan. Oleh itu, ART bukanlah penawar untuk virus tersebut, dan ia memerlukan penggunaan seumur hidup. Jika ia dihentikan, virus tersebut akan kembali menjadi lebih banyak, memperbaharui replikasi dan menggalakkan kewujudan penyakit AIDS. Penambahan virus HIV secara langsung dikaitkan dengan keupayaan virus tersebut untuk mengintegrasikan urutan DNAnya ke dalam genom sel-sel sistem kekebalan tubuh, di mana ia terletak secara tidak aktif dan di luar jangkauan ubat-ubatan antiretroviral.

Dalam penyelidikan sebelumnya, pasukan Dr. Khalili menggunakan teknologi CRISPR-Cas9 untuk membangunkan sistem penyampaian terapi gen dan penyunting gen yang bertujuan untuk menghapuskan DNA HIV daripada genom yang melindungi virus itu. Melalui kajian yang telah dijalankan ke atas tikus, ia menunjukkan bahawa sistem pengeditan gen dengan berkesan boleh mengeluarkan serpihan besar DNA HIV dari sel-sel yang dijangkiti, dan secara ketara memberi kesan kepada ekspresi gen virus. Walau bagaimanapun, sepertimana ART, penyuntingan gen tidak dapat menghapuskan HIV dengan sendiri secara sepenuhnya.

Bagi kajian baharu ini, Dr. Khalili dan rakan-rakan penyelidiknya menggabungkan sistem pengeditan gen mereka dengan strategi terapeutik yang dibangunkan baru-baru ini yang dikenali sebagai (LASER) ART. LASER ART telah dikembangkan secara bersama oleh Dr. Gendelman dan Dr. Benson Edagwa, pensyarah dalam bidang farmakologi di UNMC.

Menurut Dr. Khalili, pasukan penyelidiknya ingin melihat sama ada LASER ART dapat menekan replikasi HIV dalam tempoh yang cukup lama agar CRISPR-Cas9 dapat menghapuskan sepenuhnya DNA virus.

Untuk menguji idea mereka, penyelidik menggunakan tikus yang direka bentuk untuk menghasilkan sel T manusia yang mudah terdedah kepada jangkitan HIV, membenarkan jangkitan virus jangka panjang dan memberikan respon yang didorong oleh ART. Sebaik sahaja jangkitan tersebut diwujudkan, tikus dirawat dengan LASER ART dan seterusnya dengan CRISPR-Cas9. Pada akhir tempoh rawatan, tikus tersebut diperiksa untuk melihat beban virus yang dimilikinya. Analisis telah menunjukkan penyingkiran lengkap DNA HIV pada kira-kira satu pertiga daripada tikus yang dijangkiti virus tersebut.

Menurut Dr. Khalili lagi, mesej besar kajian ini adalah bahawa, ia memerlukan gabungan kedua-dua CRISPR-Cas9 dan penindasan virus melalui kaedah seperti LASER ART untuk menghasilkan ubat untuk jangkitan HIV. Dr. Khalili turut menyatakan yang kini, mereka mempunyai laluan yang jelas untuk bergerak ke hadapan bagi ujian yang dijalankan ke atas primat dan berkemungkinan akan menjalankan ujian klinikal ke atas pesakit manusia dalam tahun ini. 

Berkemungkinan masa depan pengubatan HIV dalam tubuh manusia akan mempunyai potensi yang cerah melalui perkembangan penyelidikan semasa yang dijalankan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    subjenis-hiv-baru-telah-dikenal-pasti

    Subjenis HIV Baru Telah Dikenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/11/2019 . 2 minit bacaan
    hiv dan aids

    HIV dan AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/11/2018 . 2 minit bacaan