5 Kanser Paling Berbahaya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Pada masa kini, terdapat rawatan untuk pelbagai jenis penyakit, bahkan boleh menyembuhkan kanser. Tetapi masih perjalanan masih panjang bagi doktor dan pakar-pakar untuk merawat kanser secara menyeluruh.

Kanser prostat

Apakah faktor-faktor risikonya?

Lelaki cenderung untuk mendapat kanser prostat selepas umur 50 tahun. Penyakit ini boleh berlaku dalam kalangan ahli keluarga. Beberapa perubahan genetik juga boleh menjadi punca. Lelaki yang makan daging merah dalam jumlah yang banyak atau produk tenusu tinggi lemak adalah lebih berisiko.

Bagaimanakah kanser prostat didiagnosis?

Lelaki perlu berbincang dengan doktor tentang ujian yang diperlukan, bila ia perlu dijalankan, dan kebaikan serta keburukannya. Mereka mungkin menjalani ujian darah untuk mengukur tahap PSA (prostate specific antigen). Mereka juga boleh mendapatkan pemeriksaan rektum digital, di mana doktor memasukkan jari yang bersarung getah ke dalam lubang najis dan memeriksa prostat jika terdapat bahagian yang keras, berketul, atau tidak normal.

Jika doktor bimbang tentang keputusan ujian anda, beliau boleh menggunakan jarum kecil untuk mengambil sampel, atau “biopsi,” untuk membuat pemeriksaan kanser. Beliau juga boleh menggunakan ultrasound untuk melihat tumor.

Bagaimanakah nasib kanser prostat?

Keadaan ini boleh diperbaiki jika ia dikesan awal. Tetapi apabila ia mula merebak ke bahagian badan yang lain, ia boleh bergerak pantas. 72% pesakit kanser ini mati dalam tempoh 5 tahun.

Kanser pankreas

Apakah faktor-faktor risikonya?

Anda berisiko lebih tinggi bagi kanser pankreas jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser ini, anda merokok, terlebih berat badan, atau mempunyai pankreatitis kronik.

Bagaimanakah kanser pankreas didiagnosis?

Kanser ini amat sukar dikesan awal. Masalahnya ialah pada kedudukan pankreas di dalam badan. Pankreas terletak di dalam perut anda. Susah untuk anda untuk merasakan sebarang ketulan atau ketumbuhan. Jadi anda mungkin tidak tahu bahawa anda mengalami kanser ini.

Apakah nasib kanser pankreas?

Apabila simptom muncul, kanser biasanya sudah merebak. Hanya beberapa orang disahkan menghidap kanser pankreas hidup lebih daripada 5 tahun selepas diagnosis. Namun, setiap orang adalah berbeza, dan doktor tidak boleh meramalkan siapa yang akan hidup lebih lama.

Kanser payudara

Apakah faktor-faktor risiko?

Bukan sekadar jantina, umur juga penting. Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa selepas menopaus. Anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini jika:

  • Sejarah perubatan keluarga kanser payudara.
  • Anda mempunyai perubahan tertentu pada genetik.
  • Anda mempunyai berat badan berlebihan.
  • Anda minum alkohol.
  • Payudara anda adalah padat.
  • Anda mengalami haid pertama pada atau sebelum umur 11.
  • Lewat menopause.
  • Anda seorang wanita yang tidak pernah mengandung atau mengandung kali pertama selepas umur 35 tahun.
  • Anda mengambil “gabungan” terapi penggantian hormon.
  • Anda terdedah kepada radiasi.

Bagaimanakah kanser payudara didiagnosis?

Mamografi, X-ray khas payudara, adalah ujian utama untuk menyaring tumor ini. Doktor juga boleh menggunakan ultrasound dan MRI untuk pemeriksaan lanjut. Anda boleh mendapatkan biopsi, di mana doktor menggunakan jarum halus untuk mendapatkan sampel bagi melihat jika ia adalah kanser.

Anda perlu berbincang dengan doktor tentang berapa kerap anda perlu diperiksa – dan kemudian untuk membuat temu janji.

Apakah nasib kanser payudara?

Seperti kanser lain, lebih awal ia dikesan, lebih baik. Hampir semua wanita yang mengetahui mereka menghidap kanser payudara peringkat 1 masih hidup 5 tahun kemudian. Pesakit kanser payudara yang hidup pada hari ini lebih ramai berbanding sebelum ini.

Kanser kolorektal

Apakah faktor-faktor risikonya?

Umur adalah satu sebab yang meningkatkan peluang anda mendapat kanser kolon. Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika ia berlaku di dalam keluarga anda, mengambil lebih daripada tiga minuman beralkohol sehari, merokok, atau obes.

Bagaimanakah kanser kolorektal didiagnos?

Dikesan cukup awal, melalui ujian saringan kolonoskopi atau lain-lain, dan kemungkinan untuk hidup adalah baik.

Apakah nasib kanser kolorektal?

Kebanyakan pesakit hidup sekurang-kurangnya 5 tahun selepas mengetahui bahawa mereka mempunyai kanser kolorektal bagi peringkat yang paling awal.

Ujian baru, termasuk yang mengesan genetik tertentu di dalam tumor kolon, boleh membuat kanser ini lebih mudah untuk dikesan. Satu rawatan yang berkesan menggunakan vaksin kanser untuk “melatih” sistem imun menyerang sel-sel kanser usus besar. Vaksin tersebut merawat kanser, tetapi mereka tidak mencegahnya.

Kanser paru-paru

Apakah faktor-faktor risikonya?

Merokok adalah punca utama. Menyedut asap rokok secondhand juga adalah berisiko. Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika ia berlaku di dalam keluarga anda atau jika anda terdedah kepada radon dan bahan kimia lain yang tertentu. Kanser paru-paru adalah lebih biasa dalam kalangan penghidap HIV.

Bagaimanakah kanser paru-paru didiagnosis?

Doktor tidak mengesyorkan pemeriksaan rutin bagi semua orang.

Apakah nasib kanser paru-paru?

Seperti kanser lain, cara yang paling mudah untuk merawat adalah diagnosis awal. Ia juga bergantung kepada jenis kanser paru-paru tersebut. Secara keseluruhan, hanya 17% masih hidup 5 tahun selepas diagnosis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan