4 sebab mengapa ‘Kejituan Perubatan’ beri impak kepada anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Bayangkan ini, seorang wanita berusia 53 tahun, bernama Alice, bertemu dengan doktor apabila mengadu terdapat kesakitan dan kepedihan di bahagian abdomen beliau. Doktor menjangkakan Alice mungkin menghidap kanser, namun ia tidak dapat dipastikan dengan jelas. Kebiasaannya, doktor akan mula melakukan beberapa siri ujian dan mengakibatkan pesakit gelisah menantikan keputusan ujian tersebut yang mungkin mengambil masa berminggu-minggu.

Walau bagaimanapun, terdapat satu pendekatan baru menggunakan DNA — sebuah tanda genetik yang unik dan tersendiri — sampel DNA diambil dan diuji. Ujian DNA menunjukkan terdapat satu kecacatan pada salah satu tanda genetik yang pada umumnya diketahui oleh para pengkaji dan saintis sebagai kanser. Berdasarkan ketepatan maklumat ini, doktor dapat menentukan ujian, membuat diagnosis dan memberikan rawatan sewajarnya jika Alice menghidap kanser payudara dengan segera. Kesakitan dan kepedihan yang dialami oleh Alice beransur pulih dalam masa beberapa minggu sahaja.

Kejituan Perubatan atau ‘Precision Medicine’ merupakan cara yang lebih disesuaikan dan tepat untuk membuat diagnosis dan merawat penyakit, berdasarkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kejadian biologi seseorang – termasuk maklumat dalam DNA mereka – dan bagaimana mereka menjalani kehidupan. Kaedah pengumpulan maklumat tersebut kini lebih murah dan mudah berbanding sebelum ini.

Penyimpanan data dan kemajuan analisis adalah penting untuk menyokong pertumbuhan Kejituan Perubatan. Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah menerajui sektor ini dengan negara Asia seperti China semakin meningkatkan pelaburan mereka. Industri Kejituan Perubatan dijangkakan bernilai lebih dari USD 100 bilion menjelang tahun 2025, dengan menyaksikan semakin banyak syarikat-syarikat farmaseutikal membuat pelaburan terbesar.

Mengapakah Kejituan Perubatan penting untuk kita semua?

Matlamat utama Kejituan Perubatan adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat umum. Bayangkan jika lebih ramai orang didiagnosis dengan cepat dan betul — seperti Alice, mereka akan diberi rawatan sewajarnya berdasarkan ketepatan diagnosis tersebut.

Anda mungkin dapat mengurangkan masa untuk berulang-alik bertemu doktor (yang sememangnya tidak menang tangan kerana terdapat ramai pesakit). Sekaligus dapat menenangkan jiwa dan fikiran kesan kerana anda cuma mengalami sedikit kesan sampingan daripada rawatan berbanding kaedah sebelum ini — di mana pesakit menderita lama kerana proses rawatan yang mencari kesesuaian (trial-and-error) terhadap keadaan anda.

Video ihsan: UC San Francisco (UCSF)

Adakah Kejituan Perubatan menelan belanja yang banyak?

Ini adalah persoalan yang sering diajukan. Mengenal pasti penyakit dan memberi rawatan dengan cepat, atau mengenal pasti orang yang berisiko terhadap sesuatu penyakit dapat mengurangkan jumlah kunjungan ke doktor dan hospital. Ini menjimatkan wang yang dibelanjakan untuk prosedur dan rawatan yang tidak perlu.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko bahawa alat baru atau lebih baik untuk menyaring dan membuat diagnosis penyakit dan ubat-ubatan yang lebih disesuaikan dan tepat kepada penyakit tertentu sudah pastinya mempunyai tanda harga yang mahal. Ini kerana terlalu banyak kos dilaburkan untuk menemui dan menguji terapi baru manakala jumlah orang yang menerima rawatan adalah tidak ramai kerana sasaran yang lebih tepat.

Namun demikian harga rawatan tersebut akan jatuh seiring dengan kemajuan teknologi, persaingan dan penggantian dasar dan polisi.

Adakah terdapat rawatan berbentuk Kejituan Perubatan di hospital setempat?

Pendekatan rawatan ini sudah tersedia dan digunakan oleh doktor dalam bidang tertentu. Ini sudah menjadi kebiasaan oleh doktor menggunakan pendekatan ini untuk membantu membuat diagnosis dan merawat kanser serta memberi harapan cerah bagi merawat keadaan kesihatan lain seperti kemurungan dan penyakit jantung.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian diperlukan untuk memahami asas biologi dan genetik untuk banyak jenis penyakit lagi. Kita juga harus menyediakan sumber tenaga kepakaran dan kesediaan sistem penjagaan kesihatan masa kini untuk teknologi baru dan memastikan pendekatan rawatan ini tidak membebankan masyarakat umum.

Apakah peranan masyarakat untuk mempercepatkan Kejituan Perubatan?

Anda boleh bertanya kepada doktor, jika berdasarkan sejarah keluarga atau faktor risiko lain — mengenai keperluan anda menjalani ujian genetik untuk membantu membuat diagnosis dan memilih rawatan tepat berdasarkan keadaan kesihatan seperti kanser.

Pun begitu, bukan semua jenis keadaan kesihatan perlu melalui ujian dan ianya tidak selalunya 100 peratus tepat menggambarkan keadaan anda. Jika anda merasakan tidak menjadi masalah untuk anda berkongsi data genomik dan kesihatan anda yang lain dengan saintis dan pakar kesihatan, sudah pastinya ia penting untuk membantu mereka mengenal pasti, melakukan ujian dan memberi rawatan terhadap mutasi genetik.

Sebelum menyumbang maklumat anda, tanyakan bagaimana mereka dapat melindungi data anda, dan sama ada mereka akan melaporkan kembali kepada anda jika terdapat sebarang penemuan terbaru.

Di peringkat global, Pusat Forum Ekonomi Dunia untuk Revolusi Perindustrian Keempat sedang menangani isu-isu ini melalui projek-projek rintis yang membangun, menguji, dan mengawalselia rangka kerja serta tadbir urus baru yang direka untuk mempercepatkan kejituan perubatan. Ini dapat memastikan masyarakat umum menerima manfaat dan pada masa yang sama mengurangkan pelbagai risiko serta impak.

Infografik ihsan: Dana-Farber/Boston Children’s Cancer and Blood Disorders Centre

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

*Artikel ini disusun berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia mengenai Ekonomi Kesihatan dan Penggubalan Dasar serta Polisi Awam mengenai Kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaitan peningkatan tahap dan hak terhadap kesihatan reproduktif dalam kalangan wanita dan kesejahteraan masyarakat

    Komitmen kerajaan yang lemah, kekurangan sumber, diskriminasi terhadap wanita — ini merupakan penyebab utama mengapa sesetengah negara tidak membicarakan mengenai hak serta akses terhadap kesihatan reproduktif ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 27/06/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kos membesarkan anak di Malaysia

    Inilah Kos Sebenar Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia, Pasti Anda TERKEJUT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/12/2019 . 3 minit bacaan

    Kesunyian: Satu Epidemik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan

    Ledakan Teknologi Data dan Manfaatnya Kepada Sektor Kesihatan Awam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Diterbitkan pada 23/01/2019 . 5 minit bacaan
    bumi

    Nota Pengarang: Bumi Sihat + Masyarakat Sejahtera + Ekonomi Progresif = Formula Terbaik Dunia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Diterbitkan pada 19/01/2019 . 7 minit bacaan