Bulu Sekitar Lubang Dubur: Adakah Ianya Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Jawapan ringkasnya adalah YA, ianya normal, namun jawapan panjang untuk mengapa dan adakah ianya normal untuk ada bulu sekitar lubang dubur ada dalam keseluruhan artikel ini.

Menjadi seseorang yang peka terhadap tubuh badan dan penampilan diri akan membawa anda kepada pelbagai soalan tentang fizikal yang anda miliki.

Antara subjek yang kerap menjadi soalan anda adalah ketumbuhan bulu atau rambut – bila di wajah, anda tertanya-tanya mengapa anda memiliki kening bersambung atau bulu-bulu pada wajah; bila di kepala.

Anda puas memikirkan mengapa rambut anda mula gugur pada usia muda atau mengapa rambut anda sudah beruban; namun soalan berkaitan bulu yang mungkin pernah melintasi minda anda tetapi jarang diutarakan adalah ‘Mengapa ada bulu di sekitar lubang dubur saya?”

Jangan risau, sains mungkin ada jawapannya. Punggung dipisahkan oleh pembahagian yang dikenali sebagai intergluteal cleft (rekahan antaran otot gluteus).

Hampir semua orang mungkin pernah perasan bahawa adanya bulu sekitar lubang dubur ketika mereka mandi atau membuang air besar.

Pertumbuhan bulu-bulu ini dikenali sebagai perianal hair (bulu sekitar anus/lubang dubur) namun tiada orang yang betul-betul tahu mengapa anda mempunyainya.

Terdapat teori evolusi yang mengetengahkan pendapat bahawa mengapa ianya wujud adalah kerana tiada tekanan evolusi yang menghalang pertumbuhannya – bermaksud, kita berupaya untuk membiak, hidup dan mencari makanan tanpa diganggu olehnya.

Ianya mungkin dikira sebagai ciri-ciri yang tidak cerdas (unintelligent design).

Bagaimanapun, itu bukanlah jawapan menarik yang mampu memuaskan rasa ingin tahu anda, kan? Justeru, pengkaji mengetengahkan beberapa lagi teori antaranya adalah peranannya dalam komunikasi bau.

Sepanjang evolusi spesis manusia, komunikasi melalui bau telah memainkan banyak peranan, sama ada wangi dan menyenangkan, atau busuk dan menjengkelkan.

Ini adalah sebab mengapa kita ada bulu di kawasan yang menghasilkan bau seperti ketiak dan kawasan kemaluan.

Bulu dan rambut di sini memegang rembesan-rembesan kulit yang berminyak atau bersebum, yang mempunyai baunya yang tersendiri selain dihadam dan dicerna oleh bakteria di kawasan permukaan kulit yang menghasilkan bau tambahan yang lain.

Memandangkan kita mempunyai kompaun kimia dan juga taburan spesis bakteria yang berbeza pada kulit masing-masing, bau kita juga berbeza. Bulu sekitar lubang dubur mungkin ciri yang digunakan oleh nenek moyang purba kita dalam komunikasi bau.

Penjelasan evolusi seterusnya yang dimainkan oleh bulu sekitar lubang dubur (merupakan penjelasan yang diterima pakai dan paling popular) adalah ianya mengurangkan kesan geseran antara dubur kiri dan kanan.

Geseran boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan seterusnya, jangkitan.

Dalam kes ini, bulu sekitar lubang dubur anda mungkin memainkan peranan sebagai lapisan perlindungan yang, apabila ditambah dengan rembesan minyak dan sebum, membentuk pelinciran geseran antara dubur kiri dan kanan.

Namun yang demikian, perlu diingati bahawa tiada kajian pernah dilakukan untuk memastikan teori-teori ini dan bukan setiap genap tubuh badan kita mempunyai fungsi evolusi sendiri.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

    Ada sesetengah wanita kurang berkeyakinan kerana mempunyai pinggul besar. Namun sebenarnya anda adalah bertuah kerana dikatakan akan lebih mudah hamil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 28/04/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

    Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

    Adakah dengan melakukan seks anal, maka ia menjadi punca buasir baharu muncul? Atau ia sekadar memburukkan lagi keadaan buasir yang sedia ada?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/03/2020 . 3 minit bacaan

    Umur Masih Muda Tapi Uban Makin Penuh Atas Kepala, Adakah Ia Disebabkan Stres?

    Ada yang pernah mengatakan, rambut beruban tumbuh disebabkan oleh seseorang itu banyak berfikir. Bagaimana jika kami katakan ia disebabkan oleh stres?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kulat

    Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    rambut lanugo

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    fungsi-bulu-kemaluan

    Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Yang Anda Mesti Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020 . 3 minit bacaan