backup og meta

E-Rokok: Adakah Ia Selamat?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 09/12/2019

    E-Rokok: Adakah Ia Selamat?

    E-rokok adalah alat merokok yang menggunakan bateri. Ramai orang berfikir bahawa alat ini lebih selamat daripada rokok tradisional dan ia boleh membantu orang berhenti merokok. Walau bagaimanapun, risiko kesihatan alat ini tidak diketahui secara meluas. Artikel ini akan menunjukkan kepada anda mengapa E-rokok tidak sihat.

    E-rokok meningkatkan ketagihan nikotin di kalangan pengguna muda dan pengguna yang tidak menggunakan tembakau.

    E-rokok mungkin kelihatan seperti rokok tradisional tetapi tidak berfungsi dengan cara yang sama. Para pengguna menghisap kartrij, yang mengandungi cecair khas. Ini menyebabkan alat pemanas, yang dipanggil pengewap, untuk memanaskan cecair. Kemudian cecair tersebut menjadi wap yang akan dihirup.

    E-cecair yang digunakan untuk rokok jenis ini mengandungi nikotin. Nikotin boleh merangsang sistem saraf pusat, meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan jantung berdegup lebih cepat. Dan, sudah tentu, nikotin menyebabkan ketagihan. Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa nikotin boleh menjadikan otak menjadi ketagih terhadap bahan lain.

    Semakin banyak remaja dan orang dewasa mula menggunakan rokok jenis ini. Ini mungkin kerana e-rokok mudah diperoleh dan digunakan. Selain itu, mereka beranggapan bahawa alat ini adalah lebih selamat daripada rokok tradisional. Ingat bahawa, walaupun alat ini berfungsi secara berbeza daripada rokok sebenar, ianya masih mengandungi dadah yang menyebabkan ketagihan yang kuat iaitu nikotin.

    E-rokok mengandungi bahan-bahan yang berpotensi yang merbahaya

    E-cecair yang digunakan untuk rokok jenis ini juga mengandungi perasa (kayu manis, coklat, strawberi, ceri, pudina, pisang, kek keju, tembakau) dan bahan kimia lain. Sesetengah jenama E-cecair mengandungi formaldehid – bahan lain yang digunakan dalam antibeku yang boleh menyebabkan kanser. Sesetengah jenama mengandungi diacetil yang boleh menyebabkan kanser paru-paru apabila disedut. Formaldehid, asetaldehid, dan akrolein boleh menyebabkan keradangan, merosakkan saluran darah, dan menjejaskan sistem saraf pusat.

    Logam toksik yang terhasil daripada mekanisme pengewapan seperti timah, nikel, plumbum, merkuri juga boleh meningkatkan risiko kesihatan. Selain itu, kartrij ini boleh diisi dengan cecair lain yang tidak dikenali yang lain jadi pengguna mungkin terdedah kepada ubat berbahaya yang tidak diketahui.

    Cecair dalam E-rokok boleh menyebabkan keracunan nikotin

    Cecair dalam alat ini digunakan untuk menyedut. Jika seseorang minum, menghidu atau menyentuhnya, keracunan nikotin boleh berlaku. Simptom keracunan nikotin termasuk:

    • Kecur air liur
    • Sakit perut
    • Tekanan darah tinggi
    • Pening
    • Kulit pucat
    • Kadar denyutan jantung meningkat
    • Sesak nafas
    • Cirit-birit
    • Pernafasan cetek (lemah)

    E-rokok membahayakan wanita hamil

    Sekiranya wanita mengandung menggunakan rokok jenis ini, ianya sangat berbahaya. Nikotin boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kedua-dua ibu dan bayi. Ia boleh menjejaskan perkembangan otak dan paru-paru. Bayi yang baru lahir mungkin mengalami masalah ingatan dan perhatian. Di samping itu, nikotin juga boleh menyebabkan tempoh kehamilan yang kurang dan berat kelahiran yang rendah. Oleh itu, wanita hamil tidak boleh menggunakan apa-apa bentuk produk nikotin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 09/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan