10 Tanda AMARAN Anda Mungkin Terkena Jangkitan HIV, 1 Dari 8 Orang Berisiko

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

HIV adalah jangkitan melalui air mani, lelehan faraj dan darah yang paling biasa berlaku.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sebanyak 1 dalam setiap 8 orang yang dijangkiti tidak menyedari keadaan mereka.

Anda harus tahu bahawa HIV tidak dapat disembuhkan, jadi anda hanya boleh menggunakan ubat untuk menghalang virus HIV daripada membiak dan memanjangkan jangka hayat anda.

Oleh itu, anda harus mengenal pasti simptom HIV dan mendapatkan rawatan secepat mungkin. Berikut adalah sepuluh simptom biasa berlaku pada pesakit positif HIV daripada peringkat awal.

Mual dan muntah

Kedua-duanya adalah antara simptom HIV yang paling biasa kerana HIV dapat melemahkan sistem imun tubuh dengan memusnahkan sel-sel darah putih yang dapat melawan jangkitan, menyebabkan tubuh lebih mudah terdedah kepada jangkitan virus.

Apabila anda berasa ingin muntah bererti bahawa tubuh anda telah mengalami masalah dengan virus HIV.

Walaupun mual/loya dan muntah boleh berlaku atas pelbagai sebab lain, anda perlu berjumpa doktor anda jika anda golongan yang berisiko.

Demam

Demam berlarutan merupakan tanda khusus HIV.

Di samping mual dan muntah, demam adalah amaran virus menyerang sistem imun anda. Pada peringkat awal HIV, demam cenderung untuk berulang dan berlarutan lebih lama daripada biasa, kira-kira dua hingga empat minggu pada suatu masa.

Berpeluh malam

Apabila anda dijangkiti HIV, peluh malam akan datang dengan demam.

Tanda ini boleh menjadi sangat teruk sehingga membasahi baju tidur, selimut, termasuk cadar dan anda mungkin bangun disebabkan basah.

Apabila simptom ini bergabung, hubungi doktor anda untuk pemeriksaan segera.

Cirit-birit

Oleh kerana sistem imun anda terjejas disebabkan virus HIV, anda mungkin mendapat masalah dengan jangkitan virus, kulat, atau bakteria yang boleh merosakkan sistem pencernaan anda.

Sakit kepala melampau

Pada tahun 2000, satu kajian dalam majalah Pain melaporkan bahawa di antara 131 pesakit HIV-positif, hampir 46 peratus mengalami sakit kepala yang melampau, 16 peratus mengalami migrain dan selebihnya dipengaruhi oleh beberapa jenis sakit kepala.

Pada mana-mana fasa HIV, pelbagai jenis sakit kepala yang intensif berlaku secara berterusan dan menyebabkan keletihan yang melampau.

Sakit tekak

Sakit tekak juga boleh menjadi simptom biasa selesema atau flu, jadi pesakit lebih cenderung mengabaikannya.

Walau bagaimanapun, sakit tekak akan berlaku pada masa yang sama dengan demam dan berpeluh malam pada peringkat awal HIV.

Sakit otot atau sendi

Pada tahun 2002, laporan Jurnal Akademi Ortopedik Amerika menyatakan bahawa masalah otot sering kali menjadi simptom pertama HIV.

Anda boleh mengatakan bahawa sakit otot dan sakit sendi boleh menjadi tanda penyakit lain.

Walau bagaimanapun, jika anda berisiko tinggi, sakit otot mungkin merupakan manifestasi kecemasan HIV positif.

Nodus limfa bengkak

Nodus limfa di dalam badan anda yang sering dijumpai di pangkal paha, ketiak, leher dan di bawah tulang rahang adalah bahagian daripada sistem imun.

Oleh kerana virus HIV melemahkan sistem ini, nodus limfa juga mungkin terjejas teruk.

Ia akan kelihatan bengkak dan menyakitkan, tambahan pula, simptom ini mungkin berlarutan selama lebih daripada 2 minggu. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda bagi mendapatkan bantuan.

Keletihan

Walaupun keletihan muncul dengan sebarang penyakit, termasuk jangkitan HIV, anda harus mengambil perhatian mengenainya.

Terutamanya apabila anda telah melakukan perilaku yang berisiko dan keadaan keletihan anda berlaku dengan simptom HIV yang lain.

Dermatitis Seborrheic

Dermatitis seborrheic adalah simptom jangkitan HIV yang tidak dapat dielakkan. Ruam merah atau tompokan gatal, berpeluh, kulit yang meradang biasanya boleh didapati di kepala, muka, dada, pangkal paha, dan bahagian belakang.

Beberapa aktiviti lain dalam kehidupan seharian, seperti berkongsi tuala atau memeluk, tidak akan menyebarkan virus HIV antara satu sama lain.

Anda hanya dijangkiti oleh HIV apabila anda terlibat dalam tingkah laku berisiko.

Oleh itu untuk melindungi diri daripada HIV, anda harus berhati-hati apabila melakukan hubungan seks dan jangan berkongsi jarum dengan orang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hubungan Antara HIV dan Jangkitan Hepatitis C

    Virus hepatitis C adalah penyakit yang menjangkiti hati. HCV boleh menyebabkan jangkitan sepanjang hayat dan dari semasa ke semasa ia menyebabkan fibrosis, sirosis, kanser hati, kegagalan hati dan juga kematian. Hepatitis ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan hiv

    Adakah HIV Masih Lagi Satu Epidemik Global?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/11/2019 . 3 minit bacaan
    menyingkap mitos HIV

    Menyingkap Mitos HIV

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/04/2019 . 2 minit bacaan
    Mengenai HIV: Apa Yang Remaja Perlu Ketahui

    Mengenai HIV: Apa Yang Remaja Perlu Ketahui

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 2 minit bacaan

    Salah Faham Biasa Mengenai HIV/AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 13/11/2018 . 2 minit bacaan