Prof. Dr. Christopher Ho Chee Kong merupakan seorang Profesor Adjung di School of Medicine, Taylor’s University. Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai pakar perunding urologi di Oriental Melaka Straits Medical Centre. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Pembedahan dan Urologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan selama 20 tahun dan menjadi seorang pakar perubatan urologi selama 10 tahun. Beliau mempunyai minat dan kepakaran yang mendalam dalam bidang urologi, kesihatan lelaki dan juga perubatan seksual.
Kepakaran Prof. Dr. Christopher Ho Chee Kong dalam bidang urologi sememangnya amat dikenali dan diiktiraf dalam dunia perubatan. Beliau telah menganggotai dan menjawat jawatan di pelbagai badan profesional sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Beliau bukan sahaja berkhidmat sebagai pakar perubatan urologi, tetapi juga terlibat secara langsung dalam kajian-kajian berkaitan perubatan urologi. Sehingga kini, beliau telah berjaya menerbitkan lebih daripada 140 hasil kajian di jurnal-jurnal selain menerbitkan tujuh buah buku berkaitan kesihatan lelaki. Beliau juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa editorial bagi 10 buah jurnal selain dilantik sebagai penyemak bagi 24 jurnal yang lain.
UNIVERSITI DAN IJAZAH
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGALAMAN
International Consultation of Urological Diseases (ICUD)
Malaysian Society of Andrology and the Study of the Aging Male (MSASAM)
College of Surgeons Malaysia