home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Status Rh dan Kehamilan 2: Suntikan Anti-D

Status Rh dan Kehamilan 2: Suntikan Anti-D

Bagaimana suntikan anti-D berfungsi?

Apabila badan sudah disentitizasi, antibodi akan terus terhasil berdasarkan ‘sel-sel memori’. Maka, ia amat kritikal untuk menghalangnya daripada terus terhasil. Suntikan anti-D boleh menyelesaikan masalah ini.

Setelah disuntik, anti-D akan bertindak segera mencari dan memusnahkan sel darah yang berada dalam aliran fetus. Keputusannya, sel darah tersebut tidak mempunyai jangka masa yang cukup untuk proses sensitizasi yang menjurus kepada penghasilan antibodi. Ini bermakna fasa kehamilan anda sekarang dan di masa hadapan adalah selamat kerana bebas penyakit rhesus.

Apakah prosedur suntikan anti-D?

Anti-D disuntik ke dalam otot, selalunya di bahagian atas lengan. Anda seharusnya mendapatkan suntikan tersebut pada minggu ke-28 dan 34 ketika fasa kehamilan. Terdapat dalam kes tertentu, dos yang diberikan lebih banyak berbanding biasa, selalunya di antara minggu ke-28 hingga ke-30. Ibu hamil juga perlu diberi suntikan serta-merta dalam masa 72 jam jika terdapat kebarangkalian aktiviti sensitizasi.

Walaupun kedua anda dan bapa kepada kandungan anda merupakan rhesus negatif, anda turut memerlukan suntikan anti-D kerana terdapat kemungkinan bayi anda akan menjadi rhesus positif jika bapanya mempunyai kebarangkalian atau variasi antigen D dalam darahnya.

Dari manakah doktor mendapat anti-D, adakah ia selamat?

Anti-D diekstrak daripada plasma, iaitu cecair darah berwarna kuning kejernihan. Darah dengan plasma yang mengandungi anti-D diambil daripada penderma. Bagi menjadi penderma yang layak, seseorang itu haruslah berjaya melepasi dua saringan temuduga. Darah mereka kemudiannya dihantar untuk ujian saringan makmal bagi memastikan ia bebas daripada jangkitan HIV, hepatitis B, hepatitis C dan virus lain seperti varian penyakit Creutzfeldt-Jakob (vCJD).

Anti-D selamat untuk bayi anda. amat jarang dilaporkan mengenai tindakbalas alahan oleh anti-D dalam kalangan ibu hamil. Jika ada pun, ia tidak serius. Walau bagaimanapun, anti-D mempunyai kebarangkalian immunoglobin A (IgA), pada mereka yang terdapat alahan kepada IgA, alahan yang teruk atau tindak balas anaflaktik mungkin akan berlaku. Setelah disuntik, adalah dinasihatkan untuk berehat selama 20 minit sehingga doktor merasakan anda cukup stabil.

Apa yang berlaku setelah bayi saya dilahirkan?

Jika darah bayi anda ternyata dalam kumpulan rhesus positif, anda akan menerima satu lagi suntikan anti-D dalam masa 72 jam selepas melahirkan bayi. Ini demi memastikan yang sistem imunisasi anda tidak bertidak balas terhadap keadaan rhesus bayi anda. Doktor juga akan mengambil sampel darah sejurus selepas melahirkan bayi untuk ujian antibodi. Semakin banyak sel darah yang mati dalam sistem anda, lebih banyak dos anti-D akan diberikan kepada anda. Dalam senario yang berbeza, jika kedua bayi dan anda mempunyai rhesus negatif, suntikan anti-D tidak diperlukan,

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Rh Sensitization During Pregnancy. http://www.webmd.com/baby/tc/rh-sensitization-during-pregnancy-topic-overview#1. Accessed May 22, 2017.

What Is My Rhesus Status, and How Will It Affect My Pregnancy? https://www.babycentre.co.uk/a568837/what-is-my-rhesus-status-and-how-will-it-affect-my-pregnancy. Accessed May 22, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim pada 12/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim
x