Dr. Maria Zalina Abdul Rahim

Psikiatri · Hello Health Group

Profil

Dr. Maria Zalina Abdul Rahim kini seorang pensyarah Psikiatri di Cyberjaya University College of Medical Sciences, Malaysia, di bawah bahagian Psikiatri, Fakulti Perubatan.

Beliau memiliki kepakaran dalam gangguan personaliti, psikosis, ketagihan dan stres dalam semua kumpulan umur, psikiatri forensik, mangsa dera serta penampilan sebagai saksi dalam mahkamah.

Dengan kemahiran komunikasi yang cemerlang dan silang budaya, Dr. Maria Zalina Abdul Rahim merupakan seorang pakar perubatan yang sentiasa mengutamakan penjagaan dan rawatan terbaik serta berkualiti bagi pesakitnya. Beliau percaya bahawa mereka yang menghidap penyakit psikiatri berhak menerima peluang yang sama untuk hidup dengan sebaik mungkin.

Selain seorang pakar perubatan, Dr. Maria Zalina Abdul Rahim juga gemar menjadi pemuzik pianoforte Licentiate, daripada Trinity College of Music di London dengan diploma dalam bidang muzik (pianoforte) di Royal Schools of Music London.

Beliau juga mengajar muzik dan mempunyai pelajar yang pernah menjadi calon Royal Schools of Music London dan Australian Guild of Music and Speech Board of Examination. Beliau berjaya menyatukan muzik dan psikiatri (psikomuzikologi) untuk merawat pesakitnya.

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti