backup og meta

MENGEJUTKAN! Virus Korona Boleh Merebak Melalui Udara?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    MENGEJUTKAN! Virus Korona Boleh Merebak Melalui Udara?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pembaca tahu ke bagaimana virus korona baharu (COVID-19) disebarkan? Mungkin anda pernah terbaca di laman sesawang kesihatan bahawa virus ini tersebar melalui titisan udara dan sentuhan secara langsung dengan objek tercemar.

    Dalam pada itu, ini adalah jumlah kes terkini COVID-19 di negara kita:

    [covid_19]

    Namun, melihat kepada jumlah kes yang kian meningkat, adakah virus ini berkemungkinan tersebar melalui udara (aerosol)? Baca artikel ini untuk mengetahui berkenaan penyakit COVID-19 dengan lebih lanjut.

    Beza antara kaedah penyebaran aerosol dan titisan udara

    virus korona

    Jangkitan saluran pernafasan boleh disebabkan oleh pelbagai jenis mikroorganisma. Antara agen penyebaran yang boleh mempengaruhi keadaan kesihatan sistem tersebut adalah virus, bakteria dan kulat.

    Jangkitan virus adalah punca morbiditi dan mortaliti tertinggi di dunia jika dibandingkan dengan mikroorganisma yang lain. Ia berupaya untuk mengalami proses replikasi pada saluran pernafasan bagi menghasilkan lebih banyak virus.

    Virus yang terhasil boleh disebarkan melalui cecair yang keluar sewaktu kita bersin dan batuk. Maka, melalui proses itulah virus pada saluran pernafasan boleh merebak kepada orang lain. Namun begitu, jarak penyebaran virus bergantung kepada sifat penyebarannya.

    Inilah yang terjadi dalam tubuh badan kita sekiranya diserang virus korona baharu:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    Secara asasnya, terdapat beberapa kaedah penyebaran virus namun kita akan memfokuskan kepada titisan udara dan aerosol. 

    Bagi jangkitan yang tersebar melalui kaedah aerosol, segala partikel yang terkandung di dalam air liur/lendiran sewaktu kita bersin berada di udara lebih lama berbanding dengan penyebaran melalui titisan udara. Ia juga boleh tersebar kepada individu pada jarak melebihi 1 meter.

    Artikel berkaitan:

    Mikroorganisma yang menular melalui kaedah ini kebiasaannya berupaya untuk hidup di luar badan manusia lebih lama berbanding dengan virus yang disebarkan melalui titisan udara.

    Ia juga mempunyai saiz yang lebih kecil (<5 μm). Contoh penyakit yang boleh disebarkan melalui kaedah ini adalah tuberkulosis, cacar air (chickenpox) dan demam campak (measles).

    Jangkitan yang disebarkan melalui titisan udara kebiasaannya kekal di udara kurang daripada 17 minit. Jarak penyebarannya juga terhad kepada 1 meter dan ia jarang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan bawah (paru-paru).

    Kontroversi kaedah penyebaran COVID-19

    titisan udara

    Terdapat satu pernyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa China berkenaan dengan cara penyebaran penyakit COVID-19. 

    Menurutnya, berkemungkinan virus tersebut boleh disebarkan melalui kaedah penyebaran aerosol menjadikan ia lebih bahaya berbanding dengan virus korona lain. 

    Walaupun begitu, Pakar Perubatan Virologi dari Pusat Kajian Penyakit Berjangkit Australia telah menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, melihat kepada kenaikan mendadak kes jangkitan di seluruh dunia, beliau tidak terkejut sekiranya virus ini memang tersebar melalui kaedah penyebaran aerosol.

    Namun, tiada kajian atau fakta saintifik yang membuktikan pernyataan tersebut benar. Jika maklumat sebegitu tersebar, ia akan menyebabkan huru-hara dan panik palsu dalam kalangan populasi awam yang tidak tahu-menahu akan kebenaran di sebalik sifat virus korona tersebut.

    Baca juga:

    Virus ini yang menyebabkan masalah pernafasan sememangnya sukar untuk dikawal. Lihat sahaja pada wabak influenza yang pernah menular tahun lepas. Ia bukanlah satu jangkitan yang boleh dikawal dengan cara meletakkan individu berjangkit dalam bilik kuarantin semata-mata.

    Setiap individu memainkan peranan penting bagi mengelakkan wabak ini terus menular di pelosok dunia. Kita perlu berhati-hati dalam memilih maklumat berikutan kewujudan populasi coronapalatau yang semakin menjadi-jadi sekarang. Tanpa bukti kajian saintifik, sesuatu kaedah itu tidak wajar dijadikan pegangan atau disebarkan kepada orang ramai.

    Jadi, apakah kaedah penyebaran COVID-19?

    virus korona

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan kesihatan global di seluruh negara telah bersetuju bahawa virus ini mempunyai kaedah penyebaran melalui titisan udara.

    Sekiranya ia telah menjangkiti individu, inilah yang akan berlaku kepada mereka:

    Jika virus ini tidak boleh tersebar melalui kaedah aerosol, mengapakah kini peningkatan individu yang berjangkit dilihat sangat mendadak? Terdapat beberapa penjelasan yang mungkin boleh menjadi jawapan kepada persoalan tersebut.

    • Tempoh jangka hayat penyakit COVID-19 di luar badan yang lama – Menurut kajian yang dijalankan di sebuah Institut Perubatan di Jerman, virus korona baharu berupaya untuk hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari. Ia merupakan satu tempoh yang panjang, maka, bagi individu yang memegang objek tercemar dan tidak mencuci tangan secara berkala, mereka berisiko untuk mendapat jangkitan
    • Jumlah kes positif yang direkodkan jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah kes positif sebenar – Oleh sebab jangkitan ini boleh hinggap pada satu individu tanpa simptom, mereka berupaya untuk menyebarkan virus tersebut kepada individu lain tanpa disedari. Analisis yang dikeluarkan oleh Pusat MRC telah menunjukkan bahawa anggaran mereka yang dijangkiti jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah kes positif yang direkodkan. Hipotesis ini dibuat berdasarkan pola pergerakan keluar masuk dari Wuhan semenjak wabak ini bermula
    • Nilai R0 (R-naught) yang sentiasa berubah – Tanpa pemahaman berkenaan dengan konsep pusat jangkitan (berapa ramai individu yang boleh berjangkit daripada seorang individu yang terjangkit), agak sukar untuk saintis meramalkan tahap agresif sebenar virus ini. Mereka yang mengalami wabak ini boleh jadi tidak mempunyai simptom. Maka, nilai R0 akan memberikan sedikit sebanyak gambaran berkenaan dengan keterukan keadaan semasa. Jika COVID mudah untuk mengalami mutasi menyebabkan nilai R0 tinggi, maka semakin ramailah individu yang boleh dijangkiti

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan virus korona (COVID-19) boleh tersebar melalui kaedah aerosol. Jangan panik dan pastikan anda membasuh tangan secara berkala, pakai topeng jika sakit dan amalkan etika batuk/ bersin yang betul.

    Setiap individu bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan individu lain terjaga.

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

    Baca juga:

    Mitos Virus Korona Yang Tular. #4 Paling Mengarut

  • Kenapa Nama Virus Korona Baharu Ditukar Kepada COVID-19?

  • Virus Korona Boleh Tersebar Dalam Jarak 2 Meter – Betul Ke?

  • Betul Ke Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus Korona Baharu?

  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan