Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Tabiat merokok merupakan faktor risiko untuk pelbagai jenis penyakit kronik dan kanser. Namun, siapa sangka dalam kegawatan kita menghadapi wabak virus korona baharu (COVID-19), individu merokok juga berisiko untuk dijangkiti oleh wabak tersebut.

Perkara ini telah disahkan oleh Badan Kesihatan Global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Kawalan Penyakit Kesatuan Eropah. 

Jika mereka yang dijangkiti oleh COVID-19 berpotensi untuk mengalami komplikasi serius disebabkan oleh tabiat merokok, maka perkara ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan.

Menurut Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Nasional (NHMS) yang telah dijalankan pada tahun 2015 berkaitan dengan tabiat merokok, 22.8% (4,991,458) rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas merupakan perokok.

Jika wabak ini tidak dibendung, kita bakal menyaksikan peningkatan pada pesakit yang mengalami simptom teruk pada gelombang ketiga wabak COVID-19 kelak. Setakat ini, status jangkitan di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

19,627

Disahkan

9,196

Sembuh

176

Kes Kematian
Peta sebaran

Kelemahan sistem imun bagi tabiat merokok punca COVID-19?

merokok

Jika dilihat pada faktor risiko bagi mereka yang dijangkiti COVID-19, tabiat merokok dan penggunaan vape kurang diberikan perhatian. 

Ini berikutan jumlah kajian berkaitan tabiat merokok terhadap COVID-19 masih lagi tidak mencukupi menyebabkan saranan yang dikeluarkan kelihatan anekdotal (tidak berasaskan bukti saintifik, hanya testimoni).

Menurut Dr Nora Volkow, Pengarah Institut Penyalahgunaan Dadah Amerika Syarikat (NIDA), mereka yang merokok, menggunakan vape atau bahan terlarang seperti ganja berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi teruk sekiranya dijangkiti.

Walaupun ramai individu yang menyedari akan keburukan merokok namun sukar untuk berhenti meskipun dengan pertolongan golongan profesional.

Kesannya, ramai yang lebih cenderung untuk menggunakan vape sebagai alternatif berhenti merokok. Adakah ia lebih baik daripada rokok?

merokok punca covid

Kajian yang melibatkan 30 individu sihat yang tidak merokok terhadap asap yang dihasilkan oleh vape menunjukkan penurunan pada tahap sensitiviti mereka untuk batuk. Mereka juga mempunyai fungsi pengeluaran kahak (mucociliary clearance) yang sangat rendah.

Jika kedua-dua masalah fisiologi tersebut dialami oleh individu yang merokok atau menggunakan vape, risiko mereka untuk didiagnosis dengan jangkitan paru-paru (pneumonia) meningkat.

Ini menyebabkan keadaan kesihatan mereka mudah merosot sekiranya dijangkiti oleh virus korona baharu.

Selain daripada fungsi perlindungan mekanikal (pengeluaran kahak dan batuk), fungsi sistem imun semula jadi badan juga boleh terganggu menyebabkan perokok mudah mendapat jangkitan kuman.

Agen sistem imun peparu (komponen sel darah putih) seperti makrofaj dan neutrofil mengalami perubahan fungsi yang ketara. Keadaan ini berpotensi menyebabkan jangkitan dan kerosakan sel paru-paru.

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian haiwan yang didedahkan kepada 20 kepulan asap rokok. Kebolehan mikrofaj dan neutrofil untuk menghalang kemaraan anasir luar menurun.

Perkara ini jelas menunjukkan tabiat merokok boleh mempengaruhi kekuatan sistem imun individu.

Lelaki lebih berisiko dijangkiti berbanding wanita. Ada kaitan dengan tabiat merokok punca COVID-19? 

merokok

Banyak kajian metaanalisis berkenaan dengan jangkitan menunjukkan kaitan yang kuat di antara tabiat merokok dan jangkitan paru-paru. 

Di China, 52.9% lelaki adalah perokok manakala wanita pula hanya merangkumi 2.4% daripada keseluruhan populasi jantina tersebut. Perkara ini tidak jauh bezanya dengan keadaan di Malaysia.

Lelaki masih mengungguli carta perokok. Menurut NHMS 2015, daripada 4,991,458 populasi perokok di Malaysia, 4.85 juta (43%) terdiri daripada perokok lelaki. Wanita pula hanya merangkumi 1.4% (143,566) daripada jumlah tersebut.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kira-kira 60% daripada jumlah populasi perokok di Malaysia menghisap 15 puntung rokok dan ke atas dalam masa sehari. 

Apabila dilihat pada konsep sains berkenaan dengan kesan rokok terhadap sistem imun badan serta jumlah perokok berdasarkan jantina individu, tidak hairanlah mengapa lelaki mudah mendapat jangkitan virus korona baharu.

Lelaki MUDAH Dijangkiti Virus Novel Korona?

Analisis kematian COVID-19 di China menunjukkan golongan lelaki mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding wanita. Namun, pengkaji gagal menemui kaitan antara kematian mangsa dengan tabiat merokok.

Meskipun begitu, kajian yang dijalankan oleh Liu Wei et al, melibatkan pesakit yang mengalami komplikasi pneumonia akibat COVID-19 menunjukkan individu yang dikaitkan dengan sejarah merokok mempunyai risiko 14 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

Walaupun, secara idealnya kita ingin menghentikan kemaraan wabak, hakikatnya, ia tetap akan menular dan sukar untuk dihentikan.

Jadi perkara yang perlu menjadi tumpuan sekarang adalah untuk mengurangkan kes baharu dan potensi komplikasi serius dalam kalangan individu positif. Langkah awal yang boleh diambil adalah menasihatkan setiap perokok untuk berhenti merokok. 

Sukar untuk berhenti walau tahu merokok punca COVID-19

merokok

Walaupun dadah berbahaya seperti kokain dan heroin dianggap lebih memberikan ketagihan kepada pengguna, tapi dari sudut pandang sains, usaha untuk berhenti daripada menggunakan produk nikotin lebih mencabar.

Peningkatan jumlah perokok setiap hari pada peringkat global sangat membimbangkan. Menurut WHO lebih daripada 1.1 bilion individu merupakan perokok. 

Risiko untuk mendapat COVID-19 boleh meningkat sekiranya mereka yang merokok tidak kerap mencuci tangan. Ini berikutan terdapat peningkatan pada kekerapan tangan menyentuh bibir semasa aktiviti merokok.

Perkara ini meningkatkan kebarangkalian untuk virus tersebut menjangkiti badan.

Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Perlu Buat

Kesukaran untuk berhenti merokok ada kaitannya dengan hormon dopamin. Ia merupakan neurotransmiter yang menyebabkan keseronokan ketika mengambil sesuatu yang meningkatkan parasnya.

Perkara ini menyebabkan seseorang itu lebih “bermotivasi” dalam mencari jalan untuk merokok.

Jika tiada rokok, paras dopamin akan berkurangan menyebabkan berlakunya simptom penarikan termasuklah kemurungan, keresahan dan kesukaran untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara.

The Food and Drug Administration (FDA) pernah bercadang untuk menggubal undang-undang baharu berkaitan dengan paras nikotin yang lebih rendah pada rokok yang dihasilkan. Namun ia masih belum dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, kejayaan untuk berhenti merokok masih tidak mustahil terutamanya dengan bantuan golongan profesional.

Konklusi

covid

Walaupun belum cukup bilangan kajian yang jelas menunjukkan kaitan di antara rokok dan jangkitan COVID-19, tapi konsep sains dan dapatan kajian sedia ada tidak boleh diabaikan.

Malaysia mempunyai jumlah perokok yang agak ramai. Sekiranya ternyata mereka berisiko untuk mendapat jangkitan, maka kita akan menyaksikan peningkatan pada komplikasi jangkitan COVID lebih teruk jika tiada langkah diambil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

    Dikatakan seorang wanita perokok pasif - dikelilingi pasangan, keluarga atau rakan sekerja yang merokok - boleh menjadi punca sukar hamil, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

    Kesukaran untuk mendapat anak ada kalanya berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur. Disebabkan itu pentingnya untuk menjalani ujian air mani.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan