Rumah Kotor?! Anda Mungkin Berisiko Untuk Menyebarkan COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Tiada siapa yang sangka bahawa keadaan rumah menjadi faktor utama bagi menghentikan penyebaran wabak virus corona yang sedang menular baru-baru ini.

Jika difikirkan secara logik, keadaan rumah yang kotor boleh mengundang pembiakan pelbagai jenis kuman.

Justeru, kebersihan rumah merupakan faktor penting bagi menghindarkan jangkitan wabak daripada berlaku.

Mereka yang tidak membersihkan rumah secara kerap berisiko tinggi untuk menyebarkan jangkitan kepada individu lain, terutamanya ahli keluarga yang turut mendiami rumah yang sama.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

19,627

Disahkan

9,196

Sembuh

176

Kes Kematian
Peta sebaran

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kebersihan rumah main peranan penting sepanjang tempoh kuarantin

kebersihan rumah

Mereka yang disuspek mempunyai jangkitan virus corona digalakkan untuk menjalani prosedur kuarantin bagi mengelakkan penyebaran wabak walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Tempoh pengeraman virus corona selama 2 hingga 14 hari telah dipersetujui oleh majoriti pakar semasa sidang bersama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland. 

Melihat kepada keperluan tersebut, bagi mereka yang sukarela ingin mengkuarantinkan diri di rumah masing-masing, persekitaran dalam rumah penting bagi mengelakkan penularan.

Walaupun anda menjauhkan diri daripada keluarga, namun, pasti anda akan bergerak ke ruangan lain seperti tandas, dapur, ruang tamu dan sebagainya.

Baca juga:

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

Tanpa langkah pembersihan yang berkesan, anda berisiko untuk menyebarkan jangkitan tersebut kepada ahli keluarga yang lain

Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia telah mengeluarkan Indoor Wellness Guideline yang menekankan kepentingan kesejahteraan penghuni rumah dan langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan kemasukan bahan pencemar ke dalam rumah. 

Menurut Pengurus Besar Nippon Paint, berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, 70% kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah meluangkan masa, secara puratanya, 8 hingga 20 jam sehari di dalam rumah.

Pendedahan kepada bakteria atau virus dalam tempoh waktu tersebut boleh menyebabkan jangkitan. Virus corona yang kian menular hari demi hari mungkin tidak berbahaya bagi kebanyakan individu, namun kadar jangkitan yang disebabkan olehnya agak tinggi.

Sebagai individu yang prihatin, anda seharusnya sedar bahawa persekitaran dalam rumah merupakan salah satu faktor penting bagi mencegah jangkitan virus. Ia dianggap sebagai faktor ghaib yang tidak disedari oleh kebanyakan individu.

Saranan bagi mengekalkan kebersihan dalam rumah

virus corona

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nippon Paint melalui soalan kaji selidiknya, 60% daripada 225 subjek mempunyai kualiti udara di dalam rumah yang kotor.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada tahap kebersihan di 4 ruangan rumah iaitu ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur. Jadi, bagaimana cara untuk kita mengekalkan kebersihan rumah? 

Ruang tamu

  1. Pastikan anda vakum dan mop kawasan ruang tamu sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  2. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, anda disarankan untuk vakum setiap hari.
  3. Gunakan pembersih udara yang dilabelkan sebagai High-Efficiency Particulate Air (HEPA) bagi membasmi habuk dengan lebih berkesan.
  4. Jemur perabot baharu yang diperbuat daripada bahan kompaun mudah tersejat (VOC) seperti fabrik dan kayu selama seminggu sebelum digunakan.
  5. Pilih perabot yang mempunyai lapisan perlindungan daripada bakteria atau virus.

kebersihan_rumah

Bilik tidur

  1. Pastikan anda vakum dan mop kawasan bilik tidur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  2. Cuci bilahan kipas siling sekali seminggu.
  3. Gunakan karpet yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan bebas toksin. Elakkan daripada membeli karpet yang disembur dengan pewangi buatan.
  4. Sirih gading (golden pothos) dan pokok ular merupakan dua jenis tumbuhan yang baik untuk meningkatkan paras oksigen dalam udara di dalam bilik tidur.
  5. Pilih sarung yang tidak mempunyai bau dan bersifat anti-formaldehid.

Bilik air

  1. Cuci dinding dan lantai bilik air sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  2. Pasang kipas bagi mengurangkan kadar kelembapan.
  3. Simpan perkakasan mandi di dalam kabinet tertutup untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
  4. Periksa sistem perpaipan bagi mengelakkan kebocoran.
  5. Gunakan cat rintang kulat dan bebas toksik bagi mewarnai jubin bilik air.

Baca juga:

Dapur

  1. Mop lantai dapur setiap hari menggunakan air bersabun.
  2. Gunakan sistem pengudaraan yang sesuai semasa memasak.
  3. Pasang kipas asap bagi memastikan pengudaraan di dapur berada dalam keadaan baik.
  4. Buang sampah setiap hari bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
  5. Pilih kain yang mudah untuk dibasuh kesan kotorannya.

Kebersihan rumah tentukan tahap kesihatan anda sepanjang tempoh kuarantin

kebersihan rumah

Mereka yang disyaki mempunyai jangkitan virus corona dikehendaki untuk dikuarantin selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak.

Walaupun ujian makmal menunjukkan keputusan negatif, seseorang itu masih boleh berada dalam tempoh pengeraman virus tersebut.

Perkara yang lebih menakutkan adalah virus corona mudah berjangkit kepada individu lain. Mereka yang tinggal di rumah berpotensi untuk dijangkiti sekiranya terdapat individu yang dikuarantin.

Risiko ini berlipat kali ganda sekiranya kebersihan rumah tidak dijaga dengan baik.

Rumah yang kotor boleh menjadi medium yang ideal untuk penyebaran bakteria dan virus berbahaya.

Perkara ini penting memandangkan jumlah pesakit yang didiagnosis dengan jangkitan wabak meningkat hari demi hari berikutan kontak secara langsung.

Ini bermakna mereka yang belum mendapat sebarang keputusan ujian makmal akan dikuarantinkan di rumah. Penularan wabak tersebut boleh berlaku di rumah tanpa disedari. 

Tip Menjaga Social Distancing di rumah

Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.

Posted by Hello Doktor on Friday, March 27, 2020

Konklusi

Sebagai individu yang prihatin, anda harus tahu akan kepentingan untuk menjaga kebersihan rumah. Jika wabak virus corona tidak berlaku sekalipun, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keluarga masing-masing daripada jangkitan kuman.

Jika anda jarang mengemas rumah, mungkin ini masa terbaik buat anda mula menjinakkan diri dengan rutin mengemas. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

    Selepas PKP, lebih ramai rakyat Malaysia yang ambil berat terhadap kesihatan diri. Tambah lagi, ramai yang makin cakna menggunakan teknologi telekesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Berita, Berita Tempatan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
    coronavirus di malaysia

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan