Hati-Hati Ketika Keluar Beli Barang Dapur, Duit Kertas Boleh Sebarkan COVID-19 Juga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Mungkin anda menggunakan topeng muka, tidak menyentuh tombol pintu dan tidak bersalaman dengan orang lain untuk mengelakkan jangkitan virus korona baharu. Namun, terdapat satu benda yang kebiasaannya disentuh sebelum ia beralih tangan tapi tidak disedari oleh individu yang menerimanya. DUIT! 

Ramai yang tertanya-tanya, jika seseorang itu menggunakan duit kertas yang diberikan oleh individu yang mengalami jangkitan virus korona, adakah mereka boleh dijangkiti dengan wabak tersebut?

Sebelum anda membaca artikel ini dengan lebih lanjut, berikut adalah statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

27,805

Disahkan

9,196

Sembuh

236

Kes Kematian
Peta sebaran

Wang fizikal jadi sumber penting untuk sebar virus korona

virus korona baharu

Perkara yang semua orang tahu adalah wang sering bertukar tangan. Urusan harian kita kebanyakannya menggunakan wang namun tiada siapa yang mengesyaki wang sebagai bahan yang mampu menyebarkan kuman.

Virus korona baharu yang kian menular bukan sahaja mudah merebak dari satu individu kepada individu yang lain, ia juga boleh duduk pada permukaan objek untuk satu jangka masa yang lama. 

Bayangkan, seorang peniaga atau penjaga kaunter cashier bersin dan mereka menggunakan tangan yang sama untuk menyerahkan wang.

Itu merupakan satu model jangkitan yang kita sering terlepas pandang.

Jadi bagaimana kuman pada duit tersebut boleh masuk ke dalam sistem pernafasan kita? Tonton video di bawah ini untuk dapatkan perangan mudah mengenai jangkitan ini.

Bagaimana Virus Korona Wuhan Boleh Menyebabkan Anda Sakit?

Bagaimana cara Virus Korona Wuhan ni merebak? Tengok video ini bagi memahami cara virus ini tersebar dan menjangkiti manusia.Ketahui senarai hospital yang boleh mengendalikan virus ini di sini: http://bit.ly/2Gzx8dQ#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Tuesday, February 4, 2020

Kuman tersebut boleh beralih ke tangan kemudiannya muka setiap kali berlakunya sentuhan.

Menurut kajian yang diterbitkan di Jurnal Kebersihan Pekerjaan dan Persekitaran, secara puratanya, 10 subjek terlibat menyentuh muka sebanyak 16 kali dalam masa sejam.

Perkara ini turut disokong melalui kajian yang dibuat melibatkan 26 pelajar daripada Wales Selatan.

Mereka menyentuh muka sebanyak 23 kali dalam masa sejam. Hampir separuh daripada sentuhan dibuat dengan hidung, mata dan mulut.

Melalui model sentuhan ini, kita boleh simpulkan, sentuhan dengan wang yang beralih tangan daripada individu berjangkit boleh menyebabkan penularan wabak.

Artikel berkaitan:

Beberapa negara di seluruh dunia telah menggalakkan rakyat mereka untuk berhenti menggunakan wang kertas dan syiling untuk menghentikan wabak jangkitan.

Muzium Louvre di Paris tidak lagi menerima wang tunai dan Iran telah menggalakkan rakyatnya untuk berhenti menggunakan transaksi tunai.

Berbanding guna duit kertas, adakah transaksi tanpa tunai boleh hindar virus korona?

guna duit kertas

Pelbagai jenis aplikasi eDompet telah dicipta bagi memudahkan urusan tunai tanpa menggunakan wang fizikal.

Namun penggunaannya di Malaysia belum lagi meluas. Sistem transaksi ini dianggap leceh dan tidak semudah urusan pertukaran wang fizikal semasa urusan jual beli.

Persoalannya, adakah penggunaan eDompet boleh menghindarkan penularan wabak virus korona?

Artikel berkaitan:

Jawapan ringkasnya? Tidak semestinya begitu. Penggunaan eDompet memerlukan telefon pintar.

Semua individu sudah sedia maklum telefon pintar merupakan peranti yang paling kotor jika dilihat pada sudut mikrobiologi.

Syarikat Proporta yang menjual bahan aksesori telefon pernah membuat kajian berkenaan dengan hal itu.

Menurutnya, secara purata, setiap telefon yang dibawa mempunyai 25,127 kuman per inci persegi.

Tangan yang menyentuh bahan yang tercemar dengan virus korona baharu boleh menjadi medium pengantara yang menyebabkan telefon anda tercemar. Untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan fakta dan mitos berkenaan jangkitan COVID-19, sila lihat infografik di bawah ini.

guna duit kertas

Adakah ini bermaksud penggunaan bayaran eTunai boleh menyebarkan jangkitan kuman? Tidak sama sekali.

Walaupun individu yang mempunyai telefon pintar berisiko untuk mendapat jangkitan wabak, namun tiada peralihan virus semasa proses transaksi.

Berbeza dengan duit, transaksi eDompet tidak memerlukan peralihan telefon ke tangan penjual.

Mereka hanya perlu mengimbas kod QR atau melakukan transaksi pemindahan wang menggunakan bank di atas talian.

Tiada proses peralihan wang yang berlaku di antara dua individu. Ini bermakna risiko penularan jangkitan itu juga berada pada tahap yang rendah.

Namun ia tidak mengurangkan risiko pemilik telefon pintar tersebut untuk terkena jangkitan virus memandangkan peranti tersebut bertindak sebagai fomit (objek yang tercemar oleh kuman) yang mampu menyebarkan virus korona baharu.

Penggunaan aplikasi eTunai di Malaysia

guna duit kertas

Meskipun penggunaan duit kertas boleh menggalakkan penyebaran virus korona, tapi majoriti rakyat di Malaysia masih selesa menggunakan wang fizikal dalam transaksi harian. Pembayaran secara atas talian hanya dikhususkan untuk perkara tertentu sahaja.

Namun, tidak dapat dinafikan kebanyakan servis yang ada di Malaysia sudah menyediakan akses kepada sistem pembayaran menggunakan kad.

Jika dilihat secara praktikalnya, ia tidak mampu membendung jangkitan virus korona memandangkan jurujual sering mengambil kad tersebut semasa proses pembayaran.

Artikel berkaitan:

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

Jika sistem urus niaga menggunakan kad melibatkan proses swipe oleh pelanggan sendiri, ia mengurangkan risiko jangkitan dari sumber fomit (kad itu sendiri).

Oleh sebab itulah kebanyakan negara menggalakkan rakyatnya menggunakan peranti mereka sendiri untuk membayar transaksi yang dibuat. 

Di China, wang fizikal yang telah digunakan akan melalui proses pembasmian virus menggunakan sinar ultra ungu sebelum disimpan selama 7 hingga 14 hari.

Menurut Fan Yifei, Gabenor Bank Negara China, pihak bank akan bertungkus lumus bagi menghasilkan wang baharu untuk kegunaan pelanggan.

Jika ditanya kepada penulis, ada baiknya kita menggunakan sistem pembayaran melalui aplikasi eDompet seperti Touch n Go ewallet, GrabPay dan Boost namun ia bergantung kepada lokasi urusan jual beli tersebut.

Artikel berkaitan:

Jika anda sedang berada di pasar basah, sudah tentulah urus niaga hanya guna duit kertas.

Tidak banyak jurujual yang mempunyai keupayaan bagi menyediakan cara pembayaran eTunai kepada pelanggan.

Yang penting, selepas memberi atau menerima wang, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih menggunakan air dan sabun.

Konklusi

Virus korona baharu boleh tersebar melalui sentuhan dengan objek tercemar termasuklah wang fizikal.

Jika anda sering guna duit kertas untuk membayar, mungkin anda boleh mempertimbangkan urus niaga menggunakan eTunai bagi menghindarkan jangkitan.

Adakah ini bermakna penggunaan wang fizikal pasti menyebabkan anda berjangkit?

Tidak semestinya. Cuci tangan anda dengan menggunakan air dan sabun sebelum dan selepas melakukan urus niaga dengan jurujual.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan