Arahan Untuk Majikan, Beri Cuti Bergaji Kepada Suspek COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Dalam kegawatan menghadapi wabak virus novel korona (COVID-19), terdapat majikan yang sukar untuk memberikan cuti kepada mereka yang mengalami simptom selesema. Alasan yang diberikan adalah selesema bukanlah satu simptom yang teruk sehingga perlu diberikan cuti bergaji.

Ada pula majikan yang tidak memberikan peluang langsung kepada pekerja yang mengalami simptom selesema untuk datang kerja. Mereka khuatir akan wabak yang melanda dan menganggap kesemua penyakit selesema disebabkan oleh virus novel korona.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Hakikatnya bukan semua selesema adalah disebabkan jangkitan virus korona. Tiada siapa yang tahu puncanya melainkan pesakit telah melalui pemeriksaan ujian makmal.

Bagi melindungi hak pekerja, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengusulkan garis panduan khas buat majikan bagi menangani penyebaran wabak virus novel korona.

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Fahami konsep mudah, bukan semua selesema disebabkan jangkitan virus novel korona

majikan, cuti

Setiap individu perlu memahami konsep mudah ini. Selesema boleh disebabkan oleh pelbagai jenis virus termasuklah rhinovirus, influenza, parainfluenza virus dan coronavirus. Simptom selesema pada seorang individu yang tidak mempunyai sebarang kontak dengan pesakit virus novel korona adalah bukan berpunca daripada virus tersebut.

Bayangkan, jika anda terlalu panik dengan situasi semasa hingga menghalang kedatangan pekerja ke tempat kerja, anda perlu ingat sesuatu. Mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut boleh tidak menunjukkan sebarang simptom dan mempunyai potensi untuk menyebarkannya kepada individu lain.

Oleh sebab itulah terdapat prosedur yang memerlukan kuarantin 14 hari bagi mereka yang baru pulang dari wilayah Hubei atau mereka yang berisiko terdedah kepada individu berjangkit. Selesema yang dialami oleh pekerja tidak diketahui akan puncanya, maka, tindakan menghalang mereka untuk datang bekerja dilihat sebagai satu tindakan tidak relevan.

Baca juga:

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

Apa yang syarikat seharusnya lakukan dalam situasi sebegini?

  • Pastikan pekerja anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta kos ditanggung oleh syarikat itu sendiri. Jika tiada halangan atau perintah kuarantin daripada pegawai kesihatan, berikan mereka ruang dan peluang untuk hadir ke tempat kerja seperti biasa.
  • Majikan seharusnya menggalakkan pengamalan langkah pencegahan bagi mengelakkan virus selesema merebak. Ya, semua virus selesema, bukan sahaja virus novel korona kerana hakikatnya, semua jangkitan virus berisiko untuk memberikan komplikasi kepada pesakit.
  • Sediakan topeng muka, pastikan sabun pencuci tangan sentiasa tersedia dan jangan teragak-agak untuk memberikan cuti sakit kepada mereka yang mengalami simptom selesema.

Praktis ini dilihat sebagai langkah terbaik bagi mencegah penularan virus novel korona di samping meningkatkan motivasi pekerja untuk berusaha dengan lebih baik.

Galakkan majikan untuk beri cuti bergaji bagi mencegah penularan wabak virus novel korona

virus novel, majikan

Penulis tidak hairan jika Kementerian Sumber Manusia (KSM) dihujani dengan pelbagai jenis persoalan daripada persatuan majikan berkaitan dengan wabak yang melanda.

Walaupun kita tidak perlu risau memandangkan virus tersebut tidak sebahaya virus korona yang lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV, namun tindakan mengambil mudah juga tidak membantu dalam merencatkan penularan wabak itu.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mengutarakan isu ini kepada KSM. Ia terutamanya berkaitan dengan pekerjaan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti pegawai perubatan, jururawat dan pekerja hospital yang lain.

cuti bergaji

KSM telah menggariskan 5 tindakan yang boleh diambil oleh majikan:

  1. Majikan perlu mengarahkan pekerja yang menunjukkan simptom untuk menjalani pemeriksaan perubatan oleh doktor yang berdaftar. Perbelanjaan seharusnya ditanggung oleh majikan.
  2. Sama ada pekerja tersebut dikuarantin di rumah atau di hospital, majikan perlu memberikan cuti sakit berbayar sepanjang tempoh kuarantin.
  3. Jika terdapat perintah kuarantin daripada doktor berdaftar, gaji penuh perlu diberikan kepada pekerja tersebut. Bagi pekerja pula, perintah kuarantin tersebut perlu dianggap sebagai kewajipan rasmi dan mereka perlu akur untuk tidak datang bekerja.
  4. Jika tiada perintah kuarantin dikeluarkan oleh doktor berdaftar, majikan tidak boleh menghalang pekerja untuk datang ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, majikan boleh menawarkan cuti sakit berbayar kepada mereka yang menunjukkan simptom selesema.
  5. Semasa tempoh kuarantin, cuti yang diambil tidak boleh dikira sebagai cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

Penduduk negara lain cemburu kementerian buat garis panduan beri cuti bergaji

virus novel

Semenjak bermulanya wabak virus novel korona, pelbagai isu ditimbulkan di negara kita. Dari berita dan fakta palsu, kemasukan pelancong China berkeputusan positif virus korona sehinggalah isu majikan menghalang pekerja untuk datang ke tempat kerja jika mereka mengalami simptom selesema; namun, kesemua ini telah diuruskan dengan baik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapat pujian bukan sahaja daripada rakyat tempatan malah antarabangsa dalam mengawal jangkitan virus novel korona ini daripada terus menular. 

Apabila ciapan berkenaan dengan garis panduan majikan terhadap virus novel korona yang memberikan cuti bergaji telah tular, ia telah dikongsikan oleh pengguna Twitter dari negara lain. Langkah tersebut dilihat sebagai tindakan yang wajar diambil oleh semua negara dalam usaha untuk membasmi wabak virus tersebut.

Baca juga:

Pengguna Twitter dari negara matahari terbit telah menyifatkan tindakan KSM sebagai tindakan yang prihatin terhadap hak kebajikan rakyat di Malaysia. Perbandingan dibuat dengan tanah air mereka sendiri. Mereka menganggap usaha kerajaan Jepun dalam menyekat penularan virus novel korona agak memalukan seolah-olah jangkitan tersebut boleh berlalu seperti musim hujan.

Kini (setakat 18 Februari 2020), angka kes positif global telah melangkaui 70,000 individu dan di Malaysia, seramai 22 kes positif telah dilaporkan dan dikuarantin. Tanpa langkah dan usaha pencegahan daripada pihak kerajaan berserta dengan komitmen daripada setiap individu, agak sukar untuk wabak ini dibendung.

Konklusi

Majikan seharusnya menggalakkan pekerja yang sakit untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil cuti sakit jika perlu.

Hak pekerja perlu dijaga dan jika perintah kuarantin dikeluarkan, majikan perlu memberikan cuti sakit berbayar kepada individu terbabit. Semoga usaha untuk menyekat kemaraan wabak ini dapat dilakukan dengan baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan