Lagi Berita Gembira COVID-19: PKP Bawa Hikmah Kepada Semua, Udara & Air Sungai Di Malaysia Makin Bersih

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sudah memasuki fasa ke-4.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Khamis lalu, lanjutan PKP fasa 4 yang akan berlangsung sehingga 12 Mei 2020.

Berikut adalah statistik terkini kes positif COVID-19 di negara kita:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Tidak dinafikan, PKP yang berlarutan ni sudah tentu akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat tempatan.

Banyak sektor ekonomi yang terjejas akibat urusan perniagaan yang terencat disebabkannya.

Namun, ini semua adalah 1 pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk melawan penularan virus korona baharu ini. Jadi, tidak wajar untuk kita semua mengeluh dengan situasi yang melanda dunia kini.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Sebaliknya, lihatlah dari sudut pandang yang lebih positif. Tahukah anda bahawa PKP ini telah memberi kesan positif terhadap alam sekitar Malaysia?

Jom ikuti artikel untuk tahu mengenainya dengan lebih lanjut!

Banjaran Himalaya jelas kelihatan ekoran COVID-19?

alam sekitar malaysia

Di sebalik pandemik COVID-19 yang sedang ganas menyerang seantero dunia, mungkin tersembunyi beberapa hikmah di sebalik kejadiannya.

Buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, puncak gunung Himalaya yang terletak di negara India jelas kelihatan selepas tahap pencemaran udara menurun. Apakah sebabnya?

Ini adalah disebabkan oleh perintah berkurung yang dilaksanakan di negara itu. Secara tidak langsung, perintah tersebut telah menyebabkan udara lebih bersih!

Lihat sahaja perkongsian bekas pemain kriket India ini di laman sosial Twitter beliau:

Menurut Laporan Lembaga Kawalan Pencemaran negara itu, kualiti udara menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika perintah berkurung.

India Today Data Intelligence Unit juga mendapati indeks kualiti udara meningkat dengan purata 33 peratus sekitar 16 hingga 27 Mac.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Alam sekitar Malaysia juga sudah lebih bersih?

alam sekitar malaysia

Bukan sahaja di India, seluruh dunia juga mengalami kesan positif terhadap perintah berkurung termasuklah tanah air tercinta kita, Malaysia.

Dalam tidak sedar, kualiti udara dan air sungai sepanjang pelaksanaan PKP yang bermula 18 Mac lalu sehingga kini terus menunjukkan corak peningkatan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, alam sekitar kita semakin bersih.

Namun, ini bukanlah bermakna anda tidak perlu memakai topeng muka ketika berada di luar rumah ya? Ikuti panduan ini:

bantuan makanan

Ini bukan sekadar omong kosong.

Ia dapat dibuktikan dengan kenyataan Indeks Pencemaran Udara yang menyatakan bahawa kualiti udara telah meningkat sebanyak 14% di seluruh negara sepanjang PKP.

Menurut Menteri Alam Sekitar & Air Malaysia, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ia adalah disebabkan pengurangan aktiviti pelepasan bahan cemar udara seperti asap kenderaan bermotor, pelepasan asap industri dan aktiviti pembakaran terbuka.

Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan bahawa air sungai di negara kita juga sudah menjadi semakin bersih.

Daripada 29 stesen pengawasan kualiti air automatik, 8 stesen (28% daripada jumlah tersebut) menunjukkan kualiti air sungai telah bertambah baik.

Jadi, ternyatalah bahawaPKP yang dibuat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini juga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara alam sekitar Malaysia.

Inginkan lagi berita baik? Patuhi PKP!

Ya, memang benar ini adalah tempoh yang sukar buat kita semua. Tiada siapa yang mahu perkara ini berlaku.

Namun, ketahuilah bahawa apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Artikel berkaitan:

COVID-19 Mungkin Semakin Pulih Di Malaysia – Kalau Nak Dengar Lagi Berita Baik, Patuhi PKP

Salah satu dari hikmah itu mungkin adalah untuk memulihkan setiap kerosakan yang dibuat kita sendiri terhadap alam sekitar?

Percayalah bahawa bumi yang sudah tenat ini juga memerlukan waktu untuk berehat.

Dengan perintah berkurung yang berkuatkuasa di seluruh dunia, maka alam sekitar mungkin boleh dipulihkan dengan mengurangkan pergerakan dan pencemaran yang dibuat oleh kita tanpa sedar.

Selain itu, perintah berkurung ini juga sebenarnya telah menghubungkan kita kembali dengan individu yang mungkin kita kurang beri perhatian kerana terlalu sibuk bekerja iaitu ahli keluarga.

Jadi, jangan stres dan hargailah masa ini dengan sebaiknya!

Adakah anda inginkan lagi berita baik? Maka patuhilah PKP.

Mungkin dengan berkat kesabaran rakyat Malaysia, kita mampu meraikan kedatangan Ramadan dan Syawal dengan lebih meriah. #stayathome

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
virus corona

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
suhu badan manusia

Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
kesihatan mental

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan