Kita Masih Belum Menang. Anda WAJIB Pakai Topeng Muka Terutama Di 3 Tempat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 3 minit bacaan

Pemakaian topeng muka merupakan salah satu cara penjagaan diri bagi mencegah jangkitan virus COVID-19.

Tetapi adakah anda perlu untuk memakainya 24 jam sehari atau hanya pada tempat tertentu?

Wajib pakai topeng muka atau denda

Jika sebelum ini rakyat diberikan kebebasan untuk tidak memakai pelitup muka sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diisytiharkan (PKPP).

Namun sejak 1 Ogos 2020, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mewajibkan pemakaian face masks di tempat awam.

Bahkan, jika melanggarnya seseorang individu boleh dikenakan denda RM1,000.

Tetapi bagaimana untuk menentukan lokasi atau situasi yang memerlukan seseorang individu untuk memakai pelitup muka?

Lebih mengelirukan lagi apabila timbul rumors kononnya pemakaian face mask masih perlu walaupun di dalam kereta persendirian, berseorangan mahupun bersama ahli keluarga dari rumah yang sama.

Berdasarkan khabar angin yang tersebar luas melalui medium sosial, jika tidak dipatuhi denda akan dikenakan. Adakah ia benar?

virus korona

Senarai tempat disarankan pemakaian topeng muka

Bertenang! Namanya pun khabar angin. Maka sudah tentu ia bukanlah realitinya.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, apa yang tular mengenai mereka yang di dalam kereta persendian dikenakan tindakan adalah tidak tepat.

Beliau menjelaskan sekiranya bersama keluarga, rakan sekerja yang menumpang kenderaan setiap hari, tidak ada tindakan yang akan diambil.

Berada di tempat awam yang tidak sesak dengan individu, di mana masih boleh diamalkan penjarakan fizikal maka pemakaian topeng muka adalah tidak perlu.

Malahan, mereka yang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam juga tidak diwajibkan memakai face masks.

Berikut adalah 3 tempat yang mungkin memerlukan anda untuk memakai pelitup muka:

  1. Hospital dan klinik

Sememangnya hospital mahupun klinik adalah tempat untuk merawat individu yang sakit. Jadi ini bermakna ia merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kuman, bakteria dan virus.

Malahan kedua-dua lokasi ini, sudah tentu merupakan tempat dengan ramai individu jatuh sakit. 

Jadi pemakaian face masks pastinya dapat membantu melindungi diri dan mencegah daripada dijangkiti sebarang jangkitan virus mahupun bakteria.

Sekurang-kurangnya pemakaian topeng pelindung muka akan dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Malahan ada kajian yang mengatakan bahawa hospital adalah tempat terkumpulnya pelbagai jenis bakteria. Sudah tentu ia berpunca dan dibawa masuk ke dalam hospital oleh individu yang sakit.

  1. Pengangkutan awam

Bagi individu yang menjadikan pengangkutan awam seperti bas ataupun kereta api sebagai pengangkutan utama ke sebarang destinasi, pasti anda tahu bagaimana keadaannya apabila terpaksa bersesak dengan ramai individu. Selesa tak?

Sudah tentu jawapannya tidak, apatah lagi apabila ada individu berhampiran anda yang bersin mahupun batuk. Aduh, tiada pilihan lain, mahu tidak mahu anda terpaksa melalui situasi seperti itu.

Oleh itu, memakai face masks pastinya cara terbaik untuk menghindari keadaan seperti itu. Dalam masa yang sama, ia membantu mengurangkan sebarang risiko jangkitan, sama ada daripada individu lain mahupun anda sendiri yang menyebarkannya.

Bahkan, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing, seperti Grab Car, Uber atau MyCar, anda tetap perlu memakai topeng muka.

3 Tempat HARUS Pakai Topeng Muka

  1. Tempat awam seperti panggung wayang, pasar awam

Apa itu tempat awam? Sudah tentu sebarang tempat yang menjadi tumpuan dan boleh diakses oleh ramai individu dikategorikan sebagai tempat awam.

Contohnya seperti pusat membeli-belah, taman permainan, pasr tani, pasar malam, pasar raya, panggung wayang serta kawasan tumpuan pelancong.

Tempat-tempat seperti itu sebenarnya boleh menjadi tempat penyebaran penyakit dan jangkitan. Ia disebabkan anda tidak tahu keadaan individu yang ada di sana. 

Mereka mungkin tidak sihat seperti mengalami batuk, demam mahupun selesema. Lebih malang lagi apabila mereka lalu di sebelah anda dan mereka bersin. Risiko penyebaran virus melalui air liur sangat tinggi. Alamak! 

Jadi sekiranya anda ingin pergi ke sebarang tempat awam, anda amat disarankan untuk memakai face masks. Ia boleh dijadikan perlindungan pertama anda daripada sebarang jangkitan. 

Tidak perlu face mask 

Harus diingatkan bahawa pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.

Ia adalah kerana ia melibatkan keadaan saluran pernafasan mereka yang masih belum matang.

Umumnya saluran pernafasan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun masih belum berkembang sepenuhnya dan sempit berbanding individu dewasa.

Keadaan itu boleh menyebabkan mereka mudah berasa rimas dan lemas apabila dipakaikan topeng muka.

Lebih bahaya apabila ia boleh mendedahkan mereka dengan situasi sukar untuk bernafas. Jadikan untuk memakaikan si kecil dengan face masks.

Sebaiknya, demi menjaga keselamatan mereka, tidak digalakkan untuk membawa anak kecil di bawah usia 2 tahun ke tempat awam kerana risiko untuk mereka terdedah kepada jangkitan virus COVID-19 adalah tinggi.

3 Tempat HARUS Pakai Topeng Muka

Langkah penjagaan virus COVID-19

Malaysia masih belum berada di tahap yang bahaya dalam berdepan wabak jangkitan coronavirus. Tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? 

Jadi kami di Hello Doktor menyarankan anda untuk memakai topeng muka apabila berada di tempat awam yang sesak.

Tetapi sekiranya keadaan kesihatan anda tidak begitu sihat, sebaiknya berehatlah di rumah dan elakkan daripada berada di tempat awam.

Selain itu pastikan penjagaan aspek kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan juga tidak diabaikan. Kalau perlu, sediakan gel pembersih tangan di dalam beg anda.

Sebaiknya, elak menyentuh muka dengan tangan yang belum dicuci atau tidak bersih serta hindari hubungan langsung dengan individu sakit. 

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

Pengumuman kerajaan membenarkan pusat akuatik beroperasi pada tempoh PKPP pasti menggembirakan peminat sukan renang. Tapi, patuhi SOP untuk elak COVID-19.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 29/06/2020 . 3 minit bacaan

AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

Tempoh PKPP ini, anda bebas bergerak ke sana ke sini. Namun ini 7 tempat berisiko COVID-19 boleh mendedahkan anda kepada penularan jangkitan wabak tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 19/06/2020 . 3 minit bacaan

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Setelah UK, kini US pula mengambil langkah menempah berjuta vaksin yang sedang diuji untuk hindar penularan COVID-19. Wajarkah tindakan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kena buang kerja

Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
Kesihatan rakyat Malaysia

Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
penutup muka

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
sanitizer

Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan