Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
ketulan dekat payudara
hi, saya perasan dah berminggu ada ketulan dekat payudara awal awal tu macam kecil je ketulan tu tapi lama lama fia mcm membesar. dan ada juga rasa sakit masa sentuh area yg ada ketulan tu. adakah tu tanda awal kanser payudara?🥺
3 komen
Terkini
Betul tu puan, kalau wujud kebimbangan, lakukanlah pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.
Saya doakan keadaan puan baik-baik sahaja.
Hi Puan Alia,
Jika puan rasa risau mengenai ketulan di payudara, puan perlu dapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Walaupun betul ia mungkin menjadi tanda kanser payudara, ada banyak lagi punca lain yang boleh menyebabkan ketulan pada kawasan tersebut. Antaranya ialah nodus limfa yang bengkak. Puan ada stres atau demam ke kebelakangan ni? Kalau ya, cuba jumpa doktor. Besar kemungkinan, doktor akan bagi ubat antibiotik untuk lawan jangkitan.
Hi Nur Alia,
Walaupun anda boleh melakukan pemeriksaan kendiri, namun hanya doktor saja yang boleh memastikan sama ada ketulan tersebut adalah normal ataupun tidak. Cara yang lebih tepat ialah dengan melakukan pemeriksaan payudara secara klinikal ataupun mammogram.
Jika anda mempunyai gejala-gejala kanser payudara seperti terdapat dalam artikel ini:https://hellodoktor.com/kanser/kanser-payudara/tanda-tanda-kanser-payudara/, ambil tidakan segera dengan menetapkan temujanji bersama golongan profesional atau doktor .
hellodoktor.com