Assalamualaikum doktor pgi tadi sya sakit perut dan rasa nk muntah, sya da mmbuang tapi masih sakit lagi di bahagian atas pusat kenapa ye?
Didik Anak "SAY NO" Pada Sentuhan Tidak Selamat
Seorang kanak-kanak tak boleh disentuh oleh orang lain pada bahagian badan yang ditutup pakaian dalam mereka. Mereka juga tak boleh sentuh orang lain di bahagian sama ini.
Jika seseorang menyentuh anda, apa yang perlu dilakukan?
- Jerit “JANGAN” atau teriak sekuat hati minta pertolongan
- Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau tempat yang ada orang
- Beritahu seseorang yang anda percayai seperti ibu bapa, nenek datuk, cikgu dan sebagainya
- Terus beritahu mereka sehingga mereka percayakan anda dan ambil tindakan sewajarnya
Ibu bapa boleh bantu memperkasakan anak-anak dengan:
- Berbincang mengenai sentuhan baik dan sentuhan tidak baik. Jika mereka ingin berbual mengenai ini, jangan abaikan atau tidak hiraukan mereka.
- Jangan paksa atau menekan anak-anak untuk bermesra sewenang-wenangnya walaupun dengan sanak saudara. Ini adalah kerana terdapat kes penderaaan yang melibatkan ahli keluarga terdekat atau saudara mara.
- Ajar dan beritahu anak untuk meluahkan perasaan tak selesa dengan menggunakan kata-kata. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mengenalpasti atau menyatakan emosi mereka , sebaliknya mereka akan menangis, menjerit atau membaling barang untuk meluahkan emosi mereka.
- Berlatih main peranan: Berlatih apa yang harus mereka katakan (Jangan! Saya tidak suka itu. Hentikan!) dan beritahu (orang dewasa yang mereka percayai) jika mereka pernah di minta untuk menunjukkan atau di sentuh di bahagian sulit mereka.
- Percayalah anak anda, sentiasa beritahu mereka yang anda sayang mereka dan jika berlaku apa-apa jangan salahkan anak anda. Sebaliknya, yakinkan anak anda yang mereka masih disayangi dan elakkan bercakap mengenai kejadian itu sepanjang masa.
2 komen
Terkini
Betul, ibu bapa pun kena bantu ajar anak untuk kenali dan fahami tubuh badan mereka sendiri. Boleh rujuk artikel: https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/alat-sulit-anak/
hellodoktor.com
Betul tu.
Sebagai seorang ibu, saya pun ada jugak terangkan pada si kecil, lagi-lagi bila dia dah masuk ke sekolah.
Walaupun daripada pandangan mata dia, nampak dia macam pelik bila kita terangkan, tapi anyhow, tetap kena lakukan jugak