🔥 Diskusi Terhangat

Ct scan selamatkah untuk bayi?

anak perempuan saya berumur 6 bulan, Bolehkah dibenarkan guna CT scan memandangkan kk minta untuk rujuk pakar di hospital.

prosedur CT brain untuk periksa kepala anak saya yg mmbesar lebih 2 cm dikesan semasa bulan ke empat.

pihak pakar memaklumkan cuma guna mesin tanpa dye dan anak saya di anaesthetic sebelum prosedur mula..adakah ini bahaya bagi bayi?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1700
1
1

1 komen

Salam encik,


Terima kasih atas soalan encik. Untuk pengetahuan encik, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak rediologi, jumlah radiasi yang digunakan pada CT scan tidak menunjukkan kesan-kesan yang membahayakan kepada bayi. Namun begitu ada juga kajian yang menyatakan bahawa risiko kanser bagi bayi yang melibatkan CT scan adalah sebanyak 0.03% hingga 0.05% dan jumlah ini ternyata masih rendah.

Sekiranya situasi anak encik telah disahkan dan disyorkan oleh pakar, kami nasihatkan supaya encik mengikut nasihat tersebut dan ajukan kepada mereka segala kesangsiang encik.


Di sini kami ingin kongsikan satu artikel mengenai tips penjagaan bayi. Sila klik link di bawah :

Tip Penjagaan Bayi yang Perlu Anda Ketahui

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa