🔥 Diskusi Terhangat

baby susah tidur malam

macam mana nak bagi baby bezakan tidur malam dan siang. baby saya 2 bulan tidur siang sepanjang hari dan berjaga malam

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
40
4
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Bayi baru lahir sememangnya memerlukan tidur yang banyak.

Malahan ada yang menyatakan 2 hingga 3 bulan pertama bayi akan dipenuhi dengan perkembangan pesat, sebab itu mereka memerlukan tidur yang banyak.

Melainkan si kecil tidak bangun langsung walaupun untuk menyusu, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Untuk minggu-minggu pertama, ia 1 perkara biasa untuk mengejutkan bayi menyusukannya bagi setiap 2 hingga 3 jam sekali dan si kecil mungkin akan kembali tidur selepas itu.

Umumnya, bayi yang baru dilahirkan akan tidur sekitar 14 hingga 18 jam sehari, secara purata.

Bahkan ada bayi yang tidur lebih daripada itu dan hanya bangun untuk tempoh 30 minit atau kurang. Tidak kira malam atau siang.

Pastinya persoalan bayi sering tidur normalkah atau tidak tetap bermain di fikiran, bukan?

Jika si manja tidur terlalu lama pada waktu siang dan berjaga malam, ia mungkin kerana bayi anda masih keliru tentang siang dan malam.Mencipta jadual tidur bagi si manja yang baru lahir adalah sia-sia dan boleh mengganggu penyusuan susu ibu dengan memberi kesan kepada bekalan susu badan.

Namun selepas bayi berusia 3 bulan ke atas, ibu sudah boleh memulakan jadual tidur bayi pada waktu siang. Berikut adalah pecahan asas tempoh waktu tidur siang mengikut usia si manja:

3-bulan

  • 3 – 4 sesi tidur siang sehari
  • 30 minit hingga 2 jam setiap sesi

4-bulan

  • 2 – 3 sesi tidur siang sehari
  • 1 – 2 jam setiap sesi

5-bulan

  • 2 – 3 sesi tidur siang sehari
  • 1 – 2 jam setiap sesi

6-bulan

  • 2 – 3 sesi tidur siang sehari
  • 1 – 2 jam setiap sesi

7 hingga 12-bulan

  • 2 sesi tidur siang sehari 1 pada waktu pagi dan 1 pada waktu tengah hari
  • 1 – 2 jam setiap sesi

Baca selanjutnya di: https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/tahun-pertama-bayi/bayi-sering-tidur-normalkah/ & https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/tahun-pertama-bayi/waktu-tidur-siang/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa