🔥 Diskusi Terhangat

Keliru sama ada menagndung atau tidak

Assalamualaikum,doktor disini saya berasa keliru kerana diawal2 masa bulan 6 sy ada mengalami simptom2 seperti selalu berasa pening.Jika saya makan daging mahupun seafood sy akan berasa pening untuk dalam bulan yang pertama..selain itu saya Juga ads mengalami pendarahan kecil selama 2 hari seperti ink pin .dan selepas itu dari bulan 6 hingga 8 saya tidak mengalami period.Bila saya cek Test pack tetap menghasilkan jawapan negatif.Dan pada bulan 9 pada 5/6 september saya ada mengalami period tapi cuma pads tarikh itu je kemudian berhenti.setelah tu 12 september 2022 juga saya mengalamai period lagi sekali dalam kuantiti sederhana dan cuma ada pada hari itu saja.Jadi disini sy berasa heran kenapa saya jadi begini adakah saya hamil atau sebaliknya.Perut saya juga kelihatan semakin membesar.tapi bila test pack tetap negatif.terima kasih doktor..

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
7
2
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur boleh terjadi apabila berlaku pencelaruan hormon dalam badan. Punca-punca gangguan hormon adalah :

  • Gangguan tekanan
  • Berat badan yang berlebihan or berkurangan
  • Masalah tiroid
  • Penggunaan perancangan keluarga
  • Melakukan aktiviti fizikal yang lasak
  • PCOS
  • Fibroid atau polip rahim

Selain itu, menopaus awal juga boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Informasi & maklumat yang terbatas menyukarkan kami untuk membuat sebarang kesimpulan. Anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital (berjumpa dengan pakar O&G) bagi mendapatkan konsultasi lanjut.


Baca selanjutnya di: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/haid-tidak-teratur/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa