🔥 Diskusi Terhangat

Jenis darah berubah?

Semasa hamil anak pertama (2017), pihak klinik mengesahkan jenis darah saya adalah A+. Sekarang (2022) saya hamil anak kedua dan pihak klinik mengesahkan jenis darah saya adalah B+. Pihak klinik kesihatan telah membuat sekali lagi ujian untuk mengesahkan jenis darah saya dan keputusannya B+. Jadi pihak klinik kesihatan berpendapat ujian jenis darah semasa hamil anak pertama adalah salah. Semasa hamil anak pertama, saya melahirkan anak saya secara kecemasan c-section. Saya tidak pasti sama ada semasa pembedahan berlaku transfusi darah atau tidak. Tetapi kemungkinan besar tidak sebab saya baik-baik sahaja. Apa yang merisaukan saya ialah sekiranya kelahiran kali ini juga memaksa saya menjalani c-section dan memerlukan tranfusi darah. Apa akan jadi sekiranya darah yang diterima bukan dari jenis yang sama?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
153
1

1 komen

Salam hormat. Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Untuk maklumat anda, pihak hospital mempunyai prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan proses bersalin sentiasa dalam keadaan yang selamat untuk ibu dan bayi. Anda perlu risau hanya jika rhesus anda negative (contoh: A-)

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa