Kehamilan

12 topik
43k interaksi
105k ahli
avatar

Mulakan perbincangan

Tanya doktor secara percuma

Icon heart

Pos berkongsi

Diskusi Terhangat

Kongsi Pengalaman Czer Anda Untuk Peluang Menang Hadiah!

Sebelum C-section, ada debaran, persoalan dan persediaan yang mungkin hanya seorang ibu dapat fahami. 💛


Bagaimana anda membuat persediaan sebelum pembedahan? Apakah perkara yang paling anda risaukan? Siapakah yang membantu anda melalui detik tersebut?


Setiap pengalaman mempunyai makna. Kisah anda mungkin dapat membantu ibu lain berasa lebih bersedia, difahami dan tidak keseorangan sebelum melalui C-section.


Kongsikan kisah anda dan pemenang bertuah akan memenangi hadiah menarik! 🎁ppstt Lebih banyak kisah dikongsi, lebih tinggi peluang anda untuk menang!


🥇 Hadiah Pertama: iPhone 17

🥈 Hadiah Kedua: iPad Generasi Ke-11

🥉 Hadiah Ketiga: HABIB 1gm 999.9 Gold Bar

✨ 100 penyertaan terawal juga akan menerima baucar Touch ‘n Go eWallet RM30 yang akan dihantar melalui e-mel!*


C

... Lihat Lebih Lagi
Kongsi Pengalaman Czer Anda Untuk Peluang Menang Hadiah!Kongsi Pengalaman Czer Anda Untuk Peluang Menang Hadiah!
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
4
Cuba berhamil

Salam doktor saya Amujam dari seremban,saya berumur 44 thn ,saya mempunyai 5 anak lelaki,saya teringin mempunyai baby girl,suami saya 45thn tetapi ada kencing manis dan pressure,saya pun ada pressure ,ada ke tinggi risikonya Klu saya mengandung doktor,

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
12
1
Adakah hamil atau tidak

Hai...saya bertanya bagi pihak sedara perempuan saya. Dia masih dara dan tak pernah di apa apakan. Pada 20/2/2023 dia dan teman lelakinya melakukan perbuatan seks yang ringan. Tidak sehingga memasukkan kemaluan ke dalam vagina hanya memasukkan jari sahaja di bibir vagina. Tanpa disedari terdapat air mani di jari teman lelaki dia. Tetapi air mani itu sudah lama dalam 5 ke 10 minit dh sudah dilap ditambah dengan terkena suhu aircond kereta dan suhu persekitaran luar yang agak panas. Saudara perempuan saya risau kerana sepatutnye 3/3 tarikh periodnya sampai tetapi tiada period tetapi tiada tanda ii kehamilan yang berlaku kepada beliau. Saya nk tanya apa pendapat doctor berkenaan kes ini.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
33
3
View more comments
Gejala Trimester kedua

Assalamualaikum dan Salam sejahtera doktor. Sy hamil 20minggu dan masih mengalami gejala seperti trimester pertama. Adakah ianya normal. Kedua saya juga mengalami sakit pinggang di sebelah kanan akibat saya terseliuh 2 hari lepas dan Sehingga sekarang sakit tu masih berlarutan. Saya telah pergi ke klinik kesihatan dan klinik swasta dan bayi dalam keadaan baik n sihat tetapi keadaan saya masih sama walaupun telah mengambil ubat sapu untuk meredakan sakit pinggang. Bolehkah saya pergi berurut untuk masalah ini?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
12
1
Boleh ke makan snek masa tengah pantang?

Memang betul kena jaga makan masa berpantang. Tapi tak salah kan kalau sekali-sekala nak makan sedap? Ikut panduan dalam artikel ni: https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/penjagaan-lepas-bersalin/snek-untuk-orang-berpantang/

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
7
1
Berapa lamakah proses  persenyawaan berlaku?

Salam. Jika bersenyawa berjaya pada bulan 3, ada peluang ke saya nak dapat baby pada akhir tahun ini ? Berapa lama kah proses persenyawaan tu ya ? Terima kasih ❤️

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
57
1
Hamil ataupun tidak?

Saya terlewat haid selama 13hari dan telah ke klinik kerajaan untuk buat urine tapi doktor kata saya tak hamil dan belum nampak lagi baru lewat 13hari?

Soalannya kenapa ya jadi MCM ni?


Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
11
1
Masa Mengandung Pun Boleh Bersenam Ya, Ini Senaman Ibu Hamil Boleh Diamalkan

Sebenarnya walaupun sedang berbadan dua, ibu-ibu tetap disarankan untuk bersenam. Cuma jenis aktiviti dan intensiti senaman ibu hamil adalah berbeza mengikut trimester.


Jika tidak pasti, berundinglah dengan doktor.


Selamat bersenam!



Masa Mengandung Pun Boleh Bersenam Ya, Ini Senaman Ibu Hamil Boleh Diamalkan Masa Mengandung Pun Boleh Bersenam Ya, Ini Senaman Ibu Hamil Boleh Diamalkan 
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
69
1
Collagen

Assalammualaikum.


Saya nak tanya, boleh ke saya makan collagen semasa saya mengandung... ni 1st baby jdi banyak benda yang saya tak tahu. Usia kandungan 5minggu. Mohon pencerahan. Terima kasih

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
458
1
Tidak Tahu Bilakah Tanda Subur Selepas Period?

Selain daripada kiraan kitaran haid, sebenarnya terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti.


Rujuk infografik di bawah 👇



Tidak Tahu Bilakah Tanda Subur Selepas Period?Tidak Tahu Bilakah Tanda Subur Selepas Period?
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
6
2
Selalu makan bahan bukan makanan? Anda mungkin ada masalah pica

Pagophagia (yang juga dikenali sebagai pica) biasa dijumpai di kalangan wanita hamil terutamanya semasa trimester pertama. Pica biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan wanita. Apabila anda menghadapi masalah pica, anda mungkin mempunyai keinginan yang aneh untuk makan bahan bukan makanan seperti kapur, tanah liat, kertas, kotoran dan lain-lain. Pica sering dikaitkan dengan anemia kekurangan zat besi di kalangan wanita hamil. Oleh itu, jika anda memerhatikan sebarang tingkah laku makan yang pelik pada barangan bukan makanan, dapatkan nasihat doktor dengan segera kerana ini mungkin tanda pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi.


Marilah kita lihat jenis pica yang lazim dialami oleh wanita hamil:


#1 Amylophagia (suka makan kanji) - disebabkan oleh kekurangan zat besi


#2 Geophagia (suka makan makanan kotoran, tanah liat, kapur, pasir) - disebabkan oleh kekurangan zink dan zat besi

... Lihat Lebih Lagi
Selalu makan bahan bukan makanan? Anda mungkin ada masalah picaSelalu makan bahan bukan makanan? Anda mungkin ada masalah pica
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
153
2
TENTANG FORUM INI
Kehamilan adalah satu masa yang mengujakan - badan akan mengalami beberapa siri perubahan apabila kehidupan baharu berke... Lihat Lebih Lanjut
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa