Definisi
Apakah itu histoplasmosis?
Histoplasmosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh pernafasan pada spora kulat yang sering dijumpai dalam najis burung dan kelawar. Histoplasmosis sering tersebar apabila spora berada dalam zarah udara.
Tanah yang tercemar oleh najis burung atau kelawar juga boleh menyebarkan jangkitan ini. Jadi golongan petani dan jurutera landskap adalah mereka yang berisiko tinggi untuk menghidapi jangkitan ini.
Kebanyakan individu yang mendapat jangkitan ini tidak mengalami sebarang simptom, malahan individu ini juga tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah individu seperti bayi dan mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imun, jangkitan histoplasmosis boleh menjadi serius. Terdapat pilihan rawatan yang boleh membantu merawat histoplasmosis yang teruk.
Apakah kebarangkalian histoplasmosis?
Jangkitan ini adalah biasa untuk berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit pada usia apa pun. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ketahui simptom-simptomnya
Apakah simptom-simptom histoplasmosis?
Terdapat beberapa jenis jangkitan histoplasmosis yang wujud. Jangkitan paling ringan adalah tanpa sebarang simptom atau gejala, manakala jangkitan paling kronik boleh mengancam nyawa.
Simptom biasanya berlaku pada hari ketiga hingga hari ke-17 selepas terdedah kepada punca jangkitan. Antara simptomnya adalah seperti:
- Demam
- Menggigil
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Batuk kering
- Sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada
Bagi sesetengah individu, jangkitan ini turut boleh menyebabkan sakit sendi dan ruam. Individu yang mempunyai penyakit paru-paru, seperti emphysema mungkin akan mengalami jangkitan histoplasmosis yang kronik.
Gejala lain yang mungkin berlaku bagi jangkitan yang kronik adalah termasuk penurunan berat badan dan batuk berdarah. Gejala yang berlaku adalah sama seperti individu yang mengalami masalah batuk kering.
Sebaran histoplasmosis (Disseminated histoplasmosis) merupakan jangkitan yang paling teruk yang boleh dialami oleh bayi dan individu dengan sistem imun yang terganggu. Jangkitan ini boleh menjejaskan hampir keseluruhan badan, termasuk mulut, hati, sistem saraf pusat, kelenjar kulit dan adrenal. Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan maut.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mengalami simptom seperti selesema selepas terdedah kepada najis burung atau kelawar dan anda mempunyai sistem imun yang rendah, lakukan pemeriksaan doktor.
Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Ketahui puncanya
Apa yang mengakibatkan histoplasmosis?
Jangkitan ini berlaku disebabkan sel-sel pembiakan (spora) daripada kulat Histoplasma capsulatum. Ia merupakan spora yang sangat ringan dan terapung di udara apabila kotoran atau sebarang bahan tercemar terganggu.
Walaupun anda mempunyai sejarah jangkitan histoplasmosis sebelum ini, anda masih lagi berisiko untuk dijangkiti. Walau bagaimanapun, sekiranya dijangkiti lagi, ia mungkin lebih ringan berbanding jangkitan awal.
Kulat punca jangkitan ini hidup dan tumbuh subur pada kawasan tanah lembap yang kaya dengan bahan organik, terutamanya najis burung dan kelawar. Jadi, jangkitan ini biasa didapati di kawasan kandang ayam dan merpati, bangsal lama, gua dan taman.
Jangkitan ini tidak akan berjangkit. Oleh itu, ia tidak dapat disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain.
Ketahui faktor risiko
Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko histoplasmosis?
Risiko untuk mengembangkan simptom jangkitan ini adalah bergantung kepada jumlah spora yang anda sedut sewaktu bernafas. Golongan yang terdedah kepada spora yang tinggi adalah seperti:
- Petani
- Pekerja kawalan perosak
- Penjaga ternakan
- Pekerja pembinaan
- Roofers
- Penjaga landskap dan tukang kebun
- Penjelajah gua
Manakala golongan yang berisiko untuk mendapat jangkitan sebaran histoplasmosis yang teruk adalah kanak-kanak dan individu dewasa dengan sistem imunisasi badan yang lemah. Faktor lain yang boleh melemahkan sistem imun badan adalah termasuk:
- HIV atau AIDS
- Kemoterapi kanser intensif
- Ubat kortikosteroid, seperti prednison
- Inhibitor TNF, sering digunakan untuk mengawal arthritis rheumatoid
- Ubat-ubatan yang menghalang penolakan organ transplan
Diagnosis & rawatan
Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana histoplasmosis didiagnosis?
Proses mendiagnosis jangkitan ini boleh menjadi satu perkara yang rumit dan ia bergantung kepada bahagian badan yang terjejas. Bagi kes jangkitan yang ringan, sebarang ujian dan pemeriksaan mungkin tidak perlu dilakukan. Namun bagi kes yang mengancam nyawa, ia boleh menjadi pilihan yang sukar untuk menentukan rawatan yang sesuai.
Pilihan ujian bagi histoplasmosis adalah sangat terhad. Sebagai contoh, ia mungkin memerlukan tempoh masa sehingga enam minggu bagi mendapatkan hasil daripada beberapa ujian. Doktor mungkin akan mencadangkan gabungan ujian dan pemeriksaan untuk mencari bukti jangkitan dalam sampel, seperti:
- Cecair daripada paru-paru
- Darah atau air kencing
- Tisu paru-paru biopsi
- Sumsum tulang
Penyelidik sedang berusaha membangunkan alat yang lebih baik untuk mendiagnosis histoplasmosis.
Bagaimana histoplasmosis dirawat?
Bagi jangkitan yang ringan, tiada rawatan yang diperlukan. Tetapi jika simptom yang dialami adalah kronik, atau melibatkan disseminated histoplasmosis, anda mungkin memerlukan satu atau lebih ubat antikulat. Sesetengah ubatan adalah dalam bentuk pil, namun pilihan ubat yang kuat adalah diberikan secara intravena.
Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani histoplasmosis?
Berikut adalah beberapa perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi jangkitan histoplasmosis:
- Elakkan pendedahan kepada kawasan tercemar. Sekiranya sistem imun anda lemah, elakkan daripada projek renovasi yang mungkin mendedahkan anda kepada tanah yang tercemar
- Menyembur tanah tercemar. Jika anda perlu bekerja atau menggali tanah yang mungkin tercemar dengan kulat ini, semburkan air pada kawasan tersebut. Ia boleh membantu mencegah spora daripada dilepaskan ke udara. Semburkan juga air jika anda perlu bekerja di kawasan reban ayam atau burung mahupun bangsal
- Gunakan topeng muka yang efektif. Salah satu cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada organisma bawaan tanah ialah memakai topeng respirator.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.