Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Batuk Lama Jangan Buat Tak Tahu, Ini Fakta Penting Tibi Susulan Kes di Kota Tinggi, Johor!
Gejala tibi merangkumi batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam berulang, berpeluh waktu malam dan penurunan berat badan tanpa sebab. Simptom ini mudah diabaikan walaupun penyakit tibi boleh berjangkit. Susulan pengesanan satu kluster tibi di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini, memahami tanda awal ini menjadi semakin penting.
Pengesanan kluster ini membuka semula perbincangan tentang bagaimana tibi merebak dan langkah pencegahan yang perlu diambil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.
Laporan kes kluster tibi di Kota Tinggi, Johor!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kluster tibi di Kota Tinggi, Johor telah dikenal pasti bermula 25 Januari lalu, dengan 33 kes positif dikesan hasil daripada saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Februari 2026.
Berikut ialah maklumat utama berkaitan kluster ini:
Sebanyak 804 individu disaring sebagai kontak rapat, dan 33 kes tibi positif disahkan
Semua pesakit positif telah menerima rawatan dan dipantau rapi oleh pihak KKM
Satu kematian dilaporkan dalam kluster tersebut, tetapi bukan disebabkan oleh jangkitan tibi
Pasukan KKM berada di lapangan dan melakukan Active Case Detection untuk membendung penularan
Penduduk yang mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, demam atau berpeluh malam diminta segera menjalani saringan kesihatan
Maklumat lanjut mengenai kluster ini akan membantu pembaca memahami situasi semasa sebelum kita kupas lebih mendalam tentang gejala, punca dan rawatan penyakit tibi.
Kenapa boleh kena TB?
Kenapa boleh kena TB?
Antara sebab utama berlakunya penyebaran jangkitan tibi ialah:
Menghidu titisan udara daripada individu dijangkiti
Tinggal atau bekerja dalam ruang tertutup dan sesak
Rawatan yang konsisten membantu menghapuskan bakteria dan mencegah komplikasi serta penularan lanjut.
Apa yang perlu dilakukan jika ada gejala tibi?
Jika mengalami gejala tibi seperti batuk lebih dua minggu, demam berpanjangan, berpeluh malam atau susut berat badan tanpa sebab, tindakan segera diperlukan.
Ikut rawatan dan nasihat kesihatan awam sepenuhnya
Tindakan awal bukan sahaja melindungi diri, tetapi juga orang sekeliling.
Antara punca-punca batuk berdarah.
Kesimpulan
Kejadian kluster tibi di Kota Tinggi menjadi peringatan bahawa penyakit berjangkit masih wujud dalam komuniti.
Berpandukan kesedaran, pengesanan awal dan rawatan yang betul, penularan tibi boleh dikawal.
Keprihatinan terhadap kesihatan diri adalah langkah paling berkesan melindungi masyarakat secara keseluruhan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Epidemiology of Tuberculosis in Malaysia and Associated Risk Factors. https://repository.nih.gov.my/entities/publication/07a14b9b-b50d-49a6-b258-71614d1faea3. Diakses pada Februari 9, 2026.
Fadzil, F. A., Ramli, S. R., & Neoh, H. (2025). Tuberculosis in Malaysia: Disease timeline, epidemiology, control initiatives and outlook. The Malaysian journal of pathology, 47(1), 13–23. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/40302472/. Diakses pada Februari 9, 2026.
Tuberculosis (TB). https://www.cdc.gov/tb/index.html. Diakses pada Februari 9, 2026.
Tuberculosis. https://www.who.int/health-topics/tuberculosis#tab=tab_1. Diakses pada Februari 9, 2026.
Tuberculosis. https://www.cda.gov.sg/public/diseases/tuberculosis/. Diakses pada Februari 9, 2026.
Versi Terbaru
02/04/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim