Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ramai Tak Tahu, Ubat Kurus Wegovy® Yang Berasaskan Sains Kini Dah Ada Di Malaysia!
Ubat kurus merujuk kepada rawatan perubatan yang membantu individu obesiti atau berat badan berlebihan mengawal selera makan dan menurunkan berat badan secara selamat di bawah pemantauan profesional kesihatan. Di Malaysia, keperluan kepada rawatan berasaskan bukti semakin mendesak apabila lebih separuh orang dewasa berdepan isu berat badan berlebihan dan obesiti.
Pelancaran rawatan baharu ubat kurus oleh Novo Nordisk baru-baru ini membuka ruang kepada pendekatan yang lebih berstruktur, berasaskan sains dan bukan sekadar bergantung kepada disiplin semata-mata.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klikdi sini.
Obesiti di Malaysia: Isu kesihatan yang semakin serius
Data terkini daripada Tinjauan Kebangsaan Morbiditi dan Kesihatan (NHMS) 2023 menunjukkan hampir 54.4% orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai berat badan berlebihan atau obes.
Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi petunjuk kepada beban kesihatan jangka panjang negara.
Obesiti dikenal pasti sebagai penyakit kronik yang dikaitkan dengan lebih 200 komplikasi kesihatan, termasuk:
Keadaan ini boleh menjejaskan jangka hayat dan kualiti hidup jika tidak ditangani secara menyeluruh.
Pengenalan Wegovy® sebagai pilihan rawatan perubatan
Dari kiri ke kanan: Dr. Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk Pharma (M) Sdn. Bhd.; Prof. Dr. Rohana binti Abdul Ghani, Presiden Malaysian Obesity Society (MYOS); dan Pakar Perunding Kanan Endokrinologi; Profesor Emeritus Dr. Chan Siew Pheng, Pakar Perunding Kanan Endokrinologi; dan Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Perunding Kanan Kardiologi melancarkan Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) sebagai pilihan rawatan baharu untuk golongan dewasa yang hidup dengan obesiti (dengan atau tanpa komorbiditi) serta berat badan berlebihan.
Novo Nordisk mengumumkan ketersediaan Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) di Malaysia sebagai rawatan tambahan untuk individu dewasa yang:
Menghidap obesiti, atau
Mempunyai berat badan berlebihan berserta sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan berat badan
Wegovy® ialah suntikan sekali seminggu yang meniru hormon semula jadi GLP-1, iaitu hormon yang dilepaskan oleh usus selepas makan. Mekanisme ini menyasarkan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan keinginan makan.
Pendekatan ini menjadikannya antara ubat kurus paling berkesan yang dibangunkan berdasarkan pemahaman biologi obesiti.
Siapa yang layak menerima rawatan ubat kurus ini?
Rawatan ini digunakan sebagai tambahan kepada diet rendah kalori dan peningkatan aktiviti fizikal untuk individu dengan kriteria berikut:
BMI ≥30 kg/m², atau
BMI ≥27 kg/m² hingga <30 kg/m² dengan komorbiditi seperti:
Kajian klinikal menunjukkan rawatan ini membantu penurunan berat badan ≥20%, dengan pengurangan jisim lemak yang lebih besar berbanding jisim tanpa lemak, menandakan penurunan berat badan yang berkualiti.
Ubat kurus di farmasi atau ubat kurus klinik?
Soalan yang mungkin timbul ialah: adakah ubat kurus ini ubat kurus di farmasi?
Jawapannya, rawatan ini tergolong sebagai ubat kurus klinik, iaitu:
Hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor
Digunakan di bawah pemantauan profesional kesihatan
Pendekatan ubat kurus klinik ini penting untuk memastikan keselamatan pesakit serta kesesuaian rawatan berdasarkan keadaan kesihatan individu.
Obesiti bukan isu disiplin semata-mata
Profesor Dr. Rohana Abdul Ghani, Pakar Perunding Endokrinologi dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), menegaskan bahawa obesiti adalah keadaan yang jauh lebih kompleks daripada sekadar isu kemahuan diri.
Menurut beliau, obesiti melibatkan gabungan faktor biologi, tingkah laku dan persekitaran, namun sering disalah tafsir sebagai kegagalan individu mengawal gaya hidup.
Salah faham ini boleh mencetuskan rasa bersalah dan stigma, sekali gus menjadi penghalang besar kepada pengurusan berat badan yang berkesan.
Beliau menekankan bahawa penggabungan terapi perubatan, pendidikan, empati dan penjagaan multidisiplin adalah kunci kepada pendekatan holistik yang dapat membantu individu mencapai peningkatan kesihatan yang lebih mampan.
Kepentingan pendekatan multidisiplin dalam rawatan obesiti
Profesor Emeritus Dr. Chan Siew Pheng, Pakar Perunding Kanan Endokrinologi, berkongsi pandangan dalam sesi Live Lighter bersama Wegovy®.
Pandangan ini turut disokong oleh Profesor Emeritus Dr. Chan Siew Pheng, Pakar Runding Endokrinologi, yang menekankan bahawa pengurusan obesiti memerlukan sokongan pasukan penjagaan kesihatan yang pelbagai.
Beliau menjelaskan bahawa rawatan yang berkesan perlu melibatkan doktor, pakar pemakanan, pendidik jururawat, ahli fisioterapi serta profesional kesihatan mental bagi memastikan penjagaan yang holistik dan bersepadu.
Selain itu, beliau mengingatkan bahawa penurunan berat badan sering disertai perubahan metabolik yang boleh mendorong kenaikan berat semula.
Oleh itu, rawatan obesiti perlu difahami sebagai satu perjalanan jangka panjang yang memerlukan pendekatan perubatan, diet dan gaya hidup yang diperibadikan.
Hubungan langsung antara obesiti dan penyakit jantung
Dari sudut kesihatan kardiovaskular, Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Perunding Kardiologi Kanan, menegaskan bahawa hubungan antara obesiti dan penyakit jantung tidak boleh dipandang ringan.
Beliau menyatakan bahawa strategi pengurusan obesiti yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan hasil kesihatan secara keseluruhan, khususnya dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan komplikasi berkaitan.
Risiko penyakit lain akan menyusul jika berat badan semakin naik.
Kesimpulan
Keseluruhannya, pelancaran rawatan ubat kurus klinik ini mencerminkan perubahan besar dalam cara obesiti ditangani di Malaysia.
Seperti yang ditegaskan oleh pakar-pakar perubatan tempatan, obesiti bukan isu mudah dan tidak wajar ditangani dengan stigma atau pendekatan satu dimensi.
Gabungan rawatan perubatan berasaskan sains, sokongan profesional kesihatan dan pendidikan berterusan membuka ruang kepada pengurusan obesiti yang lebih realistik, selamat dan berperikemanusiaan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Institute for Public Health, National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. (2025, March 19). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 fact sheet: Non-communicable diseases & healthcare demand [PDF]. https://iku.gov.my/images/nhms2023/fact-sheet-nhms-2023.pdf . Diakses pada Januari 21, 2026.
Khunti, K., Schnecke, V., Haase, C. L., Harder-Lauridsen, N. M., Rathor, N., Sommer, K., & Morgen, C. S. (2023). Weight change and risk of obesity‐related complications: A retrospective population‐based cohort study of a UK primary care database.Diabetes, Obesity and Metabolism, 25(9), 2669–2679. https://doi.org/10.1111/dom.15154. Diakses pada Januari 21, 2026.
Balasundaram, P., & Daley, S. F. (2025). Public health considerations regarding obesity. In StatPearls. StatPearls Publishing. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK572122/. Diakses pada Januari 21, 2026.
Novo Nordisk. (2021). Wegovy (semaglutide) injection, for subcutaneous use: Prescribing information. U.S. Food and Drug Administration. https://www.accessdata.fda.gov/drugsatfda_docs/label/2021/215256s000lbl.pdf. Diakses pada Januari 21, 2026.
Wilding, J. P. H., Batterham, R. L., Calanna, S., Davies, M., Van Gaal, L. F., Lingvay, I., McGowan, B. M., Rosenstock, J., Tran, M. T. D., Wadden, T. A., Wharton, S., Yokote, K., Zeuthen, N., & Kushner, R. F. (2021). Once-weekly semaglutide in adults with overweight or obesity. New England Journal of Medicine, 384(11), 989–1002. https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa2032183. Diakses pada Januari 21, 2026.
Wadden, T. A., Bailey, T. S., Billings, L. K., Davies, M., Frias, J. P., Koroleva, A., Lingvay, I., O’Neil, P. M., Rubino, D. M., Skovgaard, D., Wallenstein, S. O. R., & Garvey, W. T. (2021). Effect of subcutaneous semaglutide vs placebo as an adjunct to intensive behavioral therapy on body weight in adults with overweight or obesity: The STEP 3 randomized clinical trial.JAMA, 325(14), 1403–1413. https://doi.org/10.1001/jama.2021.1831. Diakses pada Januari 21, 2026.
Rubino, D., Abrahamsson, N., Davies, M., Hesse, D., Greenway, F. L., Jensen, C., Lingvay, I., Mosenzon, O., Rosenstock, J., Rubio, M. A., Rudofsky, G., Wadden, T., & Wilding, J. P. H. (2021). Effect of continued weekly subcutaneous semaglutide vs placebo on weight loss maintenance in adults with overweight or obesity: The STEP 4 randomized clinical trial.JAMA, 325(14), 1414–1425. https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2777886. Diakses pada Januari 21, 2026.
Novo Nordisk. (2025). Wegovy (semaglutide) injection, for subcutaneous use: Prescribing information. Retrieved from https://www.novo-pi.com/wegovy.pdf. Diakses pada Januari 21, 2026.
Versi Terbaru
21/01/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor