Walaupun monkeypox dan chickenpox mempunyai sebutan yang hampir sama, namun punca dan kesan antara kedua-dua penyakit ini amatlah berbeza. Ingin tahu lebih lanjut apakah perbezaan antara chickenpox dan cacar monyet di Malaysia? Kami kupaskan beberapa info penting antara monkeypox vs chickenpox di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.
Cacar monyet di Malaysia: Adakah terdapat perbezaan dengan chickenpox?
Penularan wabak penyakit baharu iaitu monkeypox atau cacar monyet di seluruh dunia telah menyebabkan sedikit panik.
Walaupun monkeypox ini menunjukkan tanda-tanda atau simptom jangkitan yang hampir sama dengan chickenpox, namun terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-duanya.
Anda mungkin akan mengalami selesema, demam, ruam dan sakit otot apabila terkena chickenpox, dan simptom seperti ini juga akan berlaku apabila monkeypox menjangkiti anda.
Perbezaan sebenar antara kedua-dua jenis penyakit ini diterangkan dengan lebih mudah di bawah ini.
Monkeypox vs chickenpox
Ini 6 perbezaan utama antara chickenpox (cacar air) dan cacar monyet di Malaysia serta seluruh dunia:
#1. Punca virus yang berbeza
Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh virus daripada keluarga yang berbeza.
Cacar air atau chickenpox disebabkan oleh Virus Varicella Zoster (VZV) yang merupakan ahli keluarga Herpesvirus.
Monkeypox pula tergolong dalam genus Orthopoxvirus dalam keluarga Poxviridae, yang tidak berkaitan dengan VZV.
Ia adalah zoonosis, iaitu jangkitan yang biasanya berpindah daripada haiwan kepada manusia.
Selain itu, ruam yang disebabkan oleh kedua-dua virus ini juga terbentuk secara berbeza pada kulit.
#2. Kelepuhan pada kulit
Walaupun kedua-dua penyakit menyebabkan ruam dengan lepuh yang kecil, namun terdapat perbezaan pada jenis ruam yang berlaku selain penyebaran ruam pada kulit.
Cacar air hanya menjejaskan satu bahagian badan tetapi cacar monyet pula boleh menjejaskan keseluruhan anggota badan.
Kelepuhan kulit yang disebabkan oleh virus monkeypox juga kelihatan sangat berbeza daripada cacar air.
Ia biasanya mempunyai nodus limfa yang bengkak berwarna keputihan manakala cacar air pula tidak menyebabkan pembengkakan dan biasanya berwarna merah.
#3. Penyebaran jangkitan monkeypox vs chickenpox
Virus cacar monyet di Malaysia dan seluruh dunia boleh merebak daripada haiwan kepada manusia melalui gigitan atau cakaran oleh haiwan yang telah dijangkiti.
Virus monkeypox juga boleh berjangkit daripada ibu hamil kepada janinnya sendiri.
Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan atau kudis pada orang yang dijangkiti atau dengan objek yang telah bersentuhan dengan cecair atau kudis badan.
Cacar air atau chickenpox pula merebak dengan mudah daripada individu yang dijangkiti kepada orang lain yang tidak pernah menghidap penyakit itu atau tidak pernah menerima vaksin.
Seseorang yang pernah dijangkiti cacar air atau telah menerima vaksin agak jarang untuk dijangkiti lagi dengan chickenpox.
Walaupun mereka mungkin boleh dijangkiti, namun simptom yang dialami sudah menjadi kurang teruk.
#4. Perbezaan pada simptom jangkitan
Cacar monyet di Malaysia dan juga chickenpox juga boleh dibezakan melalui dua perkara ini:
- Demam: Ruam monkeypox akan muncul antara 1 hingga 5 hari selepas demam manakala ruam chickenpox pula muncul antara 1 hingga 2 hari selepas demam
- Tempoh pengeraman: Tempoh inkubasi virus monkeypox adalah antara 5 hingga 21 hari manakala chickenpox pula berlaku dari 4 hingga 7 hari
#5. Pembengkakan nodus limfa
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), salah satu perbezaan utama lain antara cacar monyet dan cacar air ialah nodus limfa yang bengkak, yang juga dipanggil sebagai ‘limfadenopati’.
Cacar monyet boleh menyebabkan bengkak pada nodus limfa, manakala cacar air pula tidak menyebabkan nodus limfa membengkak.
#6. Kaedah pencegahan
Langkah terbaik dan paling berkesan untuk mencegah cacar air atau chickenpox adalah dengan mendapatkan vaksin cacar air.
Untuk jangkitan cacar monyet di Malaysia pula, tiada kaedah rawatan khusus yang diluluskan buat masa ini.
Akan tetapi, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan monkeypox.
Antaranya adalah, mengelakkan sentuhan langsung dengan haiwan yang boleh menyebarkan virus dan mengelakkan sentuhan dengan mana-mana objek yang telah dijangkiti.
Kesimpulan
Sekarang anda telah tahu apakah perbezaan antara monkeypox dan juga chickenpox.
Walaupun sebutan dan simptom yang ditunjukkan hampir sama, ia jelas sekali adalah dua jenis penyakit yang berlainan kerana berpunca daripada dua jenis virus yang berbeza.